Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
Peruntukan kepada Sabah untuk 2026 adalah tertinggi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah sebanyak RM17.6 bilion adalah tertinggi.
Ia termasuk perbelanjaan untuk mengurus agensi persekutuan, pembangunan dan pemberian khas.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #PM #peruntukanuntukSabah

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
Kenyataan Jabatan Peguam Negara tidak ada percanggahan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kenyataan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengatakan bahawa laporan akhir dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 11 November dilihat bercanggah.
Menurutnya, rundingan antara Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri adalah sangat penting bagi mengimbangi isu berkenaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #PM #Jabatanpeguamnegara

Wednesday Nov 12, 2025
Wednesday Nov 12, 2025
Hakisan pantai makin teruk, risau tanah didiami lebih 40 tahun 'lenyap'
Penduduk di kawasan pesisir Pantai Rimba Terjun di Pontian resah memikirkan keselamatan kediaman mereka yang semakin terancam akibat hakisan pantai terutama ketika air pasang besar melanda.
Penduduk, Khairul Azman A Rahman, 47, berkata, sejak lebih lima tahun lalu, dia hanya mampu melihat keadaan tanah di sekitar rumahnya semakin mengecil apabila ombak kuat dan air berlumpur terus menghakis tebing pantai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756370/edisi/johor/hakisan-pantai-makin-teruk-risau-tanah-didiami-lebih-40-tahun-lenyap
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Hakisanpantai #PantaiRimbaTerjun

Wednesday Nov 12, 2025
Wednesday Nov 12, 2025
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menafikan dakwaan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) beberapa kali menghentikan pembiayaan pinjaman pelajaran dan elaun sara hidup bulanan sehingga memberi tekanan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, hakikatnya tiada mana-mana pelajar yang sudah diluluskan pinjaman diberhentikan pembiayaan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756345/berita/nasional/kesuma-nafi-henti-pembiayaan-ptpk-elaun-sara-hidup-pelajar-terus-dibayar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #Kesuma #PTPK

Wednesday Nov 12, 2025
Wednesday Nov 12, 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan kamera litar tertutup (CCTV) tidak akan dipasang di ruang melibatkan privasi termasuk bilik tidur, tandas atau tempat persalinan di asrama sekolah bagi menjaga kehormatan pelajar.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, pengawasan di ruang tersebut akan diperkukuhkan melalui rondaan warden secara berjadual sebagai langkah tambahan mengelak berlakunya insiden buli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756333/berita/nasional/kpm-tetapkan-tiada-cctv-di-ruang-privasi-pelajar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pemasanganCCTVruangprivasipelajar #rondaanwarden

Wednesday Nov 12, 2025
Wednesday Nov 12, 2025
Kerajaan tak ambil tindakan terhadap media walau berbeza pandangan
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kerajaan tidak akan menekan atau mengambil tindakan terhadap organisasi media walaupun tidak bersetuju dengan laporan diterbitkan, selaras komitmen menghormati kebebasan media di negara ini.
Menurutnya, pendekatan kerajaan kini berbeza dengan amalan sebelum ini kerana Kerajaan Madani memilih untuk menyatakan pendirian secara terbuka tanpa menyekat kebebasan media.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #organisasimedia #kebebasanmedia #siangdewanrakyat

Tuesday Nov 11, 2025
Tuesday Nov 11, 2025
'Tunjuk bukti, kita tak lindung pesalah' - Dr Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa beliau tidak akan melindungi mana-mana individu yang terbabit dalam salah laku sekiranya terdapat bukti kukuh, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756215/berita/politik/tunjuk-bukti-kita-tak-lindung-pesalah---dr-akmal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNMelaka #AkmalSaleh #PemudaUMNO

Tuesday Nov 11, 2025
Tuesday Nov 11, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan berjaya mendapatkan semula tambahan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggarkan lebih RM1 bilion dengan proses pemulihan membabitkan badan itu terus giat dijalankan khususnya di luar negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang ingin tahu jumlah semasa dana 1MDB yang sudah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun pemulihan aset negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #1MDB #AnwarIbrahim #PM

Tuesday Nov 11, 2025
Tuesday Nov 11, 2025
Langkah kerajaan menaikkan kadar gaji minimum sehingga RM1,700 bagi membantu kos sara hidup rakyat bukan suatu usaha yang mudah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut mendapat bantahan kartel dan banyak syarikat besar di peringkat awal.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #GajiMinimum #Rakyat #Kerajaan

Tuesday Nov 11, 2025
Tuesday Nov 11, 2025
'Jangan ikat tangan saya!'
Pembukaan sidang Dewan Rakyat pada Selasa sedikit tegang apabila Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) mempersoalkan sebab tiada soalan daripada blok pembangkang dibacakan ketika sesi Pertanyaan kepada Perdana Menteri (PMQT).
Menjawab perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan, hanya satu soalan diterima daripada pihak pembangkang sebelum tarikh tutup penyerahan, berbanding lapan soalan daripada blok kerajaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756171/berita/nasional/takiyuddin-persoal-tiada-soalan-pembangkang-dibaca-ketika-pmqt
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #YangDipertuaDewanRakyat #AhliParlimen #Pembangkang #PMQT


