Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday Dec 19, 2025
Friday Dec 19, 2025
"Wah cikgu, ini apa... boleh pegang?"
Itu antara reaksi spontan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebaik melangkah masuk ke Bilik Multisensori yang baharu dirasmikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam di Ipoh pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760871/edisi/perak/bilik-multisensori-bawa-senyuman-murid-ppki-sk-sungai-rokam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bilikmultisensori #SungaiRokam #Sekolahpendidikankhas

Friday Dec 19, 2025
Friday Dec 19, 2025
Operasi kunci air dan rumah pam di Rungkup di Bagan Datuk disahkan masih berfungsi dan tidak mengalami kerosakan, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Ir Dr Asnor Muizan Ishak.
Beliau berkata, operasi tersebut hanya terjejas buat sementara waktu akibat mendapan selut serta lambakan sampah susulan hujan ekstrem yang melanda daerah itu pada akhir November lalu sehingga mengakibatkan kejadian banjir genang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761008/edisi/perak/rumah-pam-masih-berfungsi-selut-dan-lambakan-sampah-burukkan-keadaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RumahPam #BaganDatuk

Thursday Dec 18, 2025
Thursday Dec 18, 2025
“ALLAH memang nak selamatkan kami, kalau tak mesti kami dah berada di bawah runtuhan itu.”
Demikian kata Kamal Ariffin Md Arif, 51, yang terselamat selepas struktur bahagian hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Senawang, Seremban runtuh menyembah bumi dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761004/berita/semasa/allah-memang-nak-selamatkan-kami
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #hadaprumahruntuh #silingrumahruntuh #Seremban

Thursday Dec 18, 2025
Thursday Dec 18, 2025
Sebuah kilang komponen komputer di kawasan Perindustrian Tebrau, Johor Bahru, diserbu Jabatan Imigresen menerusi Op Mahir pada Selasa, selepas disyaki menggajikan pendatang tanpa izin (PATI) sebagai pekerja.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, seramai 356 individu diperiksa dalam operasi bersepadu bermula jam 7 malam itu, merangkumi 299 lelaki dan 57 wanita.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760961/edisi/johor/imigresen-johor-bongkar-penggajian-pati-di-kilang-komponen-komputer
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #OPMahir

Thursday Dec 18, 2025
Thursday Dec 18, 2025
Dakwaan berhubung kelewatan agihan makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular di media sosial tidak menggambarkan keadaan sebenar di lapangan, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengakui terdapat sedikit kelewatan di beberapa lokasi penempatan, namun ia berlaku dalam tempoh yang munasabah dan tidak menjejaskan kebajikan mangsa.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PPS #banjirkuantan #WanRosdyWanIsmail

Thursday Dec 18, 2025
Thursday Dec 18, 2025
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Khamis atas pertuduhan membunuh isterinya pada 8 Disember lalu.
Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28 hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760965/berita/semasa/bunuh-simpan-mayat-isteri-khairul-rizuan-berdepan-hukuman-mati
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KhairulRizuan

Wednesday Dec 17, 2025
Wednesday Dec 17, 2025
Suspek yang menyerang nenek dan moyang dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Baling dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak menikam mangsa, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Adik perempuan suspek berusia 19 tahun berkata, sebelum kejadian, abangnya disyaki mengalami gangguan perasaan serta halusinasi dengan bercakap sendirian namun tidak pernah mengganggu sesiapa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760843/berita/semasa/cucu-tikam-nenek-hingga-maut-dipercayai-alami-halusinasi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #Baling #Polis #Halusinasi

Wednesday Dec 17, 2025
Wednesday Dec 17, 2025
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyantuni para pegawainya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat kali terakhir pada Rabu.
Beliau yang tiba jam 8.20 pagi di Kompleks Islam disambut oleh pegawai dan kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politik, Dr Muhamad Razak Idris.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760837/berita/nasional/saya-mahu-berehat-tunai-umrah-dalam-masa-terdekat---mohd-naim
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenteriAgama #rombakanKabinet #MohdNaim

Tuesday Dec 16, 2025
Tuesday Dec 16, 2025
Penduduk Kampung Mohd Amin di Johor Bahru bimbang sekiranya kejadian banjir kilat Jumaat lalu berulang, susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Difahamkan, paras air boleh meningkat sehingga melebihi satu meter sekiranya hujan lebat berterusan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760728/edisi/johor/penduduk-kampung-mohd-amin-bimbang-banjir-kilat-berulang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #JohorBahru

Tuesday Dec 16, 2025
Tuesday Dec 16, 2025
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman mendedahkan, seramai 3,000 pelajar di negeri ini didapati ponteng sekolah setiap hari.
Beliau berkata, isu ponteng sekolah bukan hanya berlaku di Melaka, malah turut dihadapi oleh semua negeri di seluruh negara menjadikan ia satu gejala membimbangkan yang boleh menjejaskan masa depan pendidikan pelajar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760723/edisi/melaka-ns/3000-pelajar-di-melaka-ponteng-sekolah-setiap-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sekolah #pontengsekolah


