Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Nov 19, 2025

‘Saya nak selamatkan diri dari kemudaratan’ - Uqasha Senrose
Pelakon, Uqasha Senrose menegaskan bahawa tindakannya memfailkan perceraian bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas empat tahun berusaha mempertahankan rumah tangga serta memberi ruang kepada suaminya, Kamal Adli untuk berubah. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757295/berita/hiburan/empat-tahun-saya-berusaha---uqasha-senrose-akhirnya-bersuara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #UqashaSenrose #Mahkamah #Penceraian #KamalAdli

Wednesday Nov 19, 2025

Dua lelaki bersaudara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bachok pada Rabu atas pertuduhan menganiaya seekor beruk jantan yang tular di laman sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tertuduh, Muhamad Amirul Afiq Sanusi, 24, dan Muhammad Khairul Aziman Shamsudin, 28, memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757277/berita/semasa/dua-bersaudara-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-beruk
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Mahkamah #Bachok #AniayaBeruk

Wednesday Nov 19, 2025

Aktiviti mendulang emas tidak semudah yang digambarkan di media sosial, malah dikaitkan dengan unsur mistik dan kepercayaan bahawa logam berharga itu mempunyai ‘penunggu’, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurut penduduk sekitar Sungai Tadoh, Kampung Kalai di Jeli, emas dipercayai lebih banyak muncul menjelang waktu solat Jumaat, sehingga ada pendulang yang dikatakan menjadi terlalu asyik seperti 'dirasuk'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757173/edisi/kelantan/emas-ada-penunggu-banyak-muncul-menjelang-waktu-solat-jumaat---penduduk
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Emas #Jeli #MendulangEmas #Kelantan #Penduduk

Tuesday Nov 18, 2025

Isyarat telefon bimbit mangsa dikesan - Polis 
Telefon bimbit milik lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di Kuala Lumpur dikesan pada kedudukan antara kawasan Puchong atau Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, setakat ini telefon bimbit mangsa masih berfungsi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757214/berita/semasa/isyarat-telefon-bimbit-mangsa-dikesan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #hanyut #Hilang

Tuesday Nov 18, 2025

Kereta dihempap runtuhan binaan ECRL
Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipercayai dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Batu Caves pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Dalam kejadian itu, mangsa difahamkan berjaya dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757166/berita/semasa/kereta-dihempap-runtuhan-binaan-ecrl
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretadihempaprunutuhannbinaan #projeklaluanECRL #projekECRL #MRR2

Tuesday Nov 18, 2025

Seorang lepasan graduan undang-undang bersama tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Selasa atas pertuduhan cuba mencuri kabel bawah tanah dalam kejadian, minggu lalu.
Tertuduh, AY Shimah Narayan, 41, bersama B Sujenthrran, 39; M Indran, 38; dan M Sujendran, 39; bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757129/berita/semasa/graduan-undang-undang-bersama-tiga-rakan-didakwa-cuba-curi-kabel
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #curiKabel #Kabelbawahtanah

Tuesday Nov 18, 2025

Peniaga bot fiber operasi 24 jam tampung permintaan musim tengkujuh
Sebuah premis jualan bot fiber di Kampung Tebauk, Kuala Nerus beroperasi 24 jam apabila permintaan terhadap pengangkutan itu meningkat sehingga 60 peratus sepanjang musim tengkujuh, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Peniaga, Masduki Mohd, 41, berkata, langkah itu diambil memandangkan kebanyakan penduduk kini lebih bersedia menghadapi banjir dengan melakukan persiapan awal termasuk membeli bot sebagai langkah keselamatan.
https://www.sinarharian.com.my/article/757108/edisi/terengganu/peniaga-bot-fiber-operasi-24-jam-tampung-permintaan-musim-tengkujuh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botfiber #musimtengkujuh #persediaanbanjir #Peniagabotfiber #KualaNerus

Tuesday Nov 18, 2025

Bom lama, kubur bangsawan ditemui di tapak RTB - Exco
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, beberapa cabaran dikesan di lokasi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) termasuk penemuan bom lama dan kawasan perkuburan bangsawan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurutnya, sebanyak 10 projek RTB bernilai RM2.6 bilion dijangka siap awal 2027, meliputi empat daerah utama iaitu Segamat, Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757136/edisi/johor/bom-lama-kubur-bangsawan-ditemui-di-tapak-rtb---exco
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bomlama #kuburbangsawan #TapakRTB

Tuesday Nov 18, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan telah menegur tindakan setiausaha politiknya berhubung pemberian surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital tahun lalu.
Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, peraturan dan prinsip kerajaan sememangnya tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757153/berita/nasional/pm-tegur-keras-setiausaha-politiknya-isu-beri-surat-sokongan-kontraktor-hospital
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #SuratSokongan

Tuesday Nov 18, 2025

Pak ‘guard’ baru 11 hari bekerja didakwa amang seksual pelajar lelaki
Seorang pesara tentera yang baru 11 hari bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhafiza Jaafar.
Tertuduh, Ibrahim Dini, 59, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757130/edisi/melaka-ns/pak-guard-baru-11-hari-bekerja-didakwa-amang-seksual-pelajar-lelaki
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #amangseksual #Melaka

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125