Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Jan 13, 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi amaran tegas kepada semua pihak sekolah supaya tidak membuat sebarang potongan terhadap Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 yang diperuntukkan khusus oleh Kerajaan Madani kepada setiap murid bagi persiapan sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bantuan tersebut mesti diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga tanpa sebarang pengurangan, walaupun melibatkan jumlah yang kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763829/berita/nasional/kpm-beri-amaran-jangan-potong-duit-bap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BAP #KPM

Tuesday Jan 13, 2026

Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada Selasa.
Kejadian disedari kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas orang awam terhidu bau busuk sebelum menemui mayat berkenaan di tempat duduk pemandu kereta Nissan Almera dalam keadaan muka terlangkup di stereng.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763887/berita/semasa/mayat-lelaki-ditemukan-dalam-kereta-di-kawasan-parkir-mitc
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mayat

Tuesday Jan 13, 2026

Anggota polis yang tular kerana bertindak menampar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Perling, Johor Bahru pada Ahad lalu, tidak dibenarkan terlibat dengan penugasan operasi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, arahan berkenaan dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763864/berita/semasa/tampar-penunggang-motosikal-anggota-polis-tidak-dibenar-jalankan-tugas-operasi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tamparpenunggangmotosikal #PDRM

Tuesday Jan 13, 2026

KPDN bongkar penyelewengan diesel skala besar guna lori kontena
Sebanyak 21,000 liter diesel bernilai lebih RM60,000 dirampas selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor membongkar kegiatan penyelewengan menggunakan lori kontena yang diubah suai menjadi tangki simpanan dalam serbuan di Subang Bestari pada Selasa.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kechek berkata, serbuan Ops Tiris itu dijalankan kira-kira jam 8.30 pagi hasil risikan selama hampir sebulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763843/berita/semasa/kpdn-bongkar-penyelewengan-diesel-skala-besar-guna-lori-kontena
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Selewengdiesel #KPDN

Tuesday Jan 13, 2026

Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim sekali lagi didakwa atas pertuduhan salah guna wang misi kemanusiaan membabitkan lebih RM576,000 di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh  pada Selasa.
Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, berdepan enam pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763822/berita/semasa/bekas-pengerusi-serantau-muslim-didakwa-lagi-disyaki-salah-guna-rm576000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #PertubuhanKebajikanSerantauMuslim

Tuesday Jan 13, 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang termasuk menyaman platform media sosial X susulan kegagalan memastikan aspek keselamatan pengguna khususnya melibatkan kandungan berbahaya dan pendedahan kepada kanak-kanak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu sedang dibincangkan secara serius berikutan kebimbangan terhadap kandungan di platform itu yang didakwa tidak selari dengan keperluan keselamatan dan undang-undang Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763811/berita/nasional/mcmc-pertimbang-saman-x-gagal-jamin-keselamatan-pengguna
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MCMC #MediaSosial #X #saman #FahmiFadzil

Monday Jan 12, 2026

Monday Jan 12, 2026

Monday Jan 12, 2026

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125