Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Oct 28, 2025

Di manakah silapnya apabila insiden demi insiden berlaku di sekolah melibatkan anak-anak kita?
Antara jawapan menteri, luahan masyarakat sivil, keluhan ibu bapa, dan suara murid juga guru - di sana ada keprihatinan anak muda yang mahu pendidikan berada dalam satu jalan yang lurus.
Dengarkan dialog sayap pemuda parti-parti politik utama negara khusus isu pendidikan dalam Meja Bulat Sinar Harian di semua platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/849627064262865Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=6RmGtC__mUgX: https://x.com/SinarOnline/status/1983141050651947317Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/754515/video/meja-bulat/meja-bulat-adakah-pendidikan-kita-dalam-krisis
#MejaBulat #SinarHarian #IsuSemasa #IsuNegara #Pendidikan #Sekolah #Politik #Krisis

Tuesday Oct 28, 2025

Hassan Karim cadang kerajaan perkenal cukai kekayaan
Kerajaan dicadangkan supaya memperkenalkan cukai kekayaan terhadap rakyat negara ini yang berstatus jutawan sebagai langkah menambah hasil negara.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PH) berkata, takrifan golongan jutawan atau skala yang layak dikenakan cukai kekayaan ialah individu yang mempunyai nilai harta sekurang-kurangnya AS$1 juta (kira-kira RM4.2 juta).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754461/berita/nasional/hassan-karim-cadang-kerajaan-perkenal-cukai-kekayaan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Cukai

Tuesday Oct 28, 2025

Trump datang, kita 'serah' kekayaan negara - Hassan Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menzahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan yang didakwa menandatangani perjanjian berhubung Jual Beli (SPA) gas asli cecair (LNG) dengan Amerika Syarikat (AS) semasa lawatan Presiden AS Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #AS #Trump

Tuesday Oct 28, 2025

Pembangkang desak sidang tergempar bahas perjanjian dagang Malaysia–AS
Pihak pembangkang mengemukakan usul mendesak agar Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia yang dimeterai pada Ahad kerana didakwa boleh mendatangkan banyak kemudaratan kepada negara.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, usul tersebut dikemukakan bagi menangguhkan pelaksanaan perjanjian itu sehingga ia dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754435/berita/nasional/pembangkang-desak-sidang-tergempar-bahas-perjanjian-dagang-malaysiandashas
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Pembangkang

Tuesday Oct 28, 2025

Guru warden asrama diberi pengecualian tugas kokurikulum – Kah Woh
Guru yang dilantik sebagai warden asrama diberi beberapa pengecualian, termasuk penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang diminimumkan bagi meringankan beban tanggungjawab mereka dalam sesi persekolahan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, selain itu, warden turut dikecualikan daripada dilantik sebagai guru kelas dan tidak perlu mengajar pada waktu pertama dalam sesi pembelajaran.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/754418/berita/nasional/guru-warden-asrama-diberi-pengecualian-tugas-kokurikulum-ndash-kah-woh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #WardenAsrama

Tuesday Oct 28, 2025

223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok diroboh bermula hari ini
Aktiviti perobohan kesemua 223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Jeli bermula pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian,  Hazelen Liana Kamarudin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perobohan tersebut dijangka akan mengambil masa dalam tempoh dua bulan dan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiGolok #PDRM #PangkalanHaram #jetiHaram

Tuesday Oct 28, 2025

Nak kutuk, kutuk saya sahaja, jangan kecam Uqasha - Kamal Adli
Pelakon Kamal Adli memohon orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata negatif terhadap isterinya, Uqasha Senrose ketika mereka berdepan kemelut rumah tangga.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KamalAdli #UqashaSenrose

Tuesday Oct 28, 2025

Uqasha tukar peguam, prosiding cerai ditangguhkan
Prosiding perceraian pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili pelakon wanita itu sebelum ini, Nurfarhana Abd Manaf, menarik diri daripada kes berkenaan.
Peguam syarie yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohd Salleh, berkata prosiding hari ini hanya membabitkan sebutan di sebelah pihak defendan sahaja.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KamalAdli #UqashaSenrose

Tuesday Oct 28, 2025

Kamal Adli harap dapat selamatkan rumah tangga, akui masih sayang
Pelakon Kamal Adli menzahirkan harapan agar rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, masih dapat diselamatkan meskipun hubungan mereka kini berdepan ujian besar.
Kamal, 39, ditemui media ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 9.45 pagi Selasa, berkata kehadirannya adalah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754377/berita/hiburan/kamal-adli-mahu-pertahan-rumah-tangga-akui-masih-sayang-uqasha-senrose
#SinarHarian #BeritaSemasa #KamalAdli #UqashaSenrose
 

Monday Oct 27, 2025

Dipaksa makan daging babi, diseksa dengan renjatan elektrik
"Saya dipaksa bekerja sebagai scammer bekerja 14 jam sehari, diberi makan lauk babi, jika lambat buat kerja akan diseksa dengan renjatan elektrik."
Demikian penderitaan yang ditempuh seorang pemuda dari Johor Bahru yang mahu dikenali sebagai Joe, 36, selama empat bulan selepas diperdaya sindiket pemerdagangan manusia dan terperangkap Sihanouk, Kemboja.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/754275/berita/semasa/dipaksa-makan-babi-diseksa-dengan-renjatan-elektrik
Muzik: Antoine Mignon - Closer Than You Think dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SindiketPenipuanKerja #Scammer #JohorBahru #Kemboja

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125