Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Nov 04, 2025

Kenyataan AGC mengenai ART bukan bersifat politik- PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), dengan menolak ia bersifat politik.
Jelasnya, AGC mempunyai kedudukan yang penting dalam memberikan input bagi memastikan undang-undang yang ditandatangani tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #AGC #ART #PM

Tuesday Nov 04, 2025

Kerajaan setuju tingkat BUDI95 bagi sektor e-hailing hingga 800 liter sebulan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan setuju meningkatkan had kelayakan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pemandu e-panggilan yang layak sehingga 800 liter sebulan, tertakluk syarat perjalanan ditetapkan.
Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah kerajaan meneliti rayuan pemandu e-hailing berdasarkan kegunaan sebenar.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #Budi95 #ehailing #PM

Tuesday Nov 04, 2025

Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang didakwa boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrul Hisham, 46, di akhir kes pendakwaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755283/berita/semasa/chegu-bard-dibebaskan-kes-fitnah-agong
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #CheguBard #Mahkamah #Agong #Peguam #Hakim

Tuesday Nov 04, 2025

Isu pelaksanaan punca semua termasuk T15 terima subsidi RON95 - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan golongan berpendapatan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan masih terkesan dan tidak wajar dikelaskan sebagai penerima berpendapatan tinggi sepenuhnya.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #SubsidiRON95 #T15 #PM

Monday Nov 03, 2025

Polis Kedah mengesahkan suspek yang disyaki menetak dan memenggal kepala abang iparnya dalam kejadian tragis di sawah padi Kampung Pida 3, Jerlun mempunyai sejarah sakit mental dan pernah menerima rawatan psikiatri.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah mendapatkan rawatan sejak tahun 2021 namun berhenti menghadiri janji temu hospital kira-kira lima bulan sebelum insiden berlaku.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755184/berita/semasa/tetak-abang-ipar-suspek-ada-sejarah-sakit-mental---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kestetakabangipar #psikiatri

Monday Nov 03, 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan satu subjek baharu dalam Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di universiti yang memberi penekanan khusus dalam soal pembinaan manusia atau tasawwur Islam.
Jelasnya, ia akan dikemukakan dalam tempoh terdekat untuk diterapkan di peringkat universiti.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #KPT #subjekbaharu #subjekMPU #tasawwurIslam

Monday Nov 03, 2025

Tiga laporan polis diterima polis berhubung insiden pencemaran air Sungai Johor yang menjejaskan kehidupan penduduk termasuk masyarakat Orang Asli di Kota Tinggi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata daripada jumlah itu, dua laporan dibuat oleh penduduk kampung yang terjejas manakala satu lagi oleh syarikat pengendali air, Ranhill SAJ Sdn. Bhd.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755197/edisi/johor/pencemaran-sungai-johor-tiga-laporan-polis-diterima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pencemaransungai #SungaiJohor #KotaTinggi

Monday Nov 03, 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa terdapat 10 perkara yang sedang diteliti oleh Kementerian Komunikasi bagi membantu pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian terhadap penyedia perkhidmatan, platform media sosial dan permainan dalam talian, sementara Akta Komunikasi pula diguna pakai untuk pengguna.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #MenteriKomunikasi #FahmiFadzil #MediaSosial #Akta

Monday Nov 03, 2025

Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim kerana didakwa menggunakan perkataan yang menghina dalam sesi penggulungan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Khamis lalu.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mendakwa, Awang dengan sengaja beberapa kali menyebut perkataan 'Hulu Laknat'  dan Kota Celaka semasa berucap di Dewan Rakyat.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #AhliParlimenPendang

Monday Nov 03, 2025

Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, langkah itu bertujuan memastikan tidak ada ketirisan berlaku serta menjamin subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukannya, seperti yang kerajaan laksanakan untuk subsidi diesel dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755160/berita/nasional/kerajaan-teliti-penyasaran-subsidi-gula-beras-dan-minyak-masak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #budi95 #penyasaransubsidi #subsidigula #subsidiberas #subsidiminyakmasak

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125