Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Dec 02, 2025

Setelah lebih seminggu kejadian hakisan pantai Teluk Batik akibat hentaman ombak kuat, peniaga dan penduduk di sekitar merasai kesuraman pantai peranginan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. 
Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati kehadiran pelancong amat berkurangan selepas Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menasihati orang ramai agar tidak mengunjungi pantai tersebut atas faktor keselamatan pada 25 November lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758936/edisi/perak/teluk-batik-suram-dek-hakisan-peniaga-akui-terjejas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TelukBatik #MPM #Manjung #Pelancong #Pantai #Peniaga

Tuesday Dec 02, 2025

Teluk Batik suram dek hakisan, peniaga akui terjejas

Monday Dec 01, 2025

Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan senarai nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pembentukan kerajaan negeri Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pembentukan kerajaan baharu kini berjalan mengikut aturan selepas parti-parti yang mendukung kerajaan diminta menghantar nama calon masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758836/berita/politik/kabinet-baharu-sabah-bn-sudah-serah-nama-jawatan-menteri-timbalan-menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #PRNSabah #BN #KabinetSabah

Monday Dec 01, 2025

Seorang anggota tentera berpangkat Letftenan Kolonel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan meminta suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan penyeludupan rokok di perairan Johor Selatan sekitar Oktober 2022 lalu.
Tertuduh, Kamarulzaman Ali, 53 yang bertugas sebagai Ketua Cawangan Rancang dan Kempen Gerak Saraf Perang Saraf di Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758846/berita/semasa/ketua-pegawai-perisikan-atm-didakwa-minta-rasuah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Rasuah #SPRM #pegawaiperisikATM #Seluduprokok

Monday Dec 01, 2025

Seorang lelaki tidak menyangka mesej dihantar isterinya mengenai kucing kesayangan mereka merupakan mesej terakhir daripada wanita itu sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
Pengawal keselamatan, Shahrin Not, 50, berkata isterinya, Norehan Abdul Ghani, 50, memaklumkan mengenai haiwan peliharaan mereka itu dalam kumpulan WhatsApp keluarga kira-kira jam 4 pagi sebelum menaiki van untuk ke tempat kerja.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758844/berita/semasa/mesej-tentang-kucing-jadi-mesej-terakhir-isteri-sebelum-maut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalanganmaut #vankilangkemalangan

Sunday Nov 30, 2025

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 145 lokasi terjejas akibat bencana susulan Monsun Timur Laut (MTL), melibatkan 63 Jalan Persekutuan dan 82 Jalan Negeri setakat jam 10 pagi Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kes yang dikenal pasti melibatkan pelbagai bentuk bencana dan bukan hanya disebabkan banjir semata-mata.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758780/berita/nasional/kkr-aktifkan-bilik-gerakan-bencana-145-lokasi-terjejas-mtl
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MTL #Banjir #Mendap #Bencana #AlexanderNantaLinggi

Saturday Nov 29, 2025

Musim tengkujuh memaksa lebih 1,000 penduduk di lima kampung di Pasir Kelang, Kuala Krai bergadai nyawa menyeberangi Sungai Kelantan menggunakan bot fiber dalam keadaan arus deras dan balak hanyut selepas operasi feri tidak dapat dijalankan sejak Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Perkhidmatan bot Koperasi Pasir Kelang Berhad itu dikendalikan pemandu muda berpengalaman, Mohd Asrol Aqif Jazlan, 25, yang berkata keadaan arus sungai berubah sehingga feri tidak lagi mampu mendarat berikutan tebing tenggelam kerana paras air meningkat hingga 50 meter di atas daratan. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758610/edisi/kelantan/nak-seberang-kalau-nampak-balak-kena-tunggu-dulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bencana #SungaiKelantan #Kelantan #Banjir #KualaKrai

Friday Nov 28, 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah membabitkan pemberian wang oleh ahli perniagaan, Albert Tei.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes berkepentingan awam dan siasatan memperincikannya dijalankan segera bagi mengelakkan sebarang manipulasi mana-mana pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758540/berita/semasa/bekas-setiausaha-politik-kanan-pm-antara-tiga-individu-ditahan-sprm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki #PenahananShamsulIskandar #PenahananAlbertTei

Friday Nov 28, 2025

Sudah memasuki hari kelima, penduduk Kampung Berong Laut, Rengit terpaksa berlindung di pusat transit sementara selepas kawasan itu terus dilanda banjir susulan benteng penahan ombak yang pecah sejak lima hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Keadaan bertambah buruk apabila hujan hampir setiap hari sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) bertembung dengan fenomena air pasang sekali gus meningkatkan kebimbangan penduduk kerana rumah mereka terletak kira-kira 700 meter dari pantai.
https://www.sinarharian.com.my/article/758536/edisi/johor/benteng-pantai-pecah-kampung-sungai-berong-laut-dilanda-banjir-lima-hari-berturut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bentengpantaipecah #ombakkuat #MonsunTimurLaut #banjir

Friday Nov 28, 2025

Pantai Bisikan Bayu dan Pachakan di Pasir Puteh mungkin hanya tinggal nama ekoran hakisan teruk yang berlaku setiap kali Monsun Timur Laut (MTL), lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tinjaun Sinar Harian pada Jumaat menyaksikan deretan gerai, rumah serta pokok kelapa dan rhu tumbang menyembah bumi dihempas ombak kuat dan air pasang yang berlaku sejak Selasa lalu.
Penduduk di Pantai Pachakan, Shamsul Shafei, 39, berkata, hakisan yang berlaku tahun ini adalah paling teruk dalam tempoh 30 tahun.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #hakisanpantai #ombakkuat #MonsunTimurLaut

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125