Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Aug 21, 2025
Thursday Aug 21, 2025
Malaysia merekodkan dua kes kematian akibat Covid-19 setakat Minggu Epidemiologi ke-33 (ME-33) tahun ini, berbanding 58 kes kematian dilaporkan sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata, hingga 16 Ogos lepas, sebanyak 41,814 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara berbanding 83,018 kes dalam tempoh sama tahun lepas, dengan kebanyakan kes bergejala ringan.
Artikel: http://sinarharian.com.my/article/744479/berita/nasional/dua-kes-kematian-akibat-covid-19-direkodkan-setakat-ini---lukanisman
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #Covid19 #ME33

Thursday Aug 21, 2025
Thursday Aug 21, 2025
Kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi bagi produk gas petroleum cecair (LPG), sekali gus membolehkan semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus menikmati manfaat subsidi berkenaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata sehubungan itu, penggunaan subsidi LPG oleh PMKS, terutama dalam sektor makanan sewajarnya tidak melibatkan kenaikan harga produk jualan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744470/berita/nasional/pmks-boleh-manfaat-subsidi-lpg---fuziah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #gasLPGsubsidi #gasLPG #PMKS

Thursday Aug 21, 2025
Thursday Aug 21, 2025
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Arthur Joseph Kurup berkata, Sarawak bakal muncul jelapang padi terbesar negara menjelang 2030, sekali gus dilihat mampu mengambil alih peranan Kedah.
Menurutnya, ia sebahagian daripada usaha Sarawak untuk menjadikan negeri itu sebagai hab keterjaminan makanan sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pasca-Covid 19 Sarawak (PCDS 2030) dan sehingga berakhirnya Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-25.
Arthur berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berhubung perancangan kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai hab keterjaminan makanan atau Zon Tumpuan Keterjaminan Makanan dalam dasar lima tahun.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #jelapangpadi #Sarawak

Thursday Aug 21, 2025
Thursday Aug 21, 2025
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, aduan serta laporan terhadap kandungan video yang cuba mencemarkan imej Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Beliau maklum terdapat beberapa video berlegar di media sosial yang mengajak umat Islam di negara ini untuk keluar daripada menyimpan wang di TH.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan mengekang cubaan pembinaan naratif serta dakwaan jahat terhadap TH di pelbagai platform media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744460/berita/nasional/laporan-video-cemar-imej-th-dikemuka-kepada-mcmc-polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #TH #laporanberitacemarTH #MCMC

Thursday Aug 21, 2025
Thursday Aug 21, 2025
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Malaysia tidak bercadang menganjurkan semula kejohanan Formula 1 (F1) memandangkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi dan kalendar perlumbaan yang padat.
Menurutnya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk perbelanjaan yang perlu ditanggung mencecah RM300 juta setiap tahun sekiranya kerajaan mahu menganjurkan semula kejohanan berprestij itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #F1 #KBS

Thursday Aug 21, 2025
Thursday Aug 21, 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia memiliki keupayaan sangat baik dalam membuat pengesanan terhadap kehadiran ejen asing atau pengintip ke dalam negara.
Beliau turut akui kehadiran pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat sulit bagi tujuan dan kepentingan pihak tertentu, satu potensi ancaman yang sangat serius terutama dalam geopolitik
Saifuddin Nasution berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor ketika sesi pertanyaan menteri pada sidang Dewan Rakyat, pada Khamis.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KDN

Wednesday Aug 20, 2025
Wednesday Aug 20, 2025
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seri Manjung pada Rabu atas dua pertuduhan memperdagangkan adik-beradik kembar perempuan berusia 14 tahun bagi tujuan eksploitasi seks sejak Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, Muhammad Mustaqim Mohd Zuber, 25, dan Syazwani Mohd Hashim, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744286/berita/semasa/dua-rakan-didakwa-perdagang-pelajar-kembar-14-tahun-jadi-mangsa-eksploitasi-seks
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #permerdaganganmanusia #perdagangpelajar #mahkamah

Wednesday Aug 20, 2025
Wednesday Aug 20, 2025
Malaysia buat masa ini akan mengekalkan istilah Blok ND6 dan ND7 di Laut Sulawesi, walaupun Indonesia merujuknya sebagai kawasan Ambang Batas Laut atau 'Ambalat'.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata soal untuk menggantikan nama lebih signifikan bagi merujuk kawasan dalam Laut Sulawesi itu belum lagi dibincangkan dan untuk itu, istilah sama akan dikekalkan sehingga kini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #Ambalat #BlokND6ND7

Wednesday Aug 20, 2025
Wednesday Aug 20, 2025
Bekas penasihat tuntutan sebuah firma guaman didenda RM97,200 selepas mengaku bersalah menipu dua lelaki dalam tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, A Ari, 37 membuat pengakuan tersebut atas dua pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744290/berita/semasa/bekas-penasihat-firma-guaman-didenda-rm97200-tipu-tuntutan-perkeso
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tipuurustuntutanPerkeso #kesrasuah

Wednesday Aug 20, 2025
Wednesday Aug 20, 2025
Lima remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Bagaimanapun, difahamkan mahkamah memerintahkan larangan (gag order) untuk tidak mendedahkan mengenai prosiding yang berlaku berhubung pendakwaan lima remaja tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744298/berita/semasa/kes-zara-qairina-lima-remaja-tak-mengaku-salah-mencela-guna-kata-kesat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #ZaraQairina #justiceforZara #mahkamah


