Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Nov 25, 2025
Tuesday Nov 25, 2025
Siasat dakwaan penjualan soalan SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa bocor, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Dr Azam Ahmad berkata, walaupun tiada laporan rasmi dikemukakan, pihaknya menyedari dakwaan yang berlegar- legar di media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758049/berita/nasional/kpm-siasat-dakwaan-penjualan-soalan-spm-bocor
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SoalanBocor #SPM #KPM #Siasat #KPPM

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Lebih 30 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dipindahkan ke asrama sekolah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang dijadualkan bermula Selasa, selepas rumah mereka ditenggelami air, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
calon SPM, Rokiyah Sofi, 17, dari Kampung Lembah Keriang berkata, dia hanya menyedari kejadian banjir sekitar jam 2 pagi Isnin dan tidak menyangka paras air meningkat dengan begitu pantas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757990/berita/semasa/calon-spm-smk-changlun-terjejas-banjir-dipindahkan-ke-asrama
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #calonSPM #peperiksaanSPM #SPM

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Perjalanan lima sekeluarga ke Felda Pemanis, Segamat bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas dipercayai terkena besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari sebuah lori di Jalan Sri Bengkal, Sri Gading pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Dalam kejadian itu pada kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa, Juhari Murid, 63, bersama isteri, Zaina Khalid, 58, menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu adik lelakinya, Aspar, 56, serta dua lagi adiknya dari Senggarang, Batu Pahat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757981/berita/semasa/besi-longshaft-lori-seberat-100kg-tercabut-terkena-mpv-warga-emas-maut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #besilongshaftloritercabuyterkenaMPV #kemalanganmaut

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Penduduk sekitar Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit meluahkan kebimbangan apabila laluan itu kembali rosak selepas dua kali berdepan insiden runtuhan pada Januari dan September lalu akibat masalah hakisan pantai, lapor wartawan sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Seorang penduduk, Muda Abdullah, 69, berkata, keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat setempat terutama mereka yang bergantung kepada jalan berkenaan sebagai laluan utama setiap hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757961/edisi/terengganu/penduduk-bimbang-jalan-pantai-batu-rakit-kembali-diancam-risiko-runtuh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #hakisanpantai #insidenruntuhan #risikoruntuh

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Pura-pura jadi pelanggan!
Sebahagian warga asing bertempiaran lari dan ada yang menyorok di premis perniagaaan, malah ada yang berpura-pura menjadi pelanggan bagi mengelak operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di sebuah pusat beli-belah barangan borong di ibu kota pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Dalam operasi yang bermula jam 12 hingga 1.45 tengah hari itu, segelintir warga asing turut dikesan cuba meloloskan diri melalui laluan kecemasan serta menggunakan lif sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757967/berita/semasa/pura-pura-jadi-pelanggan-elak-dicekup-imigresen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JIM #WargaAsing #Imigresen #Menyamar

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Tiga penjenayah termasuk seorang daripadanya memiliki 39 rekod jenayah dan dadah, maut ditembak polis selepas bertindak agresif dalam satu operasi di kawasan kebun sawit berhampiran Taman Tambun Perdana, Alor Gajah dalam kejadian awal pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 30-an cedera parah di lengan kiri selepas dilibas parang oleh suspek.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757937/berita/semasa/tiga-penjenayah-ditembak-mati-seorang-anggota-polis-parah-dilibas-parang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #tigapenjenayahditembak #Melaka

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Tiga pengarah sebuah syarikat makanan Timur Tengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 George Town di atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Nooraishah Hazis, 56, Mohd Zamberi Mohd Soriji, 53, dan lelaki Syria, Mahmoud Sheikh Albasatna, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757918/berita/semasa/tiga-pengarah-syarikat-didakwa-gagal-kemuka-dokumen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #GeorgeTown #Kastam #Syarikat #Pengarah #Mahkamah

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
30 kes penipuan pembantu rumah tidak berlesen, rugi lebih RM260,000
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan jumlah kes penipuan melibatkan pengambilan pembantu rumah warga asing tidak berlesen atau ‘maid scammer’ meningkat ketara tahun ini dengan 15 kes direkodkan antara Januari hingga Oktober lalu.
Jelas beliau, jumlah itu mewakili 50 peratus daripada keseluruhan 30 kes yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh hampir tiga tahun iaitu antara Januari 2023 hingga Oktober tahun ini melibatkan jumlah kerugian RM260,972, dengan 11 kes pada 2023, empat kes pada 2024 dan selebihnya direkodkan pada tahun ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PembantuRumah #Scammer #PDRM

Monday Nov 24, 2025
Monday Nov 24, 2025
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Ahad sibuk dengan pergerakan kenderaan yang memasuki Malaysia, didorong oleh kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Kesibukan di laluan masuk negara ini ketara berbanding laluan ke negara jiran yang dilihat lengang, susulan ramai pelancong menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka ke negara jiran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757854/berita/nasional/banjir-rakyat-malaysia-mula-pulang-dari-hatyai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #60Saat #Banjir #Hatyai #MangsaBanjir #Bencana #Kastam #Imigresen

Sunday Nov 23, 2025
Sunday Nov 23, 2025
Ops Payung pastikan calon SPM 'terkepung' banjir selamat duduki peperiksaan - Fadhlina
Kemeterian Pendidikan (KPM) sedia memindahkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah 'terkepung' banjir menerusi Ops Payung bagi memastikan mereka selamat menduduki peperiksaan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses itu akan dilakukan menerusi kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan pelajar berada pada tahap terbaik semasa Ops Payung itu dijalankan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #BanjirKelantan #PPS #SPM #FadhlinaSidek #Nadma


