Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday Jan 17, 2026
Saturday Jan 17, 2026
UMNO perlu mengakui bahawa parti itu masih terperangkap dalam sindrom penafian apabila gagal menunjukkan kebimbangan terhadap masa depan parti, meskipun berdepan kekalahan teruk dalam pilihan raya sebelum ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kepimpinan parti perlu menilai semula pendirian tersebut, termasuk sejauh mana mereka benar-benar berjaya membawa dan menyuarakan aspirasi rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764449/berita/politik/umno-masih-dalam-sindrom-penafian---akmal-saleh
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #AkmalSaleh

Saturday Jan 17, 2026
Saturday Jan 17, 2026
UMNO Terengganu mengakui parti itu masih gagal untuk menewaskan Pas sekiranya pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat sekiranya tiada strategi tersusun.
Perwakilan Terengganu, Nurhisam Johari berkata, hakikat itu perlu diterima meskipun pahit kerana sentimen politik di negeri berkenaan adalah berbeza, selain terdapat kekangan tertentu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764419/berita/politik/umno-masih-sukar-tewaskan-pas-di-terengganu---perwakilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PAU2025

Saturday Jan 17, 2026
Saturday Jan 17, 2026
UMNO menerima banyak permohonan daripada pihak lain yang ingin kembali bersama parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagaimanapun sebarang keputusan muktamad akan dibuat berdasarkan resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 serta perincian daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764423/berita/politik/umno-terima-banyak-permohonan-kembali-ke-parti---asyraf-wajdi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PAU2025

Saturday Jan 17, 2026
Saturday Jan 17, 2026
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO belum membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PRU16

Saturday Jan 17, 2026
Saturday Jan 17, 2026
Penduduk empat Felda di Hulu Selangor memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menitahkan kerajaan Selangor tidak meneruskan rancangan pemindahan ladang penternakan babi ke Bukit Tagar yang didakwa terlalu hampir dengan kawasan penempatan dan sumber air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764331/edisi/selangor-kl/penduduk-mohon-perkenan-sultan-selangor-halang-ladang-babi-bukit-tagar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ProjekTernakanBabi #BukitTagar #bantah

Saturday Jan 17, 2026
Saturday Jan 17, 2026
Pemerhati politik menyimpulkan bahawa penyatuan semula parti dan blok orang Melayu merupakan agenda penting yang digariskan dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, Ahmad Zahid menekankan bahawa UMNO adalah rumah bangsa, tempat untuk menyatukan kembali orang-orang Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764316/berita/politik/penyatuan-semula-umno-blok-orang-melayu-jadi-agenda-pentingAnda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #UMNO #BlokOrangMelayu #politik

Friday Jan 16, 2026
Friday Jan 16, 2026
32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi membantah pelaksanaan projek penternakan babi secara berpusat di Bukit Tagar, Hulu Selangor.
Wakil kumpulan NGO yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, memorandum itu menuntut agar kerajaan negeri membatalkan projek tersebut dan tidak meluluskan sebarang ladang babi baharu di negeri berkenaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764325/berita/semasa/32-ngo-islam-desak-kerajaan-negeri-batal-projek-ternakan-babi-di-bukit-tagar
#SinarHarian #BeritaSemasa #ProjekTernakanBabi #BukitTagar #bantah

Friday Jan 16, 2026

Friday Jan 16, 2026
Friday Jan 16, 2026
Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan kelaparan dan ketakutan baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Spada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan anaknya itu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Dayang Norshida, 30, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764279/berita/semasa/ibu-teman-lelaki-didakwa-kes-budak-ditemui-kelaparan-ketakutan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #mahkamah #sebabkankelaparanketakutan

Friday Jan 16, 2026
Friday Jan 16, 2026
Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat atas empat pertuduhan membunuh isteri dan anaknya, pada Disember, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh, Chia Tong Hong, 34, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764275/berita/semasa/doktor-didakwa-bunuh-isteri-anak-lima-tahun-cuba-hapus-bukti
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #mahkamah #kes302


