Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Nov 12, 2025

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menafikan dakwaan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) beberapa kali menghentikan pembiayaan pinjaman pelajaran dan elaun sara hidup bulanan sehingga memberi tekanan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, hakikatnya tiada mana-mana pelajar yang sudah diluluskan pinjaman diberhentikan pembiayaan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756345/berita/nasional/kesuma-nafi-henti-pembiayaan-ptpk-elaun-sara-hidup-pelajar-terus-dibayar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #Kesuma #PTPK

Wednesday Nov 12, 2025

Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan kamera litar tertutup (CCTV) tidak akan dipasang di ruang melibatkan privasi termasuk bilik tidur, tandas atau tempat persalinan di asrama sekolah bagi menjaga kehormatan pelajar.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, pengawasan di ruang tersebut akan diperkukuhkan melalui rondaan warden secara berjadual sebagai langkah tambahan mengelak berlakunya insiden buli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756333/berita/nasional/kpm-tetapkan-tiada-cctv-di-ruang-privasi-pelajar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pemasanganCCTVruangprivasipelajar #rondaanwarden

Wednesday Nov 12, 2025

Kerajaan tak ambil tindakan terhadap media walau berbeza pandangan
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kerajaan tidak akan menekan atau mengambil tindakan terhadap organisasi media walaupun tidak bersetuju dengan laporan diterbitkan, selaras komitmen menghormati kebebasan media di negara ini.
 Menurutnya, pendekatan kerajaan kini berbeza dengan amalan sebelum ini kerana Kerajaan Madani memilih untuk menyatakan pendirian secara terbuka tanpa menyekat kebebasan media.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #organisasimedia #kebebasanmedia #siangdewanrakyat

Tuesday Nov 11, 2025

'Tunjuk bukti, kita tak lindung pesalah' - Dr Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa beliau tidak akan melindungi mana-mana individu yang terbabit dalam salah laku sekiranya terdapat bukti kukuh, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756215/berita/politik/tunjuk-bukti-kita-tak-lindung-pesalah---dr-akmal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNMelaka #AkmalSaleh #PemudaUMNO

Tuesday Nov 11, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan berjaya mendapatkan semula tambahan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggarkan lebih RM1 bilion dengan proses pemulihan membabitkan badan itu terus giat dijalankan khususnya di luar negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang ingin tahu jumlah semasa dana 1MDB yang sudah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun pemulihan aset negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #1MDB #AnwarIbrahim #PM

Tuesday Nov 11, 2025

Langkah kerajaan menaikkan kadar gaji minimum sehingga RM1,700 bagi membantu kos sara hidup rakyat bukan suatu usaha yang mudah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut mendapat bantahan kartel dan banyak syarikat besar di peringkat awal.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #GajiMinimum #Rakyat #Kerajaan

'Jangan ikat tangan saya!'

Tuesday Nov 11, 2025

Tuesday Nov 11, 2025

'Jangan ikat tangan saya!'
Pembukaan sidang Dewan Rakyat pada Selasa sedikit tegang apabila Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) mempersoalkan sebab tiada soalan daripada blok pembangkang dibacakan ketika sesi Pertanyaan kepada Perdana Menteri (PMQT).
Menjawab perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan, hanya satu soalan diterima daripada pihak pembangkang sebelum tarikh tutup penyerahan, berbanding lapan soalan daripada blok kerajaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756171/berita/nasional/takiyuddin-persoal-tiada-soalan-pembangkang-dibaca-ketika-pmqt
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #YangDipertuaDewanRakyat #AhliParlimen #Pembangkang #PMQT

Tuesday Nov 11, 2025

'Soalan yang dibangkitkan semua saya jawab...'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat.
Anwar berkata, semua soalan yang dikemukakan kepada beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa, iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, telah dijawab sama ada oleh beliau sendiri atau menteri-menteri berkaitan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #AhliParlimen #Pembangkang

Monday Nov 10, 2025

PRN Sabah: Calon muda bukti kesungguhan BN bawa perubahan
Barisan Nasional (BN) bertekad membawa perubahan politik di Sabah apabila menampilkan lebih 30 peratus calon muda pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu mencerminkan keseriusan parti dalam memberi peluang kepada generasi baharu untuk memimpin dan memacu kemajuan negeri tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756090/berita/politik/prn-sabah-calon-muda-bukti-kesungguhan-bn-bawa-perubahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #BN #PRN17

Monday Nov 10, 2025

Bot bawa PATI karam: Enam lagi mayat ditemukan, jumlah mangsa maut 13 orang
Enam lagi mayat ditemukan berhampiran sempadan maritim Malaysia–Thailand pada Ahad, menjadikan jumlah korban tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izi (PATI) itu meningkat kepada 13 orang.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata, enam mayat tersebut telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756060/berita/semasa/bot-bawa-pati-karam-enam-lagi-mayat-ditemukan-jumlah-mangsa-maut-13-orang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian
#SinarHarian #BeritaSemasa #BotKaram #Maritim #Pati

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125