Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Jan 20, 2026
Tuesday Jan 20, 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejarah tercipta apabila jumlah perdagangan untuk tahun 2025 mencecah 3 trilion ringgit buat pertama kalinya.
Menurutnya, kejayaan itu menunjukkan perlunya penjelasan dasar, disiplin dan tatakelola yang baik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764764/berita/nasional/malaysia-catat-jumlah-dagangan-tertinggi-dalam-sejarah-cecah-rm3-trilion-tahun-lalu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pelaburantertinggi

Monday Jan 19, 2026
Monday Jan 19, 2026
"Saya tunggu suami, dua anak di tempat kerja tapi tak sampai...rupa-rupanya mereka dah 'tinggalkan' saya buat selama-lamanya."
Demikian luahan pilu Nor Hamiza Halid, 25, yang kehilangan suami, Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, selepas terbabit kemalangan bersama dua anak mereka, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, juga maut dalam kejadian itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764670/berita/semasa/luluh-hati-suami-dan-dua-anak-tinggalkan-saya-selamanya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan #Maut #AlorSetar #Kedah

Monday Jan 19, 2026
Monday Jan 19, 2026
Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu.
Jambatan baharu sepanjang 35 meter dan boleh menampung berat sehingga 50 tan itu dianggarkan menelan belanja RM200,000 dimana ia bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki, motosikal tetapi kereta serta pacuan empat roda serta trak pikap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764660/edisi/kelantan/terima-kasih-pm-gantikan-titi-gantung-berusia-24-tahun-dengan-jambatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #titigantung #Kelantan

Monday Jan 19, 2026
Monday Jan 19, 2026
Kes saman Najib terhadap Tommy Thomas isu pembunuhan Altantuya selesai
Kes saman fitnah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Saman itu berhubung dakwaan bahawa memoir Tommy, ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang diterbitkan mengandungi fitnah iaitu mengaitkan Najib, 73, dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764662/berita/semasa/kes-saman-najib-terhadap-tommy-thomas-isu-pembunuhan-altantuya-selesai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #Altantuya #TommyThomas #Mahkamah

Monday Jan 19, 2026
Monday Jan 19, 2026
Kadar sewaan tapak bazar Ramadan di Johor akan diselaraskan kepada maksimum RM500 dan ke bawah bagi meringankan beban peniaga kecil, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perbincangan bersama ketua-ketua jabatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilakukan bagi meneliti proses serta kadar yuran yang dikenakan kepada peniaga bazar Ramadan ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764651/edisi/johor/johor-hadkan-sewa-tapak-bazar-ramadan-rm500-setiap-lot
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TapakBazar #BazarRamadan

Monday Jan 19, 2026

Monday Jan 19, 2026

Monday Jan 19, 2026

Sunday Jan 18, 2026
Sunday Jan 18, 2026
Keluarga pelakon Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim akan menguruskan jenazah dan pengkebumian Allahyarham di Jeddah, Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Suami Allahyarham, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah berkata, beliau akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah pada jam 5.35 petang ini bersama anak perempuannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764542/berita/semasa/dia-selalu-nyatakan-hasrat-ke-makkah-jadi-kami-tunaikan-permintaannya---suami-nadia-kesuma
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jeddah #NadiaKesuma #MeninggalDunia #Keluarga

Sunday Jan 18, 2026
Sunday Jan 18, 2026
Keputusan kerajaan membekukan sementara semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikaitkan dengan isu rasuah disifatkan sebagai langkah wajar memandangkan perkara itu melibatkan isu pertahanan dan keselamatan negara.
Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, keputusan berkenaan menunjukkan kepimpinan tertinggi negara memberi fokus terhadap isu integriti dan ketelusan dalam sistem perolehan keselamatan, terutama apabila ia melibatkan kepentingan awam dan dana kerajaan.
Audio: Dijana oleh AI
#SinarHarian #beritaterkini #AudioSiar #perolehan #ATM #PDRM


