Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Nov 11, 2025
Tuesday Nov 11, 2025
'Soalan yang dibangkitkan semua saya jawab...'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat.
Anwar berkata, semua soalan yang dikemukakan kepada beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa, iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, telah dijawab sama ada oleh beliau sendiri atau menteri-menteri berkaitan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #AhliParlimen #Pembangkang

Monday Nov 10, 2025
Monday Nov 10, 2025
PRN Sabah: Calon muda bukti kesungguhan BN bawa perubahan
Barisan Nasional (BN) bertekad membawa perubahan politik di Sabah apabila menampilkan lebih 30 peratus calon muda pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu mencerminkan keseriusan parti dalam memberi peluang kepada generasi baharu untuk memimpin dan memacu kemajuan negeri tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756090/berita/politik/prn-sabah-calon-muda-bukti-kesungguhan-bn-bawa-perubahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #BN #PRN17

Monday Nov 10, 2025
Monday Nov 10, 2025
Bot bawa PATI karam: Enam lagi mayat ditemukan, jumlah mangsa maut 13 orang
Enam lagi mayat ditemukan berhampiran sempadan maritim Malaysia–Thailand pada Ahad, menjadikan jumlah korban tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izi (PATI) itu meningkat kepada 13 orang.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata, enam mayat tersebut telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756060/berita/semasa/bot-bawa-pati-karam-enam-lagi-mayat-ditemukan-jumlah-mangsa-maut-13-orang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian
#SinarHarian #BeritaSemasa #BotKaram #Maritim #Pati

Monday Nov 10, 2025
Monday Nov 10, 2025
Didik asnaf jaga pemakanan, elak sakit kronik
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi pendedahan kepada lebih 200 warga asnaf bagi memahami kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan sihat menerusi pelaksanaan Program Perkhidmatan Dietetik Komuniti 2025 pada Sabtu.
Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Md Yusmizan Yusof berkata, program itu julung kali diadakan dengan kerjasama Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan (KKM) negeriSelangor dan jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana.
#SinarHarian #SinarTerkini #LembagaZakatSelangor #LZS #Asnaf

Monday Nov 10, 2025
Monday Nov 10, 2025
'Belia terjebak aktiviti perjudian dalam talian agak tinggi'
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui jumlah belia di negara ini yang terjebak dengan aktiviti perjudian dalam talian pada tahap agak tinggi.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid berhubung usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sama ada bercadang untuk meningkatkan kuasa undang-undang bagi membendung risiko penipuan dan manipulasi dalam sukan elektronik atau e-sukan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #KBS #Belia #PerjudianDalamTalian #HannahYeoh

Sunday Nov 09, 2025
Sunday Nov 09, 2025
Fenomena air pasang besar yang melanda Kukup sejak empat hari lalu bukan sahaja menyebabkan laluan utama ke terminal feri dilimpahi air laut, malah turut meninggalkan lumpur selepas surut, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Peniaga makanan ringan, Zulkifli Mohd Hafan, 47, berkata, kejadian air pasang besar bermula pada Khamis lalu dan surut sejam kemudian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755958/edisi/johor/air-pasang-besar-laluan-utama-dinaiki-air-tinggalkan-kesan-lumpur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AirPasangBesar #Bencana #Pontian #Johor #Laut

Sunday Nov 09, 2025
Sunday Nov 09, 2025
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Anwar kata, dengar dulu...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta rakyat di negeri ini mendengar penjelasan beliau mengenai perbelanjaan yang telah disalurkan kerajaan Persekutuan sebelum membangkitkan persoalan mengenai tuntutan 40 peratus hak Sabah.
Jelasnya, kerajaan Persekutuan sentiasa menyalurkan peruntukan lebih kepada Sabah namun dalam masa sama negeri lain juga perlu diberikan perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755952/berita/nasional/tuntutan-40-peratus-hak-sabah-anwar-kata-dengar-dulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri #KerajaanMadani #Sabah #HakSabah

Sunday Nov 09, 2025
Sunday Nov 09, 2025
'Apa dibahas, usul harap jadi realiti'
Perwakilan berkongsi pandangan dan harapan terhadap fokus utama mesyuarat sempena Konvensyen Nasional Amanah 2025 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #KonvensyenNasionalAmanah2025 #Perwakilan #ShahAlam

Friday Nov 07, 2025
Friday Nov 07, 2025
Perkataan 'touch-touch' kepada Zara Qairina hanya gertakan - Saksi
Saksi ke-40 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu bahawa perkataan yang dikeluarkan terhadap Allahyarhamah oleh kakaknya hanya gertakan dan tidak menyentuh mana-mana pelajar junior dalam satu kejadian di sebuah bilik asrama pada April lalu.
Menurut saksi yang juga kanak-kanak ke-31 itu, tujuan Zara Qairina datang bertemu dia dan rakannya adalah untuk meminta maaf mengenai surat mengandungi kata-kata 'body shaming' terhadap rakannya itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755707/berita/semasa/perkataan-touch-touch-kepada-zara-qairina-hanya-gertakan---saksi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Inkues #zaraqairina #JusticeForZara

Friday Nov 07, 2025
Friday Nov 07, 2025
Bekas akauntan tidak mahu dikaitkan lagi dengan GISBH
Bekas akauntan mengaku insaf dan tidak mahu dikaitkan dengan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang menyalahi undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hamimah Yakub, 72, berkata demikian selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan dan membayar denda RM4,500 dalam prosiding yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755708/berita/semasa/bekas-akauntan-tidak-mahu-dikaitkan-lagi-dengan-gisbh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH #KompleksMahkamah #PenjaraKajang


