Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Oct 23, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pandangan rotan harus dikembalikan dengan syarat ketat untuk mendidik.
Menurutnya, itu sekadar pandangan bukan dasar kerajaan dan harus dipertimbangkan dan libat urus dari semua pihak.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #hukumanrotan #AnwarIbrahim #kembalikanhukumanrotan

Thursday Oct 23, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia dan Indonesia terus mengekalkan hubungan baik meskipun berlaku insiden melibatkan kapal tinjau milik Petronas yang dikepung dan dihalau oleh lebih 100 bot nelayan negara jiran itu, baru-baru ini.
Menurutnya, kerajaan Malaysia memandang serius perkara tersebut, namun ia tidak sampai ke tahap perlu dibawa kepada perhatian Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memandangkan kedua-dua negara mempunyai saluran komunikasi mesra bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753668/berita/nasional/isu-kapal-petronas-dikepung-nelayan-indonesia-diselesai-secara-baik---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #isukapalpetronasdikepungnelayanindonesia

Tuesday Oct 21, 2025

Polis Kuala Lumpur meminta masyarakat mematuhi arahan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 28 Oktober ini, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu-gugat Sidang Kemuncak ASEAN dan ketenteraman awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753393/berita/semasa/patuhi-arahan-peraturan-bagi-kelancaran-sidang-kemuncak-asean---polis
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Polis #SidangKemuncakASEAN #ASEAN

Tuesday Oct 21, 2025

Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak Baling atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sejak Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Keempat-empat remaja berusia 15 dan 17 tahun itu membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Rohaida Ishak selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atas mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753392/berita/semasa/empat-remaja-tak-mengaku-lakukan-amang-seksual-terhadap-pelajar-tingkatan-tiga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Polis #Mahkamah #Kedah

Tuesday Oct 21, 2025

'Rasa, Ritma dan Warna – Semarak Mahmeri 2025' 
Keunikan seni dan budaya masyarakat Orang Asli Mahmeri kembali menyerikan Pulau Carey menerusi penganjuran Program Penyemarakkan Seni Budaya: Budaya@Komuniti ‘Pasar Mui Mahmeri 2025’ yang berlangsung pada 25 dan 26 Oktober 2025 di Pusat Kraf Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Kuala Langat. 
Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor, Muhammad Hasmizan Ishak, program bertemakan “Rasa, Ritma dan Warna – Semarak Mahmeri 2025” itu dianjurkan oleh JKKN Selangor, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Persatuan Seni Ceritera dengan kerjasama Pusat Kraf Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753383/edisi/selangor-kl/rasa-ritma-dan-warna-ndash-semarak-mahmeri-2025 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #SemarakMahmeri2025 #JKKNSelangor #OrangAsliSungaiBumbun

Tuesday Oct 21, 2025

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Baling kerana melakukan pemerasan sebanyak RM200 terhadap seorang mangsa dalam kejadian September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, Lans Koperal Sharif Abu Hurairah Abu Bakar, 24, dan Konstabel Mohammad Nashrul Alif Alahuddin, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rohaida Ishak selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.
Artikel: 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Polis #Mahkamah

Monday Oct 20, 2025

Ops Deepavali: 968 saman, 170 kenderaan disita 
Sebanyak 968 saman dikeluarkan manakala 170 kenderaan melibatkan 165 motosikal dan lima kereta disita dalam Ops Deepavali yang dijalankan serentak di seluruh negeri Johor pada lewat malam Ahad hingga awal pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian,Shahrizal Ahmad Zaini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, operasi dan pemantauan bersepadu bersama pelbagai agensi itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin sepanjang musim perayaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OpsDeepavali #PDRM #kenderaandisita #JohorBahru

Monday Oct 20, 2025

Boyat makanan ruji orang lama, manisan tradisional hampir dilupakan
Makanan tradisional berasaskan tepung sagu yang dikenali sebagai boyat hasil air tangan seorang warga emas di Alor Gajah terus mendapat tempat di hati penggemarnya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ab Kahhar Jaafar, 65, berkata, makanan tersebut telah dijual di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Alor Gajah sejak 12 tahun lalu sebelum berpindah ke lokasi lain tidak jauh dari gerai asalnya. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753260/edisi/melaka-ns/boyat-makanan-ruji-orang-dulu-dulu-manisan-tradisional-yang-hampir-dilupakan
Muzik: New horizon - Indiebox oleh Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Boyat #manisantradisional #AlorGajah

Sunday Oct 19, 2025

Jenazah dua beranak dibunuh kejam dituntut ahli keluarga
Jenazah dua beranak yang dibunuh kejam dalam kejadian di Kampung Sekolah, Juru, Seberang Jaya telah selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Kedua-dua beranak itu dikenal pasti sebagai Sariya Che Hin, 51, manakala anak angkatnya berusia 11 tahun dikenali Nur Afrina Alisha Abdul Rahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753196/berita/semasa/jenazah-dua-beranak-dibunuh-kejam-akan-dikebumikan-di-sik-malam-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenazah #PDRM #SeberangJaya #Sik #Hospital

Sunday Oct 19, 2025

Anwar bidas gelaran 'Perdana Menteri Telefon', kecewa usaha diperlekeh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal susulan ada pemimpin blok pembangkang yang mempermainkan usaha kerajaan menghubungi pemimpin dunia dalam usaha membantu menyelesaikan konflik di peringkat serantau dan global.
Beliau turut mempersoalkan tindakan memperlekeh serta mempersenda dengan menggelarnya 'Perdana Menteri Telefon'.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #Global

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125