Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Dec 04, 2025

Hanya 18 peratus bakal jemaah haji dalam giliran mengambil keputusan menangguhkan menerima tawaran Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim haji tahun 2026.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bagaimanapun, kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi sentiasa dipenuhi 100 peratus setiap tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759310/berita/nasional/hanya-18-peratus-tangguh-terima-tawaran-haji-2026
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji2026 #tangguhHaji

Thursday Dec 04, 2025

Dewan Rakyat hangat ketika bahas usul gantung Takiyuddin
Sesi Dewan Rakyat pada hari terakhir hangat ketika membahaskan usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #TakiyuddinHassan

Thursday Dec 04, 2025

Isu tanah: Ahmad Zahid bentang hasil mesyuarat Felda, FGV kepada Kabinet
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membentangkan hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda dan FGV Holding Berhad dalam mesyuarat Kabinet, esok.
Menurutnya, entiti berkenaan sedang bermesyuarat hari ini bagi mencari jalan penyelesaian ke atas kemelut isu tanah di Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759251/berita/nasional/isu-tanah-ahmad-zahid-bentang-hasil-mesyuarat-felda-fgv-kepada-kabinet
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #FGV #ZahidHamidi #Felda

Wednesday Dec 03, 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan bahan bukti termasuk rakaman video semasa tindakan dijalankan ke atas kediaman ahli perniagaan Albert Tei sekali gus menolak dakwaan salah laku pegawai operasi ketika serbuan terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai SPRM dilengkapi dengan alat rakaman termasuk kamera badan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759137/berita/semasa/bukti-rakaman-video-nafikan-dakwaan-salah-laku-sprm-serbu-rumah-albert
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlbertTei #ShamsulIskandar #Rasuah #SPRM

Wednesday Dec 03, 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan peguam Albert Tei iaitu Mahajoth Singh akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009. 
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berasingan terhadap Mahajoth dijangka berjalan minggu hadapan dan disiasat kerana enggan menyerahkan eksibit berkaitan kes rasuah anak guamnya kepada SPRM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759128/berita/semasa/dakwaan-sprm-langgar-seksyen-46-tidak-berasas---azam-baki
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlbertTei #ShamsulIskandar #Rasuah #SPRM  #MahajothSingh

Tuesday Dec 02, 2025

Mesej utama Surah al-Saff menerusi World #QuranConvention (WQC) 2025 bukan semata-mata membicarakan tentang ekonomi secara global, tetapi juga menekankan mandat buat umat Islam di seluruh dunia untuk membina kekuatan dan tidak lemah mendepani cabaran, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Demikian pandangan Pengasas Institut Bayyinah dari Amerika Syarikat (AS), Nouman Ali Khan ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Shah Alam pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759021/khas/quranhour/wqc-2025-mandat-buat-umat-islam-bina-kekuatan-ekonomi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WorldQuranConvention #QuranConvention #WQC2025 #SurahAlSaff

Tuesday Dec 02, 2025

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tentang dua surat berasingan daripada Exco Kelantan dan Terengganu yang menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.
Beliau bagaimanapun mendedahkan surat dari Terengganu itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu selepas diasak Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu mengetahui siapa wakil kerajaan negeri tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758977/berita/nasional/anwar-dedah-surat-dari-kelantan-terengganu-guna-terma-mohon-kelulusan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri #Terengganu #Projek

Tuesday Dec 02, 2025

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa, mengesahkan lafaz cerai penyanyi Ahmad Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Ogos lalu, menjatuhkan talak kedua, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim Syarie, Ummamuddin Yunus memutuskan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua secara talak rajie pada 26 Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758984/berita/hiburan/nubhan-isteri-sah-cerai-talak-kedua
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Cerai #Nubhan #DrAfifah #DrFie

Tuesday Dec 02, 2025

Seorang mudir sebuah madrasah di Tumpat, Kelantan yang dikenali sebagai Abuya berdepan pertuduhan ke-21 membabitkan kes amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758978/berita/semasa/abuya-aswadi-berdepan-pertuduhan-ke-21-kes-amang-seksual-di-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesamangseksual #mahkamah #luartabii

Tuesday Dec 02, 2025

Lelaki tikam isteri direman enam hari
Lelaki tikam isteri sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini pada Isnin direman selama enam hari sehingga Ahad ini, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758953/berita/semasa/lelaki-tikam-isteri-direman-enam-hari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Reman #Mahkamah #TanahMerah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125