Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Dec 16, 2025
Tuesday Dec 16, 2025
Dua anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM3,000 dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Irwan Ason, 40, dan Mohd Effendy Mat Desa, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760695/berita/semasa/dua-koperal-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm3000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Mahkamah

Monday Dec 15, 2025
Monday Dec 15, 2025
Pengorbanan anggota keselamatan bukan sesuatu yang boleh diukur dengan kata-kata. Sama ada polis atau tentera, mereka berdiri di barisan hadapan tanpa memilih waktu, demi memastikan keamanan yang kita nikmati hari ini terus terpelihara.
Ketika orang lain lena di rumah bersama keluarga, mereka bersedia dengan senjata, tubuh dan nyawa sendiri untuk berdepan ancaman yang tidak pernah mereka jangka. Hakikat itu saya lihat dengan mata kepala sendiri ketika ditugaskan membuat liputan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Ikuti cetusan oleh Nurul Riduan Nor Ashaha yang ditukar daripada bentuk tulisan ke audio dengan menggunakan AI
Artikel penuh juga boleh dibaca di Akhbar Sinar Harian
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Pengorbanan #AnggotaKeselamatan #LahadDatu

Monday Dec 15, 2025
Monday Dec 15, 2025
Pemandu treler rempuh tol tidak mengaku pandu bawah pengaruh dadah
Seorang pemandu treler yang tular dalam insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin atas satu pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Noor Azlan Rahman, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760599/berita/semasa/pemandu-treler-rempuh-tol-tidak-mengaku-pandu-bawah-pengaruh-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #ShahAlam #Kemalangan #PemanduTreler #Dadah

Monday Dec 15, 2025
Monday Dec 15, 2025
Kisah Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah satu cerita pengkhianatan kepada dasar pendidikan negara yang kini menjadi bahan ugutan politik perkauman. UEC adalah sistem peperiksaan persendirian yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina.
Sijil peperiksaan yang dikendalikan Dong Zong sejak tahun 1975 ini merupakan sistem penilaian utama bagi pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina, yang tidak mengikuti Kurikulum Kebangsaan.
Ikuti cetusan oleh AB Jalil backer yang ditukar daripada bentuk tulisan ke audio dengan menggunakan AI
Artikel penuh juga boleh dibaca di Akhbar Sinar Harian
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760440/berita/cetusan/kisah-pengkhianatan-uec
#SinarHarian #BeritaTerkini #AbJalilBacker #UEC #SijilPeperiksaanBersepadu

Sunday Dec 14, 2025
Sunday Dec 14, 2025
Minat mendalam dalam seni pertukangan tradisional mendorong seorang tukang rumah di Kampung Beris Alur Pisang, Kuala Besut menghasilkan replika bot nelayan mini dengan ketelitian luar biasa meskipun tanpa sebarang lakaran, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Engku Abbas Engku Ngah, 59, atau lebih dikenali sebagai 'Pok Ku' mula mendalami kemahiran itu ketika berusia 20 tahun selepas melihat sendiri proses pembinaan bot di pantai Kampung Air Tawar di Jerteh, tempat beliau dibesarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760438/edisi/terengganu/pok-ku-hasil-replika-bot-persis-asli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pembuatreplikabot #replikabot #botnelayanmini

Sunday Dec 14, 2025
Sunday Dec 14, 2025
AKAUN @Mothershipsg dengan lebih sejuta pengikut di aplikasi TikTok, telah memuat naik video berdurasi 1 minit 14 saat bertajuk ‘M’sia PM Anwar arrows question directed at him to PM Wong’.
Sebagai latar belakang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditanya wartawan mengenai isu kesesakan lalu lintas apabila projek RTS Johor Bahru–Singapura siap sepenuhnya tahun hadapan.
Ikuti cetusan oleh Elviza Michele Kamal yang ditukar daripada bentuk tulisan ke audio dengan menggunakan AI.
Artikel penuh juga boleh dibaca di akhbar Sinar Harian.
#sinarharian #beritaterkini #ElvizaMicheleKamal #cetusan #RTS #JohorBahru#Singapura

Sunday Dec 14, 2025
Sunday Dec 14, 2025
“Saya terkejut bila dengar bunyi letupan yang sangat kuat dengan kepulan asap dari arah Tanjung Bin ketika berada di atas kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Saya sempat rakam kejadian itu dan hantar kepada ahli keluarga kerana menantu saya bekerja di sana,” katanya.
Demikian luahan Muhammad Hussin Zulkifli, 40, bapa mentua kepada Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, yang maut dalam tragedi runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760430/berita/semasa/kren-runtuh-terkejut-dengar-bunyi-letupan-tak-sangka-menantu-maut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krenruntuh #keluargamangsakrenruntuh #PTP #PelabuhanTanjungPelepas

Friday Dec 12, 2025
Friday Dec 12, 2025
Bekas pembantu tadbir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM37,000 pada Mei lalu.
Tertuduh, Nurfaraein Shahruddin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760276/berita/semasa/bekas-kerani-tak-mengaku-curi-barang-kemas-majikan-bernilai-rm37000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #curibarangkemas

Friday Dec 12, 2025
Friday Dec 12, 2025
Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di garaj rumah, minggu lalu.
Tertuduh, Noor Aini Ismail 63 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N Kanageswari selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760251/berita/semasa/noor-aini-mengaku-raba-kemaluan-kanak-kanak-di-garaj
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah

Thursday Dec 11, 2025
Thursday Dec 11, 2025
Ikuti cetusan kolum Kisah Seminggu oleh Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi yang ditukar daripada bentuk tulisan ke audio dengan menggunakan AI.
Artikel penuh juga boleh dibaca di akhbar Sinar Harian.
#sinarharian #beritaterkini #BudimanMohdZohdi #KisahSeminggu #cetusan


