Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Dec 25, 2025

Kira-kira 200 penduduk membabitkan 82 unit rumah di Blok C Flat Seri Perantau di sini terus berdepan kesukaran hidup selepas 18 hari tidak menerima bekalan elektrik susulan kebakaran mengejut di bilik sesalur elektrik (DB) flat itu sejak 7 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Penduduk, Sulaiman Manan, 76, yang tinggal di tingkat tiga berkata, ketiadaan elektrik amat menyukarkan kerana dia bergantung kepada mesin oksigen setiap hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761724/edisi/selangor-kl/flat-seri-perantau-derita-tiada-elektrik-18-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #masalahelektrik #bekalanelektrikterputus #pendudukflat

Thursday Dec 25, 2025

Meskipun mayat Allahyarham Suri Narudin, 53, disahkan sudah lebih daripada tiga hari ketika ditemui, namun jenazahnya kelihatan bersih dan berseri, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Perkara itu dikongsikan oleh sukarelawan Skuad Amal Rembau, Sabariah Mat Deris, 52, yang merupakan antara individu yang menguruskan jenazah wanita itu di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761712/berita/semasa/jenazah-suri-bersih-cantik-dan-berseri---sukarelawan-skuad-amal-rembau-kongsi-pengalaman-urus-jenazah-suri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mayatdalambeg #penemuanmayatdalambeg #SuriNarudin

Wednesday Dec 24, 2025

Buih berwarna kemerahan yang timbul di permukaan air laut menjadi petanda kehadiran ikan belanak di pesisir pantai Bachok ketika musim tengkujuh, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Penduduk, Syukri Che Abdul Hamid, 51, berkata, ilmu orang pantai itu dimanfaatkan penduduk tempatan untuk menangkap ikan belanak di gigi air walaupun berdepan ombak besar dan arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761307/edisi/kelantan/buih-merah-jadi-petunjuk-kehadiran-belanak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Bachok #MusimTengkujuh #Pantai #IkanBelanak

Tuesday Dec 23, 2025

Perikatan Nasional (PN) Perlis tidak dimaklumkan mengenai penarikan sokongan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, sebaliknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media,  lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, isu penarikan sokongan ADUN tidak seharusnya dibesar-besarkan sehingga mencetuskan persepsi wujud krisis dalam PN.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761588/berita/politik/pergolakan-pn-perlis-selesai-cara-adik-beradik-kata-shahidan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Perlis #ShahidanKassim

Monday Dec 22, 2025

Pihak pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, akan membuat rayuan terhadap keputusan yang menolak permohonannya untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah,  lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin dan Jurukamera, Azim Azmi.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata demikian selepas Hakim, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan kehakimannya tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761414/berita/semasa/najib-mahu-rayu-titah-adendum-tahanan-rumah-ditolaknbsp
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #MahkamahTinggi #SRCInternational #HukumanPenjaradirumahditolak

Sunday Dec 21, 2025

Sembilan pendekatan utama digariskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menangani isu kesejahteraan kanak-kanak yang membesar di kawasan perumahan berkepadatan tinggi seperti flat. 
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah berkenaan khusus dalam mendepani cabaran kemiskinan bandar yang bersifat berlapis serta saling berkait. 
Menurut beliau, semua dasar dan intervensi berkaitan kanak-kanak berpandukan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan menjadikan empat prinsip teras sebagai kerangka penilaian kesejahteraan golongan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #KPWKM #flat #NancyShukri

Saturday Dec 20, 2025

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengesan segelintir kanak-kanak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerap mengambil makanan segera berikutan kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tidak sempat menyediakan hidangan seimbang di rumah.Ketua Pegawai Operasi MVM, Suzilawati Abdullah berkata, keadaan itu memberi kesan terhadap tahap tumpuan kanak-kanak, khususnya ketika mengikuti kelas asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang tidak mampu memberi fokus sewaktu pembelajaran akibat kekurangan nutrisi, sekali gus menjejaskan perkembangan awal mereka.

Saturday Dec 20, 2025

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM36.5 juta peruntukkan kepada kepada 39,240 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf di negeri itu bagi sesi persekolahan tahun 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Adnan. 
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, agihan itu meliputi bantuan yuran persekolahan dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan untuk setiap anak asnaf.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761216/edisi/selangor-kl/lzs-agih-rm365-juta-bantuan-pendidikan
Muzik: Elliot - Bass Buzer dari www.bensound.com
#SinarHarian #SinarTerkini #LembagaZakatSelangor #LZS #Zakat #Selangor

Friday Dec 19, 2025

Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada Jumaat, selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hakim, Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, P Stephen Nyamamuthu, 55, selepas meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761141/berita/semasa/amang-seksual-pelajar-lelaki-pemandu-lori-dipenjara-sembilan-tahun-dua-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AmangSeksual #PemanduLori #Melaka

Friday Dec 19, 2025

Seorang pegawai penjara yang bertugas di Pusat Koreksional Taiping dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat kerana menyebabkan kematian seorang tahanan, awal tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Ryndee O'nel Victor, 25, didakwa menyebabkan kematian Gan Chin Eng, 62, dengan mengetahui bahawa perbuatannya mungkin menyebabkan kematian lelaki terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761109/berita/semasa/pegawai-penjara-didakwa-sebabkan-kematian-tahanan
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Mahkamah #Penjara #Taiping #Tahanan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125