Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Sunday Jan 25, 2026

Saturday Jan 24, 2026
Saturday Jan 24, 2026
“Ini kali pertama dan terakhir saya dapat mendukung dan mencium Maryam Al Khawla selepas dia meninggal dunia.”
Demikian luahan sayu Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 41, yang kehilangan bayi kedua daripada kembar tiga pada Sabtu, or wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765383/edisi/melaka-ns/ini-kali-pertama-dan-terakhir-saya-dapat-dukung-cium-maryam-al-khawla---mohd-fikry-amri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #meninggaldunia #kembartiga

Saturday Jan 24, 2026
Saturday Jan 24, 2026
Seni tradisional Kelantan seperti main petri, tari inai, dikir laba, rebana mangkuk, kertuk kelapa dan gendang Siam kini menunggu masa luput ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk menghidupkan kembali warisan nenek moyang Cik Siti Wan Kembang itu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Penaung Persatuan Cinta Seni Budaya (Persidaya), Mohd Sulhi Yusof berkata, penggiat seni yang masih ada ini memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri untuk mereka terus berjuang menyuburkan tradisi supaya ia kekal relevan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765320/edisi/kelantan/seni-tradisional-kelantan-hampir-pupus-perlu-sokongan-kerajaan-negeri---persidaya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #senitradisionalKelantan #mainpetri #tariinai #dikirlaba #Persidaya

Saturday Jan 24, 2026

Saturday Jan 24, 2026

Friday Jan 23, 2026
Friday Jan 23, 2026
Peguam memaklumkan bahawa bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mahu membersihkan namanya daripada pertuduhan dihadapi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Abdul Aziz Hamzah berkata, anak guamnya yang telah berkhidmat selama 42 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk hadir ke mahkamah dan menjawab segala pertuduhan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765192/berita/semasa/42-tahun-berkhidmat-atm-bekas-pat-mahu-jawab-tuduhan-bersihkan-namanya---peguam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BekasPAT #NizamJaffar

Friday Jan 23, 2026
Friday Jan 23, 2026
Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menegaskan bahawa kes yang melibatkan dirinya itu tidak akan menjejaskan reputasi serta kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut beliau, institusi itu seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765189/berita/semasa/beri-atm-peluang-bangkit-semula---bekas-pat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BekasPAT #NizamJaffar

Friday Jan 23, 2026
Friday Jan 23, 2026
Ejen kilang yang menjalankan operasi pelupusan sisa elektronik (e-waste) secara haram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM50,000 kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Soon Kein Chong, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N Kanageswari selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765176/berita/semasa/ejen-kilang-e-waste-haram-didakwa-rasuah-pegawai-jas-rm50000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Rasuah #EjenEWaste #Seremban #JAS

Friday Jan 23, 2026
Friday Jan 23, 2026
Seorang lelaki warga Myanmar yang berperanan sebagai ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun tujuh bulan selepas mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis.
Tertuduh, San Lwin, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Myanmar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765132/berita/semasa/ejen-pemalsuan-dokumen-warga-asing-dipenjara-13-tahun-tujuh-bulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sindiketpalsudokumen #Mahkamah

Thursday Jan 22, 2026
Thursday Jan 22, 2026
Enam bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) menjalankan siasatan terhadap parti itu susulan pemecatan mereka yang didakwa tidak sah serta bercanggah dengan Perlembagaan parti, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Mereka ialah Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustaffa; Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765120/berita/politik/dakwa-dipecat-secara-tidak-sah-enam-bekas-ketua-bahagian-bersatu-lapor-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Bersatu #Parti #RoS


