Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Mar 02, 2026

Malaysia mengutuk keras serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran serta berpandangan tindakan ketenteran berterusan ke atas Iran adalah bertentangan dengan prinsip disepakati dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa gencatan senjata tanpa syarat dibuat serta merta.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KonflikAsiaBarat #Iran

Monday Mar 02, 2026

Kementerian Luar (Wisma Putra) memantau rapi keselamatan 29,112 rakyat Malaysia di beberapa negara terjejas susulan ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah usaha untuk membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/770048/berita/nasional/konflik-di-asia-barat-wisma-putra-pantau-rapi-keselamatan-rakyat-malaysia---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #Iran #WismaPutra

Saturday Feb 28, 2026

Dalam sejarah ada beberapa rejim autoritarian dan diktator yang pernah mencengkam dan menyusahkan kehidupan rakyat.
Pemimpin pertama dalam senarai paling kejam ialah Adolf Hitler, pemimpin rejim Nazi mencetuskan Perang Dunia Kedua menyebabkan 20 juta korban.
Audio dijana oleh AI
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #suarasinar #impian #menjadiperdanamenteri

Friday Feb 27, 2026

Dua daripada tujuh individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam didapati mempunyai kesan rembesan tembakan atau gunshot residue (GSR), lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, kesan berkenaan dikesan hasil ujian forensik yang dijalankan ke atas suspek selepas mereka ditahan dalam empat serbuan berasingan pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769646/berita/semasa/kes-tembak-komander-akps-dua-daripada-tujuh-suspek-ditahan-ada-kesan-rembesan-tembakan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #Kesjenayah #KomanderAKPS

Friday Feb 27, 2026

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
---------------------------------------------------------------------------
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil

Friday Feb 27, 2026

Tekanan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki semakin memuncak apabila sekumpulan rakyat hadir ke Perhimpunan Tangkap Azam Baki yang berlangsung di hadapan Ibu Pejabat SPRM pada pagi Jumaat,  lapor wartawan Sianr Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Ahli perniagaan sensasi, Albert Tei yang turut hadir menegaskan, penubuhan badan siasatan bebas itu perlu dilaksanakan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769669/berita/semasa/himpunan-tangkap-azam-baki-terus-desak-penubuhan-rci
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #himpunantangkapazambaki #putrajaya

Friday Feb 27, 2026

Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian pelatih Palapes UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, pada tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor azura Md Amin. 
Tertuduh, Mejar Mohd Azmi Abu Bakar, 40, Kapten Muhamad Bahauddin, 30, dan Pegawai Waran Mohd Norbuangani Mislan, 41, didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769648/berita/semasa/tiga-jurulatih-palapes-didakwa-sebabkan-kematian-syamsul-haris
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #kes302 #kesSyamsulHaris #justiceforSyamsulHaris

Friday Feb 27, 2026

Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang anggota badannya ditemui dalam keadaan dikerat di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, dua minggu lalu., lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Tertuduh, Piluta Samad, 71, didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769647/berita/semasa/warga-emas-71-tahun-didakwa-bunuh-kerat-mayat-lisa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #kes302

Thursday Feb 26, 2026

Lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini Khamis ditemui dalam keadaan menyayat hati.
Tiga daripada mereka ditemukan dalam keadaan melecur di dalam bilik air manakala dua lagi rentung di luar kediaman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769548/berita/semasa/tiga-melecur-dalam-bilik-air-dua-rentung-di-luar-kediaman---bomba
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KebakaranRaub

Thursday Feb 26, 2026

Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #DBKL #StreetDakwah #HannahYeoh

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125