Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Oct 27, 2025

Trump ke Malaysia: Lebih 1,700 produk dikecualikan tarif AS
Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia membuka peluang lebih besar kepada syarikat tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa menerusi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas AS-Malaysia yang dimeterai pada Ahad.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, kunjungan bersejarah tersebut memperkukuh perjanjian dagangan sedia ada antara kedua-dua negara yang telah diumumkan sebelum ini di Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754245/berita/nasional/trump-ke-malaysia-lebih-1700-produk-dikecualikan-tarif-as
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #Trump #PresidenAmerikaSyarikat #Tarif

Monday Oct 27, 2025

91 peratus kes bawah umur di Kedah libat hubungan suka sama suka - Polis
Polis Kedah mendedahkan bahawa sebanyak 91 peratus kes rogol bawah umur yang direkodkan di negeri ini melibatkan hubungan suka sama suka antara remaja, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah menyifatkan perkara itu sebagai satu keadaan yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754216/edisi/utara/91-peratus-kes-rogol-bawah-umur-di-kedah-libat-hubungan-suka-sama-suka---polis
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Polis #PDRM #Kedah #Internet

Monday Oct 27, 2025

Bas Percuma untuk pelajar, warga emas dan OKU
Setakat bulan Ogos 2025, dasar Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada golongan warga emas, pelajar sekolah, mahasiswa dan orang kelainan upaya (OKU) telah memanfaatkan 49,611 orang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan BAS.MY percuma ditawarkan di negeri masing- masing melalui Kad Konsesi BAS.MY yang dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah, mahasiswa awam dan swasta serta OKU.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #AnthonyLoke #MBasPercuma

Monday Oct 27, 2025

LZS semarak gotong-royong komuniti melalui program 'Jom Rewang'
Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmennya mendekati masyarakat melalui penganjuran Program Komuniti Kempen Impak Dirasa: Jom Rewang yang diadakan di Surau Ubudiah, Parit 10 Ban Kenal, Pasir Panjang, Sabak Bernam, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Berteraskan semangat gotong-royong tradisi Melayu, program itu menghimpunkan hampir 500 peserta daripada komuniti setempat bagi mengeratkan silaturahim antara LZS dan penduduk kampung dalam suasana penuh muhibah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754131/edisi/selangor-kl/lzs-semarak-gotong-royong-komuniti-melalui-program-jom-rewang 
Muzik: Beyond The Line dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #LZS  #LembagaZakatSelangor #JomRewang #Zakat #SabakBernam

Sunday Oct 26, 2025

Bangga, sebak saat negara diterima sebagai anggota ASEAN ke-11
Kira-kira 30 delegasi wakil Pejabat Perdana Menteri termasuk pemberita dari Timor-Leste tidak dapat menahan sebak sebaik negara tersebut secara rasmi menjadi anggota ASEAN ke-11, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Wakil pemberita dari agensi media SMNews Timor-Leste, Remizia Boavida berkata, momen indah itu cukup bermakna buat dirinya sebagai salah seorang yang membuat liputan penuh Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754105/berita/nasional/delegasi-pm-wartawan-timor-leste-sebak-lihat-momen-negara-jadi-anggota-asean-ke-11
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN #PemimpinASEAN #TimorLeste #SidangKemuncakASEAN #Delegasi

Saturday Oct 25, 2025

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berpandangan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkemungkinan besar tidak akan mengubah keputusan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Baginda yang juga pencetus revolusi bola sepak negara itu berkata, keputusan tersebut mungkin hanya diringankan, namun tidak dibatalkan sepenuhnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754045/berita/sukan/saya-tak-rasa-fifa-akan-tukar-keputusan-ndash-tmj
#SinarHarian #BeritaSemasa #FAM #FIFA #IsuPemainWarisan #BolaSepak #Sukan #TMJ

Friday Oct 24, 2025

Bapa ayam, pemilik premis dan pelacur warga asing direman
Seorang bapa ayam direman selama lima hari di Mahkamah Majistret di Kota Bharu bermula Jumaat bagi membantu siasatan berkaitan dengan aktiviti pelacuran di Kelantan, lapor Hazelen Liana Kamarudin.
Turut ditahan dua wanita yang merupakan pemilik premis, pengurus dan empat pekerja seks serta seorang lelaki warganegara Bangladesh yang menjadi pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/753879/edisi/kelantan/bapa-ayam-pemilik-premis-dan-pelacur-warga-asing-direman
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pelacurwargaasing #bapaayam

Friday Oct 24, 2025

Inkues Zara Qairina: Saksi sahkan budaya pelajar senior tegur dengan sindiran, teguran keras
Saksi ke-29 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bahawa beliau pernah mendengar pelajar lain mempersoalkan hasrat pelajar Tingkatan Satu itu untuk menjadi Badar, walaupun didakwa gemar mengeluarkan kata-kata kesat, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Saksi yang juga kanak-kanak ke-20 memaklumkan perkara itu dalam keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753775/berita/semasa/inkues-zara-qairina-saksi-sahkan-budaya-pelajar-senior-tegur-dengan-sindiran-teguran-keras
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #InkuesZaraQairina #ZaraQairina #Justiceforzaraqairina

Thursday Oct 23, 2025

MetMalaysia naik taraf sistem amaran tsunami, percepat keluar maklumat - Johari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang menaik taraf Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi mempercepat pengeluaran maklumat mengenai gempa bumi dan amaran tsunami.
Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, amaran awal gempa dan tsunami pada masa ini dikeluarkan dalam tempoh lapan minit selepas pengesanan, disalurkan kepada agensi berkaitan dan orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai persediaan negara menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya termasuk langkah pemberitahuan awal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753731/berita/nasional/metmalaysia-naik-taraf-sistem-amaran-tsunami-percepat-keluat-maklumat---johari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MetMalaysia #naiktarafsistemamarantsunami #SAATNM

Thursday Oct 23, 2025

MetMalaysia naik taraf sistem amaran tsunami, percepat keluat maklumat - Johari

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125