Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Jan 28, 2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan peraturan baharu di bawah Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melarang 'pembelian' RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peraturan baharu ini disasarkan akan siap dan boleh berkuat kuasa pada 1 April 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765840/berita/nasional/ron95-kpdn-perkenal-peraturan-baharu-april-ini-sekat-pembelian-kereta-berpendaftaran-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KPDN ##sekatpembeliankeretapendaftaranasing #ron95 #perkenalperaturanbaharu

Wednesday Jan 28, 2026

Jadual pentauliahan Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) dipinda ke Disember 2026 manakala LCS 2 pula pada Ogos tahun hadapan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia berdasarkan maklum balas oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang dikemukan kepada pasukan projek.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765835/berita/nasional/pentaulihan-lcs-1-dipinda-disember-2026-lcs-2-ogos-tahun-hadapan---mohamed-khaled
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #LCS1 #LCS2 #LUNAS #Parlimen #sidangdewanrakyat #KhaledNordin

Wednesday Jan 28, 2026

Syor hadkan kemasukan motosikal ke lebuh raya perlu dibincang secara praktikal - Anthony
Cadangan untuk menghadkan kemasukan motosikal ke lebuh raya perlu dibincangkan secara praktikal dan teliti bagi menilai keberkesanannya serta kesan terhadap pengguna lain sebelum sebarang keputusan dibuat, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Beliau berkata, walaupun pelbagai cadangan boleh dikemukakan, pelaksanaannya perlu dilihat dari sudut kebolehlaksanaan serta impak sebenar di lapangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765838/berita/nasional/syor-hadkan-kemasukan-motosikal-ke-lebuh-raya-perlu-dibincang-secara-praktikal---anthony
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #AnthonyLoke #KementerianPengangkutan #PenunggangMotosikal #MOT

Wednesday Jan 28, 2026

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta ibunya selama sembilan jam di Jalan Tunku Hassan, Seremban pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Wanita berusia 35 tahun itu yang bekerja di sebuah bank di kawasan terbabit hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta sebaik mahu pulang ke rumah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765785/berita/semasa/budak-dua-tahun-maut-tertinggal-9-jam-dalam-kereta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Maut #TinggalDalamKereta #Seremban #MeninggalDunia #Forensik

Tuesday Jan 27, 2026

Seramai 14 daripada 26 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mendesak Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Dr Sahruddin Jamal berundur demi masa depan parti.
Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Ab Hamid yang bertindak sebagai jurucakap kepada bahagian terlibat, mendakwa hilang sokongan dan kepercayaan terhadap Dr Sahruddin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765742/berita/politik/14-bahagian-bersatu-johor-desak-dr-sahruddin-berundur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #undurDrSahruddin

Tuesday Jan 27, 2026

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima peletakan jawatan Setiausaha Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru yang terpalit kontroversi menonton video lucah di pejabat masjid berkenaan yang videonya tular minggu lepas.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) yang berlangsung pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765706/edisi/melaka-ns/setiausaha-masjid-terpalit-isu-tonton-video-lucah-dalam-masjid-letak-jawatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MasjidAlEhsan

Tuesday Jan 27, 2026

Keluarga kepada Allahyarham Suri Narudin, 53, mempertimbangkan untuk melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding kes kematian wanita itu.
Anak saudara Allahyarham, Sara Alias, 38, berkata, perkara berkenaan akan diputuskan selepas melihat perkembangan kes tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765689/berita/semasa/kematian-suri-keluarga-pertimbang-lantik-peguam-pemerhati
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Suri

Tuesday Jan 27, 2026

Sesi persekolahan di kawasan terjejas susulan insiden kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang masih diteruskan seperti biasa berikutan laluan asap tidak sampai ke kawasan sekolah.
Bagaimanapun menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Mat Tamin, pemantauan rapi sedang dijalankan khususnya melibatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765688/edisi/johor/kebakaran-tanah-gambut-sekolah-di-pengerang-beroperasi-seperti-biasa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakarantanahgambut

Tuesday Jan 27, 2026

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, mendedahkan dirinya berdepan intimidasi teruk termasuk ugutan serta dakwaan diikuti kenderaan risikan selama 24 jam.
Ia susulan pendedahan yang dibuat beliau berkaitan dakwaan rasuah melibatkan pegawai kanan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765661/berita/semasa/chegubard-dakwa-terima-intimidasi-teruk-gesa-anwar-bantu-perangi-rasuah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Chegubard

Tuesday Jan 27, 2026

"Saya baru ambil ganja sebab tertekan lepas bertengkar dengan bos."
Demikian alasan diberikan seorang lelaki apabila ditahan dalam sekatan jalan raya Operasi Sepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765716/berita/semasa/saya-baru-ambil-ganja-lepas-bertengkar-dengan-bos
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dadah #Sekatanjalanraya

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125