Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Sunday Jan 04, 2026
Sunday Jan 04, 2026
Gesaan yang dibangkitkan Pemuda UMNO supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan perlu terlebih dahulu dibawa kepada pertimbangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu selari dengan struktur dan proses membuat keputusan dalam UMNO yang mengutamakan perbincangan di peringkat tertinggi parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762735/berita/politik/keluar-kerajaan-perpaduan-biar-mkt-umno-buat-keputusan---zambry
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #UMNO

Sunday Jan 04, 2026
Sunday Jan 04, 2026
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menasihatkan akar umbi parti itu agar tidak mengikut rentak pihak lain serta tidak mudah diprovokasi berhubung isu desakan supaya DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Anthony berkata, DAP tidak akan membuat sebarang keputusan berdasarkan tekanan mana-mana pihak, sebaliknya akan menentukan hala tuju parti mengikut pertimbangan sendiri demi kepentingan parti dan pengundi yang diwakili.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762739/berita/politik/isu-keluar-kerajaan-perpaduan-tak-perlu-beritahu-apa-dap-perlu-buat---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #isukeluarkerajaanperpaduan #AnthonyLoke

Saturday Jan 03, 2026
Saturday Jan 03, 2026
Skandal rasuah dalam tentera
Skandal rasuah terbesar dalam ketenteraan di Amerika Syarikat yang pernah direkodkan melibatkan kontraktor ketenteraan Leonard Glenn Francis dan syarikat Glenn Defense Marine Asia (GDMA).
Francis memberi suapan dalam bentuk wang tunai, pelancongan mewah, barangan dan perkhidmatan lain kepada anggota tentera laut US Navy untuk mendapatkan maklumat sulit, memanipulasi pergerakan kapal dan menaikkan kos kontrak sokongan logistik di Asia Pasifik.
Audio dijana oleh AI
#SinarHarian #SinarTerkini #SkandalRasuah #Tentera

Saturday Jan 03, 2026
Saturday Jan 03, 2026
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa agar satu ketetapan dibuat dalam konvensyen sayap parti untuk UMNO menarik diri daripada kerajaan Perpaduan.
Ujar beliau, keputusan tersebut perlu dibuat secara kolektif dan berprinsip demi menjaga maruah serta hala tuju parti, khususnya dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762670/berita/politik/dr-akmal-gesa-buat-ketetapan-umno-keluar-kerajaan-perpaduan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #Pas #KonvensyenKhasPemudaUMNO

Saturday Jan 03, 2026
Saturday Jan 03, 2026
Isu integriti dan risiko rasuah tidak boleh dikompromi dalam pelantikan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.
Bekas Pengarah Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral (B) Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, kompromi terhadap aspek integriti mampu menjejaskan keupayaan kuasa tempur serta pertahanan ATM, khususnya melalui perolehan aset yang meragukan.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #AudioSiar #ATM #Organisasi #Berintegriti

Friday Jan 02, 2026
Friday Jan 02, 2026
Kementerian Pertahanan menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah atau salah guna kuasa dalam kalangan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian sentiasa memandang serius setiap aduan dan laporan yang diterima, khususnya membabitkan salah laku integriti dalam organisasi pertahanan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762556/berita/nasional/tuduhan-tanpa-bukti-boleh-jejas-nama-baik-atm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mindef #KhaledNordin #ATM

Friday Jan 02, 2026
Friday Jan 02, 2026
Enam rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan merusuh menggunakan senjata hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh, Choy Soon Chye, 41; Soh Say Shin, 36; Soo Toh Siang, 30; Calvin Phua Khim Hau, 29; Yap See Hong, 26, dan Tan Shen Qi, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762545/berita/semasa/enam-rakan-tidak-mengaku-merusuh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #merusuhhinggamenyebabkankecederaan

Friday Jan 02, 2026
Friday Jan 02, 2026
Seorang suri rumah dan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat atas pertuduhan cubaan membunuh suami wanita terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Wanita berkenaan, N Egavalli, 46, dan teman lelakinya, R Kamala Sarna, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762543/berita/semasa/wanita-teman-lelaki-mengaku-tidak-bersalah-cuba-bunuh-suami
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah

Friday Jan 02, 2026
Friday Jan 02, 2026
Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan menyifatkannya sebagai tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah serius, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Peguamnya, Muhammad Firdaus Jumaluddin yang bertindak sebagai jurucakap diberi kuasa berkata, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas malah turut membabitkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762536/berita/semasa/tuduhan-tak-benar-mengelirukan-dan-berunsur-fitnah-serius---sabri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #Puspahanas #TLDM #ATM #DatukSabriZali

Friday Jan 02, 2026
Friday Jan 02, 2026
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan selewatnya minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Menurutnya, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan menerusi mesyuarat bersama parti komponen gabungan itu termasuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762531/berita/politik/pas-sahkan-calon-pengerusi-pn-minggu-depan---abdul-hadi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #calonpengerusiPN #PengerusiPN #AbdulHadiAwang #Pas #PN


