Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday Nov 07, 2025
Friday Nov 07, 2025
Bekas akauntan tidak mahu dikaitkan lagi dengan GISBH
Bekas akauntan mengaku insaf dan tidak mahu dikaitkan dengan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang menyalahi undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hamimah Yakub, 72, berkata demikian selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan dan membayar denda RM4,500 dalam prosiding yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755708/berita/semasa/bekas-akauntan-tidak-mahu-dikaitkan-lagi-dengan-gisbh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH #KompleksMahkamah #PenjaraKajang

Friday Nov 07, 2025
Friday Nov 07, 2025
Ekskavasi kapal purba Melaka: Lebih banyak artifak dijangka ditemui
Kerja penggalian di Tapak Ekskavasi Penyelamatan Kapal Purba Melaka berhampiran Pulau Melaka kini mencapai kedalaman tiga meter, dengan jangkaan lebih banyak artifak dan penemuan baharu bakal ditemui.
Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohamad Muda Bahadin berkata, projek yang bermula pada 24 Oktober 2021 itu kini memasuki fasa keempat dan akan diteruskan sehingga selesai serta dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun lagi bergantung kepada hasil kajian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755700/edisi/melaka-ns/ekskavasi-kapal-purba-melaka-capai-kedalaman-tiga-meter-lebih-banyak-artifak-dijangka-ditemui
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kapalmelaka #Sejarah

Friday Nov 07, 2025
Friday Nov 07, 2025
Warden sekolah asrama penuh didakwa cabul pelajar lelaki
Guru sekolah berasrama penuh di Jempol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Jumaat atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun tahun lalu.
Tertuduh, Nazrulhisham Mahmud, 46, yang juga warden asrama sekolah berkenaan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755698/berita/semasa/warden-sekolah-asrama-penuh-didakwa-cabul-pelajar-lelaki
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #cabul

Thursday Nov 06, 2025
Thursday Nov 06, 2025
Kerajaan kenal pasti kaedah kurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras dengan penguatkuasaan peraturan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan kepada rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755589/berita/nasional/kerajaan-kenal-pasti-kaedah-kurangkan-implikasi-kenaikan-harga-kenderaan-tempatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #kenaikanhargakenderaantempatan

Thursday Nov 06, 2025
Thursday Nov 06, 2025
'Tanya soalan cerdik, saya jawab' - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo meminta Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari bertanyakan soalan lebih 'cerdik' dan membaca dengan teliti selepas beliau mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat (AS) seolah-olah menggambarkan kerajaan sedang menyerahkan 'kunci digital' kepada negara lain.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #ART

Thursday Nov 06, 2025
Thursday Nov 06, 2025
Penganggur mengaku salah tikam pekebun hingga cedera parah
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu.
Tertuduh, Jabalul Akhir Mat Shafie, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755562/edisi/pahang/penganggur-mengaku-salah-tikam-pekebun-hingga-cedera-parah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #tikam

Wednesday Nov 05, 2025
Wednesday Nov 05, 2025
KPKT rangka sistem simpanan data peminjam
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka sistem simpanan data peminjam dan syarikat pemberi pinjaman wang yang boleh merekodkan transaksi pinjaman secara masa nyata.
Menurutnya, sistem berkenaan dilengkapi pemantauan dan pembayaran digital yang bakal memperkasakan pengawalseliaan kepada pemberi pinjaman wang supaya tiada caj tambahan kepada orang awam yang berhasrat membuat pinjaman.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang membangunkan portal bersepadu antara KPKT, pemberi pinjaman wang berlesen dan peminjam dilengkapi sistem pemantauan serta pembayaran digital.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #KPKT #sidangdewanrakyat #sistemsimpanandatapeminjam #syarikatberipinjam

Wednesday Nov 05, 2025
Wednesday Nov 05, 2025
Kerajaan belanja RM19.5 juta bagi subsidi 39,744 tiket penerbangan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan kerajaan bagi tahun ini, membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan iaitu RM491 bagi penumpang yang layak pada musim perayaan.
Menurutnya, dengan subsidi berkenaan, harga yang perlu dibayar penumpang adalah RM499 walaupun purata harga sebenar adalah RM990.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #subsiditiketpenerbangan #tiketpenerbanganmusimperayaan

Wednesday Nov 05, 2025
Wednesday Nov 05, 2025
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan perbezaan pandangan antara kepimpinan parti tidak harus disalah tafsir sebagai perpecahan, sebaliknya menjadi kekuatan yang mengukuhkan perpaduan dalaman, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada malam Selasa menunjukkan kematangan kepimpinan parti dalam menangani isu berbangkit dengan penuh hemah dan semangat kekeluargaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755389/berita/politik/kita-bukan-berperang-kita-cuma-berbeza-pandangan-ndash-azmin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AzminAli #Bersatu #PartiPribumiBersatuMalaysia #PRN #Politik

Tuesday Nov 04, 2025
Tuesday Nov 04, 2025
Kes Jahidah: Bekas suami kekal ke penjara, pelaksanaan hukuman dibenar tangguh
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini Abdul Raof, 42, yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin @ Sylvester, 47, sehingga koma empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad sebelum itu menolak permohonan yang dikemukakan oleh Rosmaini terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 9 Disember tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755280/berita/semasa/kes-jahidah-bekas-suami-kekal-ke-penjara-pelaksanaan-hukuman-dibenar-tangguh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjahidah #bekassuamijahidahkekaldipenjara #mahkamah


