Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Aug 14, 2025

'Cubaan untuk menutup mulut saya' - Rafizi
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli percaya insiden serangan yang dilakukan terhadap anaknya mempunyai kaitan dengan pertemuannya bersama sekumpulan pemberi maklumat (whistle blower) mengenai satu skandal.
Beliau berkata, serangan itu juga merupakan amaran dan jalan untuk menutup mulutnya daripada terus membongkar perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743413/berita/semasa/cubaan-menutup-mulut-saya-daripada-bongkar-satu-skandal---rafizi
#SinarHarian #BeritaSemasa #RafiziRamli #Parlimen #AnakRafiziRamli #Polis #WhistleBlower

Wednesday Aug 13, 2025

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, tiada pembabitan orang kenamaan (VVIP) dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743309/berita/semasa/pegawai-penyiasat-kes-zara-qairina-tidak-ikut-sop-tindakan-tegas-akan-diambil---pengarah-jsj
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JSJ #PDRM #ZaraQairina

Wednesday Aug 13, 2025

'Anak saya diheret, disuntik' - Rafizi Ramli 
Anak bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat membeli belah di Putrajaya sekitar jam 1.45 petang Rabu. 
Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743325/berita/semasa/anak-saya-diheret-disuntik---rafizi-ramli 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #RafiziRamli #anakdiheretdisuntik #anakrafizidiserang

Wednesday Aug 13, 2025

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memohon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penerangan lanjut di Dewan Rakyat berhubung insiden anak Ahli Parlimen Pandan yang diserang secara fizikal di sebuah pusat beli- belah di Putrajaya. 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #AnakAhliParlimenPandan #RafiziRamli

Wednesday Aug 13, 2025

Kes Zara Qairina: Pegawai penyiasat tidak mohon bedah siasat 
Pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mendapati kegagalan pegawai penyiasat memohon bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, SOP jelas mewajibkan bedah siasat dilakukan sekiranya punca kematian tidak diketahui atau wujud elemen mencurigakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743309/berita/semasa/pegawai-penyiasat-kes-zara-qairina-tidak-ikut-sop-tindakan-tegas-akan-diambil---pengarah-jsj
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JSJ #PDRM #ZaraQairina

Wednesday Aug 13, 2025

Dua pelajar lelaki didakwa pukul senior di sekolah 
Dua pelajar lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu menyebabkan kecederaan ke atas rakan sekolah ketika berada di sebuah sekolah di Sungai Petani, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. 
Kedua-dua pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Sungai Petani kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743272/berita/semasa/dua-pelajar-lelaki-didakwa-pukul-senior-di-sekolah 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesbuli #pukulsenior

Wednesday Aug 13, 2025

Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran lima rumah di Kampung Bukit Siput, Segamat pada 25 Julai lalu, dipercayai menjadi mangsa hutang yang dibuat ahli keluarganya dengan sindiket along Singapura, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Johor, Komisioner Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan mendapati rumah mangsa menjadi sasaran suspek lelaki berusia 21 tahun diupah RM1,000 oleh sindiket along untuk membakar rumah peminjam yang gagal membayar hutang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743295/berita/semasa/warga-emas-maut-dipercayai-mangsa-hutang-along-singapura
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #WargaEmas #Maut #SindiketAhlong
 
 
 
 

Wednesday Aug 13, 2025

Perang mulut hingga menimbulkan kekecohan melibatkan beberapa Ahli Parlimen mencetuskan kemarahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menyifatkan insiden itu sebagai sangat memalukan.
Situasi berkenaan susulan pertelingkahan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, usai perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743288/berita/nasional/perang-mulut-ahli-parlimen-undang-kemarahan-speaker
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AhliParlimen #PerangMulut #Speaker

Wednesday Aug 13, 2025

Kematian Pelatih Palapes: 22 saksi sudah dirakam keterangan
Seramai 22 saksi sudah diambil keterangan berhubung kematian pelatih Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, 22, pada 28 Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Johor, Komisioner Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Hospital Kota Tinggi sebelum melengkapkan siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743298/berita/semasa/kematian-pelatih-palapes-22-saksi-sudah-dirakam-keterangan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Syamsulharis #justiceforsyamsulharis #kematianpelatihpalapes

Wednesday Aug 13, 2025

Syed Saddiq persoal isu buli dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan kelewatan siasatan dibuat membabitkan kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, yang ditemui tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
"Dah 'viral' (tular), dah ada protes, baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaraQairina #justiceforZara #sidangdewanrakyat #parlimen

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125