Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Jan 27, 2026
Tuesday Jan 27, 2026
Tindakan melengahkan pelaksanaan dasar kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun akan merugikan generasi muda negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan 137 negara atau lebih 71 peratus negara di dunia sudah melaksanakan dasar tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya Malaysia belum cukup bersedia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765693/berita/nasional/lengah-kemasukan-murid-tahun-satu-usia-enam-tahun-rugikan-generasi-muda-ndash-pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #Tahunsatu

Tuesday Jan 27, 2026
Tuesday Jan 27, 2026
Kerajaan bersetuju untuk tidak melaksanakan ujian diagnostik khas kemasukan ke Darjah Satu bagi murid enam tahun untuk mengelakkan bebanan serta mempermudah pelaksanaan sistem pendidikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, selain memberi keutamaan kepada pemantauan berterusan terhadap perkembangan murid melalui peranan guru dan ibu bapa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765678/berita/nasional/murid-enam-tahun-masuk-darjah-satu-tak-perlu-jalani-ujian-diagnostik---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #ujiandiagnostik

Tuesday Jan 27, 2026
Tuesday Jan 27, 2026
Saksi ke-59 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bahawa remaja tersebut telah dijerit dengan kuat sehingga boleh didengar di aras bawah bangunan asrama dalam kejadian malam 15 Julai tahun lalu.
Peguam, Rizwandean M Borhan berkata, kanak-kanak tersebut merupakan saksi yang dipanggil semula dalam inkues dan merupakan ‘saksi mata’ ketika Zara Qairina disoal dan dimarahi oleh pelajar senior di sebuah bilik asrama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765617/berita/semasa/inkues-zara-qairina-saksi-dakwa-zara-dijerit-kuat-hingga-didengar-di-aras-bawah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaraQairina

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
Dalam kisah sebelum ini bertajuk ‘Satu pusingan U, lima nyawa melayang’, saya menceritakan pengalaman membuat liputan kemalangan maut sekitar 10 hingga 15 tahun lalu, di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, betul-betul di hadapan pejabat akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau.
Kejadian itu berlaku selepas saya mengikuti operasi Imigresen Selangor di kawasan Batu Tiga.
Operasi membabitkan pemeriksaan rumah kongsi didiami warga Indonesia.
Audio dijana oleh AI
#SinarHarian #SinarTerkini #RuangPemujaan #RumahKongsi

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
Tiga pasangan pengantin Orang Asli termasuk dua daripadanya yang baru memeluk Islam, selamat diijabkabulkan dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam, Kemaman pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Majlis itu diraikan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, penduduk kampung dan wakil agensi berkaitan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765460/edisi/terengganu/tiga-pasangan-orang-asli-di-kampung-sungai-pergam-bersanding-serentak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #Perkahwinan #Terengganu #KampungSungaiPergam

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
Kementerian Kerja Raya (KKR) mewajibkan semua syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya melantik juruaudit luar sebagai syarat baharu konsesi yang dilantik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan syarat baharu itu dijangka dalam masa terdekat dan melalui tempoh interim selama setahun bagi melihat keberkesanannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765562/berita/nasional/kkr-wajibkan-syarikat-konsesi-lantik-audit-luar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Konsesi #AuditLuar #AlexanderNantaLinggi #JalanRaya

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
Sebanyak 88,000 unit produk kesihatan tidak berdaftar termasuk ubat tradisional yang disyaki mengandungi racun berjadual dirampas dalam satu operasi penguatkuasaan membabitkan 19 premis di Pulau Pinang, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan mencecah RM24 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Selain ubat-ubatan, turut dirampas bahan mentah serta peralatan untuk memproses ubat berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765584/berita/semasa/kkm-rampas-produk-kesihatan-tidak-sah-rm24-juta-lima-lelaki-ditahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KKM #ProdukKesihatan #PulauPinang #Ubat #Kesihatan

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan membuat dua laporan polis terhadap aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard susulan dakwaan pendedahan maklumat peribadi dan tuduhan tidak berasas, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Peguamnya, Aizul Rohan Anuar berkata, anak guamnya mendakwa Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah memuat naik satu hantaran berkaitan maklumat perbankan di laman sosial Facebook pada 19 Disember tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765572/berita/semasa/mohammad-hafizuddeain-buat-dua-laporan-polis-terhadap-chegubard
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BankNegara #Polis #PTD #Mahkamah #MohammadHafizuddeain #Chegubard

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin atas satu pertuduhan melibatkan kes pengubahan wang haram, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765524/berita/semasa/isteri-bekas-ptd-salwani-didakwa-terima-rm5000-hasil-aktiviti-haram
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #IsteriBekasPTD #PTD #Mahkamah #PengubahanWangHaram #Salwani

Monday Jan 26, 2026
Monday Jan 26, 2026
"Saya kehilangan ibu angkat, 70 ekor kucing dan lima anjing sekelip mata".
Demikian luah Norhaeda Azahari, 51, selepas rumahnya terbakar sekali gus menyebabkan ibu angkat termasuk 70 ekor kucing peliharaannya serta lima anjing liar rentung dalam kejadian di Jalan Tok Guru, Kota Bharu pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765494/berita/semasa/hilang-ibu-angkat-70-ekor-kucing-lima-anjing-sekelip-mata
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakaran #Rentung #KotaBharu #IbuAngkat #Kucing #Anjing


