Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday Nov 15, 2025
Saturday Nov 15, 2025
Seorang pesakit kanser tidak menyangka akan bertemu jodoh semula pada usia senja selepas 10 tahun hidup sendiri apabila menerima lamaran jiran sebelah rumah yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Mahriah Abd Majid, 59, yang sedang menjalani kemoterapi kanser payudara tahap dua itu bersetuju menerima lamaran pasangannya, Leman Jantan, 62, yang sudi menjaganya dalam keadaan dirinya sedang berdepan masalah kesihatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756754/edisi/melaka-ns/pejuang-kanser-temui-jodoh-pada-usia-senja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pejuangkanser #kanserpayudara #penjuangkanserbertemujodoh

Saturday Nov 15, 2025
Saturday Nov 15, 2025
Hujan lebat berserta ribut mengakibatkan lebih 20 rumah di tiga kawasan perumahan di Sendayan di Seremban mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu membabitkan Taman Nusari Bayu 1 Fasa 3, Nusari Aman 1A dan Nusari Bayu 2 Fasa 2.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756709/edisi/melaka-ns/ribut-paling-kuat-macam-puting-beliung
Muzik: Foe Pound dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ribut #Seremban

Friday Nov 14, 2025
Friday Nov 14, 2025
Saintis Australia telah menemui cangkerang telur buaya berusia 55 juta tahun dipercayai milik spesies purba buaya darat yang mampu memanjat pokok dan menyerang mangsa dari atas.
Video: Ilustrasi AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756676/global/fosil-55-juta-tahun-singkap-rahsia-kewujudan-buaya-pemanjat-di-australia
#sinarharian #beritaterkini #buaya #fosil #australia

Friday Nov 14, 2025
Friday Nov 14, 2025
“Saya mohon puan (hakim) ampunkan dosa saya, ini terakhir. Semua dah buang saya.”
Itu reaksi seorang penganggur di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada 8 November lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756623/berita/semasa/puan-hakim-ampunkan-sayahellip-ini-terakhir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Cabul

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
JPJ keluarkan 193 notis saman, sita dua motosikal
Sebanyak 193 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan dua motosikal disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Limbongan, Melaka pada malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, dua motosikal disita selain sebanyak 745 buah kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756471/edisi/melaka-ns/terbantut-hantar-pesanan-pelanggan-motosikal-disita-jpj
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #operasibersepadu #JPJ #AADK #PDRM #Melaka

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
Jurugambar bebas didakwa raba punggung kanak-kanak
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Mukhairi Zakaria, 38, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756480/berita/semasa/jurugambar-bebas-didakwa-raba-punggung-kanak-kanak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesamangseksualfizikal #jurugambarbebas

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
Siasatan semula kes Pastor Koh, Amri Che Mat diketuai pegawai berpangkat ACP
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, siasatan semula kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, sudah pun dijalankan pasukan penyiasat diketuai pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP).
Jelasnya, pasukan penyiasat itu akan meneliti beberapa laporan termasuk mendapatkan keterangan baharu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #siasatansemulakeshilang #PDRM #RaymondKoh #AmriCheMat #KDN

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
Peruntukan kepada Sabah untuk 2026 adalah tertinggi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah sebanyak RM17.6 bilion adalah tertinggi.
Ia termasuk perbelanjaan untuk mengurus agensi persekutuan, pembangunan dan pemberian khas.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #PM #peruntukanuntukSabah

Thursday Nov 13, 2025
Thursday Nov 13, 2025
Kenyataan Jabatan Peguam Negara tidak ada percanggahan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kenyataan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengatakan bahawa laporan akhir dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 11 November dilihat bercanggah.
Menurutnya, rundingan antara Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri adalah sangat penting bagi mengimbangi isu berkenaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #PM #Jabatanpeguamnegara

Wednesday Nov 12, 2025
Wednesday Nov 12, 2025
Hakisan pantai makin teruk, risau tanah didiami lebih 40 tahun 'lenyap'
Penduduk di kawasan pesisir Pantai Rimba Terjun di Pontian resah memikirkan keselamatan kediaman mereka yang semakin terancam akibat hakisan pantai terutama ketika air pasang besar melanda.
Penduduk, Khairul Azman A Rahman, 47, berkata, sejak lebih lima tahun lalu, dia hanya mampu melihat keadaan tanah di sekitar rumahnya semakin mengecil apabila ombak kuat dan air berlumpur terus menghakis tebing pantai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756370/edisi/johor/hakisan-pantai-makin-teruk-risau-tanah-didiami-lebih-40-tahun-lenyap
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Hakisanpantai #PantaiRimbaTerjun


