Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

SPRM serbu rumah Albert Tei

Friday Nov 28, 2025

Friday Nov 28, 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman ahli perniagaan, Albert Tei di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Peguam mewakili Albert, Mahajoth Singh menyifatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan pada Isnin depan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758505/berita/semasa/pegawai-sprm-pecah-masuk-rumah-gari-albert-tei---peguam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlbertTei #SPRM #AlbertTeiditahanSPRM

Friday Nov 28, 2025

Seorang pekerja kedai makan cedera di bahagian pinggang selepas terjatuh ke dalam lubang akibat insiden mendapan tanah di Apartment Sri Meranti, Ara Damansara pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 6.16 petang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #insidenmendapantanah #pekerjakedaimakanjatuhdalamlubang #JBPM

Thursday Nov 27, 2025

“Kami tak akan lupa jasa rakyat Thailand. Tanpa mereka, mungkin kami kebuluran”.
Itu luahan Aaisya Nor Akbar, 22, pelajar Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir besar di Hatyai, Thailand sejak Sabtu lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758420/edisi/utara/tanpa-rakyat-thailand-mungkin-kami-kebuluran---pelajar-uum
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #Bencana #MusimBanjir #Hatyai #Thailand #UUM

Thursday Nov 27, 2025

Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan kewibawaan atau kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, persoalan itu timbul apabila nama SPRM juga turut disebut terlibat dalam kes berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758382/berita/politik/mp-pn-persoal-kewibawaan-sprm-siasat-dakwaan-rasuah-libat-shamsul-iskandar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #ShamsulIskandar #PerikatanNasional #Rasuah

Thursday Nov 27, 2025

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menanggung kerugian berjumlah RM5.14 bilion dalam tempoh 2020 hingga 2025 akibat kes kecurian elektrik.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 14,489 rumah diperiksa menerusi 91 operasi pembongkaran dengan 77 kertas siasatan telah dibuka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758366/berita/nasional/tnb-rugi-rm514-bilion-akibat-kecurian-elektrik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #curikabel #TNB

Thursday Nov 27, 2025

'Jangan libatkan nama Zara Qairina dengan mana-mana parti politik'
Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Zara Qairina Mahathir meminta agar pemimpin politik tidak mengaitkan nama Allahyarhamah dengan mana-mana parti politik, sama ada dalam perhimpunan mahupun ketika berkempen, lebih-lebih lagi ketika musim Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Peguam, Shahlan Jufri berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa satu perhimpunan akan dianjurkan minggu ini dan mereka menghormati penganjuran program tersebut namun dalam masa sama berharap tujuan perhimpunan itu hanya untuk keadilan Zara Qairina.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perhimpunan #justiceforZaraQairina #ZaraQairina

Wednesday Nov 26, 2025

“Olong pegang tangan ma, tapi terlepas kerana arus deras sangat.”
Fendy Ahmad Basharuddin, 35, menceritakan kembali saat duka yang dilalui kakak sulungnya, Shamila Suzie, 48, apabila terpaksa melihat ibu mereka, Siti Gayah Zakaria, 70, dibawa arus depan mata, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758233/berita/semasa/olong-pegang-tangan-ma-tapi-terlepas-arus-deras-sangat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WargaEmas #Banjir #HanyutBanjir #Kelantan #KotaBharu #Olong

Tuesday Nov 25, 2025

Siasat dakwaan penjualan soalan SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa bocor, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Dr Azam Ahmad berkata, walaupun tiada laporan rasmi dikemukakan, pihaknya menyedari dakwaan yang berlegar- legar di media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758049/berita/nasional/kpm-siasat-dakwaan-penjualan-soalan-spm-bocor
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SoalanBocor #SPM #KPM #Siasat #KPPM

Monday Nov 24, 2025

Lebih 30 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dipindahkan ke asrama sekolah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang dijadualkan bermula Selasa, selepas rumah mereka ditenggelami air, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. 
calon SPM, Rokiyah Sofi, 17, dari Kampung Lembah Keriang berkata, dia hanya menyedari kejadian banjir sekitar jam 2 pagi Isnin dan tidak menyangka paras air meningkat dengan begitu pantas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757990/berita/semasa/calon-spm-smk-changlun-terjejas-banjir-dipindahkan-ke-asrama
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #calonSPM #peperiksaanSPM #SPM

Monday Nov 24, 2025

Perjalanan lima sekeluarga ke Felda Pemanis, Segamat bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas dipercayai terkena besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari sebuah lori di Jalan Sri Bengkal, Sri Gading pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. 
Dalam kejadian itu pada kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa, Juhari Murid, 63, bersama isteri, Zaina Khalid, 58, menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu adik lelakinya, Aspar, 56, serta dua lagi adiknya dari Senggarang, Batu Pahat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757981/berita/semasa/besi-longshaft-lori-seberat-100kg-tercabut-terkena-mpv-warga-emas-maut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #besilongshaftloritercabuyterkenaMPV #kemalanganmaut

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125