Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday Dec 27, 2025
Saturday Dec 27, 2025
“Tangan kami terlepas, adik dihanyutkan arus deras sungai. Saya yang lemas, dia yang meninggal dunia.”
Itu luahan pilu Mohamad Syakir Iqbal Mohd Shaharudin, 15, ketika mengimbau detik tragis menyaksikan adiknya, Mohamad Syafi Irsyad, 13, dihanyutkan arus deras Sungai Ulu Sat di Kampung Belukar, Machang pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761921/berita/semasa/tangan-kami-terlepassaya-yang-lemas-dia-yang-meninggal-dunia
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Machang

Saturday Dec 27, 2025
Saturday Dec 27, 2025
Suasana di Port Lepak Jerung, sebuah kawasan persinggahan popular pelancong di laluan Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands, kelihatan suram apabila premis itu diarahkan tutup sementara bermula Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan premis telah dipasang garisan kuning sebagai tanda larangan memasuki lokasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761877/edisi/perak/suram-tanpa-pengunjung-port-lepak-jerung-akur-arahan-tutup-sementara
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PortLepakJerung #Ipoh #Hakisan #Premis

Saturday Dec 27, 2025
Saturday Dec 27, 2025
"Setelah hampir 50 tahun karier sebagai peguam, kemungkinan ini kali pertama saya kalah semua pertuduhan walaupun dari sekecil-kecil kes hingga sebesar-besar kes."
Dengan nada dan riak wajah kecewa, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya tetap akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin depan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #Peguam #1MDB #Mahkamah

Friday Dec 26, 2025
Friday Dec 26, 2025
Desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan dan unsur penyelewengan serta rasuah didakwa merupakan faktor utama krisis politik di Perlis.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat tekanan berkaitan projek yang tidak mengikut peraturan, menyebabkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak boleh menuruti perbuatan yang salah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761836/berita/politik/unsur-penyelewengan-tuntut-jawatan-punca-krisis-politik-perlis---abdul-hadi
#SinarHarian #BeritaSemasa #Perlis #MBPerlis #politik

Friday Dec 26, 2025
Friday Dec 26, 2025
Pas mengemukakan dua calon jawatan Menteri Besar Perlis bagi menggantikan Mohd Shukri Ramli yang mengumumkan peletakan jawatan itu secara sukarela disebabkan faktor kesihatan yang dialami.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu masih menguasai kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Perlis walaupun tiga wakil rakyatnya digugurkan daripada keahlian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Perlis #MBPerlis #politik

Friday Dec 26, 2025
Friday Dec 26, 2025
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memberitahu bahawa, empat surat yang didakwa sebagai bukti derma daripada pemerintah Arab Saudi, semasa perbicaraan empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, sebagai dipalsukan.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman di Putrajaya berkata, salinan asal surat berkenaan tidak pernah dikemukakan kepada mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761827/berita/semasa/surat-derma-arab-saudi-kes-1mdb-palsu---hakim
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #1MDB

Friday Dec 26, 2025
Friday Dec 26, 2025
Seorang juruukur dituduh membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar pada 10 Disember lalu.
Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, yang berbaju T biru mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Balqis Roslin pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761813/berita/semasa/juruukur-berdepan-hukuman-mati-dituduh-bunuh-ibu-kandung-dan-adik-angkat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Friday Dec 26, 2025
Friday Dec 26, 2025
'Besar doa kami sempena malam Jumaat, bermunajat kepada ALLAH SWT agar Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan serta kes beliau digugurkan hari ini.'
Itu luahan seorang penyokong tegar, Raidah Rashid, 65, atau mesra dikenali sebagai Kak Roy yang menantikan keputusan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib di pekarangan Istana Kehakiman pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761807/berita/semasa/besar-harapan-kami-najib-bebas-hari-ini---penyokong
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #1MDB

Thursday Dec 25, 2025
Thursday Dec 25, 2025
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan hasrat perletakan jawatan dalam sidang media di kediaman rasmi beliau di Kangar pada Khamis.
Mohd Shukri memaklumkan, perletakan jawatan itu dibuat secara sukarela atas faktor kesihatan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761784/berita/nasional/mb-perlis-umum-letak-jawatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #mbperlisletakjawatan #mbperlis #MohdShukriRamli

Thursday Dec 25, 2025
Thursday Dec 25, 2025
Kira-kira 200 penduduk membabitkan 82 unit rumah di Blok C Flat Seri Perantau di sini terus berdepan kesukaran hidup selepas 18 hari tidak menerima bekalan elektrik susulan kebakaran mengejut di bilik sesalur elektrik (DB) flat itu sejak 7 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Penduduk, Sulaiman Manan, 76, yang tinggal di tingkat tiga berkata, ketiadaan elektrik amat menyukarkan kerana dia bergantung kepada mesin oksigen setiap hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761724/edisi/selangor-kl/flat-seri-perantau-derita-tiada-elektrik-18-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #masalahelektrik #bekalanelektrikterputus #pendudukflat


