Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Nov 16, 2025

Serik berdepan banjir, penduduk bina rakit tong
Serik berdepan dua kali kejadian banjir besar, penduduk di Kampung Pengkalan Rinting, Johor Bahru, mengambil inisiatif membina rakit sebagai persediaan menghadapi musibah pada Monsun Timur Laut hujung tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Penduduk, Mohd Alip Bedu, 78, berkata, rumahnya antara terawal dinaiki air kerana terletak hanya kira-kira 20 meter dari sungai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756872/edisi/johor/serik-berdepan-banjir-penduduk-bina-rakit-tong 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #binarakittong #MonsunTimurLaut

Saturday Nov 15, 2025

Calon N58 DUN Lamag yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin menawarkan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas  dan membangunkan fasiliti perkhidmatan awam di DUN berkenaan, jika memenangi kerusi tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Syah Abdul Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756796/berita/politik/prn-sabah-ini-tawaran-dan-janji-bung-moktar-untuk-dun-lamag
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #DUNLamag #N58DUNLamag

Saturday Nov 15, 2025

Pengguna jalan raya yang sering menggunakan laluan Bandar Putra ke Lapangan Terbang Senai mengeluh apabila pembinaan palang setinggi hanya 2.1 meter didakwa menjejaskan laluan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Rungutan yang tular di laman Facebook Orang Kulai turut memaparkan sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di bahagian belakang dipercayai terlanggar palang berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati palang berkenaan turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemandu khususnya pemandu lori treler kerana terpaksa membuat pusingan U bagi mencari laluan alternatif lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756809/edisi/johor/palang-rendah-jejaskan-laluan-pengguna-jalan-raya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #penggunakesalpalangdibinasetinggi2.1meter

Saturday Nov 15, 2025

Seorang pesakit kanser tidak menyangka akan bertemu jodoh semula pada usia senja selepas 10 tahun hidup sendiri apabila menerima lamaran jiran sebelah rumah yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Mahriah Abd Majid, 59, yang sedang menjalani kemoterapi kanser payudara tahap dua itu bersetuju menerima lamaran pasangannya, Leman Jantan, 62, yang sudi menjaganya dalam keadaan dirinya sedang berdepan masalah kesihatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756754/edisi/melaka-ns/pejuang-kanser-temui-jodoh-pada-usia-senja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pejuangkanser #kanserpayudara #penjuangkanserbertemujodoh

Saturday Nov 15, 2025

Hujan lebat berserta ribut mengakibatkan lebih 20 rumah di tiga kawasan perumahan di Sendayan di Seremban mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu membabitkan Taman Nusari Bayu 1 Fasa 3, Nusari Aman 1A dan Nusari Bayu 2 Fasa 2.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756709/edisi/melaka-ns/ribut-paling-kuat-macam-puting-beliung
Muzik: Foe Pound dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ribut #Seremban

Friday Nov 14, 2025

Saintis Australia telah menemui cangkerang telur buaya berusia 55 juta tahun dipercayai milik spesies purba buaya darat yang mampu memanjat pokok dan menyerang mangsa dari atas. 
Video: Ilustrasi AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756676/global/fosil-55-juta-tahun-singkap-rahsia-kewujudan-buaya-pemanjat-di-australia
#sinarharian #beritaterkini #buaya #fosil #australia

Friday Nov 14, 2025

“Saya mohon puan (hakim) ampunkan dosa saya, ini terakhir. Semua dah buang saya.”
Itu reaksi seorang penganggur di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada 8 November lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756623/berita/semasa/puan-hakim-ampunkan-sayahellip-ini-terakhir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Cabul

Thursday Nov 13, 2025

JPJ keluarkan 193 notis saman, sita dua motosikal
Sebanyak 193 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan dua motosikal disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Limbongan, Melaka pada malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, dua motosikal disita selain sebanyak 745 buah kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756471/edisi/melaka-ns/terbantut-hantar-pesanan-pelanggan-motosikal-disita-jpj
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #operasibersepadu #JPJ #AADK #PDRM #Melaka

Thursday Nov 13, 2025

Jurugambar bebas didakwa raba punggung kanak-kanak
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh,  Mohd Mukhairi Zakaria, 38, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756480/berita/semasa/jurugambar-bebas-didakwa-raba-punggung-kanak-kanak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesamangseksualfizikal #jurugambarbebas

Thursday Nov 13, 2025

Siasatan semula kes Pastor Koh, Amri Che Mat diketuai pegawai berpangkat ACP
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, siasatan semula kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, sudah pun dijalankan pasukan penyiasat diketuai pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP).
Jelasnya, pasukan penyiasat itu akan meneliti beberapa laporan termasuk mendapatkan keterangan baharu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #siasatansemulakeshilang #PDRM #RaymondKoh #AmriCheMat #KDN

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125