Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Nov 18, 2025
Tuesday Nov 18, 2025
'Kalau macam tu saya nak guna kenderaan mana... Kerajaan, itu kelonggaran'
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau menggunakan harta serta kemudahan kerajaan bagi tujuan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Perdana Menteri menegaskan semua program yang dihadirinya di Sabah adalah program kerajaan yang sudah dijadualkan lebih awal, sementara sebarang aktiviti berkaitan kempen PRN Sabah dilakukan sepenuhnya di bawah platform parti.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #kemudahankerajaan #PM

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Upah RM2,000 bawa padah, lelaki ditahan bersama 16.2 kg bunga ganja
Seorang pemandu lori yang menerima upah RM2,000 ditahan polis bersama 16.2 kilogram (kg) daun kering disyaki bunga ganja dengan nilai keseluruhan mencecah RM583,500 di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang selepas kenderaan Proton S70 berwarna putih yang dipandunya dari Thailand ke Malaysia dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757039/berita/semasa/upah-rm2000-bawa-padah-lelaki-ditahan-bersama-162kg-bunga-ganja
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Polis #BungaGanja #Kedah #Thailand

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Seramai 14,000 etnik Rohingya dikenalpasti berada di Kedah berdasarkan kemaskini data yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri di semua daerah termasuk Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Kubang Pasu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, angka itu merangkumi pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta individu tanpa sebarang dokumen sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757029/edisi/utara/14000-etnik-rohingya-tinggal-di-kedah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rohingya #Etnik #JIM #JabatanImigresenMalaysia #UNHCR #Kedah

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Lawatan rasmi PM: Kerajaan jawab isu penggunaan pesawat sewaan khas
Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa delegasi perniagaan yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya menanggung sepenuhnya kos masing-masing tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan salah faham susulan keputusan menggunakan penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines untuk lawatan tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757018/berita/nasional/lawatan-rasmi-pm-kerajaan-jawab-isu-penggunaan-pesawat-sewaan-khas
#SinarHarian #BeritaSemasa #LawatanRasmiPM #PesawatSewaanKhas

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa penggunaan istilah 'Tol Genting Highlands' adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.
Jelas beliau, bayaran yang disebut itu sebenarnya merujuk kepada caj kenderaan, bukannya tol baharu seperti yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #TolGentingHighlands #GentingHighlands #CajKenderaan

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Jumlah banduan kini 84,000, melebihi kapasiti maksimum
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah banduan yang ditempatkan di penjara di seluruh negara kini lebih 84,000 orang, melebihi kapasiti maksimum 76,000.
Katanya, ketika ini seramai 84,143 berada dalam fasiliti penjara manakala 6,640 lagi di luar penjara bagi menjalani pemulihan dalam komuniti.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Banduan

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
'Kami mahukan hak milik kekal bukan pajakan'
Penduduk Kampung Melayu Majidee Johor Bahru sekali lagi menyerahkan permohonan rasmi dan petisyen kepada Menteri Besar Johor bagi menuntut pertukaran tanah rizab Melayu (TRM) hak milik kekal daripada berstatus TRM pajakan negeri 99 tahun ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam), Abdul Rahim Md Shariff berkata, permohonan dan petisyen kali kedua kali ini dibuat selepas penyerahan pertama tidak mendapat sebarang maklum balas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756971/edisi/johor/kami-mahukan-hak-milik-kekal-bukan-pajakan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KampungMelayuMajidee #PajakanTanah #HakMilikKekal #Majidee #IskandarPuteri

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Keupayaan risikan bagi mengesan lebih awal perancangan unsur ekstrem yang cuba mengeksploitasi sentimen rakyat akan dipertingkatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan proaktif bagi mengelakkan daripada berlakunya rusuhan awam di negara ini seperti yang terjadi di Indonesia dan Nepal.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #PDRM #Polis #Demontrasi #Rusuhan #KDN

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Tukang masak maut ditikam: Tiga lelaki Myanmar direman tujuh hari
Tiga lelaki warga Myanmar termasuk dua beradik ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh tukang masak wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Lorong Bukit Juru, Bukit Mertajam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah ke atas tiga lelaki berusia 30-an bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756957/berita/semasa/tukang-masak-maut-ditikam-tiga-lelaki-myanmar-direman-tujuh-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KesBunuh

Monday Nov 17, 2025
Monday Nov 17, 2025
Suami isteri, enam lelaki didakwa edar 247.7kg ganja
Lapan individu termasuk seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan mengedar 247.7 kilogram (kg) ganja pada 5 November lalu.
Tertuduh, Muhammad Nur Nor Hisham,30; Mohamad Hafiz Mohd Zaini,24; Mohamad Amirul Fazrin Md Kamil,31; Mohamad Faris Irzain Bidin,20; Naveed Hussain,37; Syazriel Aiman Shah Ceronnizam,20; Muhammad Faris ‘Arimi Suzi,26 dan Miss Nursamira Hayeemaha,37, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756954/berita/semasa/suami-isteri-enam-lelaki-didakwa-edar-2477kg-ganja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkmah #Dadah #SuamiIsteri #edarganja


