Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Dec 10, 2025
Wednesday Dec 10, 2025
Luluh hati seorang lelaki apabila mengetahui bekas isterinya terkorban dalam kebakaran membabitkan rumah sewa wanita itu di Butterworth pada pagi Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Menurut Kamarozlan Muhammad, 57, walaupun telah berpisah dengan bekas isterinya, Hayani Yaakob sejak berbelas tahun lalu, hubungan mereka kekal baik sehingga kini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760037/berita/semasa/ingatkan-kebakaran-kecil-tak-sangka-ragut-nyawa-bekas-isteri-anak-angkat-kami
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Butterworth #Kebakaran #Bomba #HayaniYaakob

Tuesday Dec 09, 2025
Tuesday Dec 09, 2025
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk minuman keras dari sebuah pasar raya di Cheng dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Tengku Azman Tengku Jalal, 46, dan Siti Nurulaini Johari, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Afiqah Radiah Zainurin pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759883/berita/semasa/suami-isteri-dipenjara-sehari-kerana-mencuri-di-pasar-raya
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SuamiIsteri #PasarRaya #Mencuri #Polis

Tuesday Dec 09, 2025
Tuesday Dec 09, 2025
Kualiti diesel rendah adalah antara alasan yang sering diberikan oleh kebanyakan pemilik kenderaan apabila dikenakan kompuan selepas didapati melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan, lapor wartawan Sinar harian, Syamilah Zulkifli.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Abdul Aziz Parmin berkata, alasan itu tidak tepat kerana negara kini sudah beralih kepada diesel Euro 5 yang lebih bersih dan berkualiti tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759884/edisi/melaka-ns/beri-alasan-kualiti-diesel-rendah-punca-asap-kenderaan-hitam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #asapkenderaanhitam #alasankualitidieselrendah #JAS

Tuesday Dec 09, 2025
Tuesday Dec 09, 2025
Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan seks oral terhadap kekasihnya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih seminggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Zulkpli Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759867/berita/semasa/penuntut-ipt-didakwa-seks-oral-dengan-calon-spm-dalam-myvi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PasirMas #IPT #Mahkamah

Monday Dec 08, 2025
Monday Dec 08, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor yang bersikap sambil lewa atau gagal melaksanakan projek yang diberikan mengikut jadual ditetapkan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu penting kerana KKR merupakan kementerian yang bertanggungjawab terhadap pelbagai projek pembangunan membabitkan kepentingan rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759738/berita/nasional/kkr-perlu-lebih-tegas-terhadap-kontraktor-sambil-lewa---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri #Kontraktor #KKR #Kerajaan #Rakyat

Monday Dec 08, 2025
Monday Dec 08, 2025
Dua remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin atas tuduhan mencederakan seorang pelajar kolej vokasional, bulan lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759746/berita/semasa/dua-remaja-mengaku-salah-cederakan-rakan-kolej-vokasional
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Sunday Dec 07, 2025
Sunday Dec 07, 2025
Operasi membawa naik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah) merupakan antara tugasan paling mencabar pernah dilakukan oleh sebuah syarikat penunda kenderaan di Hulu Terengganu.
Pengusahanya, Mohd Izani Mohd Rahim, 46, berkata, operasi bermula kira-kira jam 2 petang pada Sabtu dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan struktur tanah di lokasi kejadian menjadi semakin longgar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759666/berita/semasa/nahas-suv-jatuh-gaung-pasukan-penunda-angkat-beban-lebih-2-tan-dari-kedalaman-61-meter
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SUVjatuhgaung #HuluTerengganu

Sunday Dec 07, 2025
Sunday Dec 07, 2025
Musim air pasang besar sejak empat hari lalu membawa rezeki kepada peniaga di Pekan Kukup, Pontian apabila fenomena luar biasa itu menarik kehadiran ramai pengunjung.
Mereka datang untuk menyaksikan sendiri limpahan air laut dan menikmati pengalaman berada di kawasan yang digenangi air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759661/edisi/johor/rezeki-berganda-ketika-air-pasang-besar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AirPasangBesar #Kukup #Pontian

Sunday Dec 07, 2025
Sunday Dec 07, 2025
Rindu...itu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan Noor Muhamad Asun, 46, selepas anak bongsunya meninggal dunia dipercayai akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Meskipun baharu sehari pemergian Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, 5, namun bapa kepada empat anak itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759643/berita/semasa/kanak-kanak-5-tahun-lemas-mandi-kolam-selepas-majlis-graduasi-tabika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Forensik #TabikaKemas #Rembau #NurDhiyaAzzalea

Sunday Dec 07, 2025
Sunday Dec 07, 2025
Polis menahan seorang lelaki disyaki mengacukan pistol kepada jiran dalam kejadian di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 30-an dikatakan mengugut mangsa, menyebabkan laporan polis dibuat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759652/edisi/utara/lelaki-ditahan-acu-pistol-pada-jiran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #acupistol #jiran #polis


