Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Sep 10, 2025
Wednesday Sep 10, 2025
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan tindakan agresif terhadap kenderaan perdagangan yang 'bermasalah' apabila sebanyak 274 buah daripadanya disita sepanjang Ops Gempur Kenderaan Perdagangan sejak 1 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi bersepadu yang dilaksanakan di seluruh negara itu merekodkan sebanyak 13,071 notis saman ke atas pelbagai kesalahan serius.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747341/edisi/selangor-kl/jpj-gempur-kenderaan-perdagangan-bermasalah-274-disita
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #OpsGempurkenderaanperdagangan #Sepang

Tuesday Sep 09, 2025
Tuesday Sep 09, 2025
Dua penganggur tidak mengaku bersalah rogol budak sekolah
Dua penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan berasingan merogol remaja perempuan bawah umur pada Julai dan Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Zulhakimi Zulhilmi, 19, dan S Karthikeyen, 19, didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747224/berita/semasa/dua-penganggur-tidak-mengaku-bersalah-rogol-budak-sekolah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrogol #Seremban

Tuesday Sep 09, 2025
Tuesday Sep 09, 2025
Penganggur didakwa pandu bahaya sebabkan kematian anak polis
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian anak seorang anggota polis bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, R Puvarasan, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747212/berita/semasa/penganggur-mengaku-tidak-bersalah-pandu-bahaya-sebabkan-kematian-anak-polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KemalanganMaut

Tuesday Sep 09, 2025
Tuesday Sep 09, 2025
Lapan beradik terima sijil kelahiran, bapa sujud syukur
Bapa kepada 10 beradik di Kampung Parit Lapis Hasan, Simpang Renggam, Johor Bharu melakukan sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran hasil bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Lapan beradik berusia antara 2 tahun hingga 14 tahun itu tidak pernah didaftarkan kelahiran sejak dilahirkan akibat pelbagai kekangan termasuk kerap berpindah,
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747199/edisi/johor/lapan-beradik-terima-sijil-kelahiran-bapa-sujud-syukur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPN #lapanberadik #terimasijilkelahiran

Monday Sep 08, 2025
Monday Sep 08, 2025
Gempa bumi Segamat: 15 bangunan kerajaan rosak, baik pulih setengah juta
Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000, susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah itu bermula 24 hingga 30 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, laporan itu hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 Sept lepas ke atas bangunan melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, sekolah-sekolah dan kuarters kerajaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747077/berita/nasional/gempa-bumi-segamat-15-bangunan-kerajaan-rosak-baik-pulih-setengah-juta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #gempabumi #gempabumisegamat #segamat

Monday Sep 08, 2025
Monday Sep 08, 2025
11 lelaki didenda RM3,000 tawar pinjaman tidak wujud
Seramai 11 lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Kesemua tertuduh – Willie Ngam Tee Heng, 41; Lai Wen Bin, 21; Chee Juen Hoe, 36; Vincent Lim Liang Yik, 22; Jerry Teo Chee Ming, 22; Sim Wee Yung, 27; Chin Chye Fui, 34; Tan Wen Wah, 26; Yong Wai Chuan, 20; Chan Zi Cheng, 19; dan Jaydi Requiron Teh, 25 – membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747053/berita/semasa/11-lelaki-didenda-rm3000-tawar-pinjaman-tidak-wujud
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kespinjamantakwujud #Seremban #scam

Monday Sep 08, 2025
Monday Sep 08, 2025
Polis Pahang lupus dadah lebih RM500,000, libatkan 2,656 barang kes
Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM519,158.78 melibatkan 2,656 barang kes yang telah selesai perbicaraan di mahkamah sejak tahun 2011 hingga 2025, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pelupusan ini dilaksanakan pada jam 12 tengah hari, Selasa oleh kontraktor bertauliah dan profesional yang beralamat di Bestari Jaya, Selangor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747064/edisi/pahang/polis-pahang-lupus-dadah-lebih-rm500000-libatkan-2656-barang-kes
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #lupusdadah #Kuantan

Monday Sep 08, 2025
Monday Sep 08, 2025
Wanita didakwa lakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada jam 8.20 pagi, 31 Ogos 2025.
Mengikut pertuduhan, wanita terbabit telah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin Shah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747045/berita/semasa/wanita-didakwa-lakukan-kekerasan-jenayah-terhadap-sultan-nazrin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lakukankekerasanterhadapSultanPerak #Ipoh

Sunday Sep 07, 2025
Sunday Sep 07, 2025
Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mencetuskan kekecohan pada malam perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, laporan itu dibuat oleh Ketua Sekuriti dan Timbalan Komandan Briged Armada Bersatu, Afiq Nardin sekitar jam 12 tengah malam Ahad di Balai Polis Taman Sri Muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/746945/berita/politik/armada-bersatu-lapor-polis-individu-cetus-kekecohan-ketika-pat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Armada #Bersatu #PAT

Saturday Sep 06, 2025
Saturday Sep 06, 2025
Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak kecil berusia lima tahun terpaksa bertarung dengan penyakit kanser, sedangkan pada usia sebegitu dia sepatutnya ceria bermain seperti kanak-kanak lain, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Itulah dugaan yang dihadapi oleh anak keempat daripada lima beradik, Muhammad Aqra Rizki Yuraimi, yang menghidap kanser saraf (neuroblastoma) dan kini bergantung kepada ubat-ubatan khusus yang dianggarkan menelan kos mencecah ratusan ribu ringgit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/746719/edisi/melaka-ns/aqra-derita-kanser-saraf-kos-imunoterapi-cecah-rm350000
Muzik: Another Chance-Amsound dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlorGajah #Bantuan #kanser


