Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Jan 29, 2026

Thursday Jan 29, 2026
Thursday Jan 29, 2026
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewartakan peraturan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada bukan warganegara berkuat kuasa 1 Mac ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peraturan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan dengan punca kuasa Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #minyakmasakpaket

Thursday Jan 29, 2026
Thursday Jan 29, 2026
Pelanggan yang telah melanggan insurans atau mempunyai penyakit sedia ada boleh beralih kepada Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT) tanpa perlu melalui proses penilaian baharu.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bagi pelanggan baharu, proses tersebut masih dilaksanakan seperti biasa namun syarat kelayakan akan dilonggarkan bagi memastikan perlindungan insurans dapat meliputi lebih ramai individu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765989/berita/nasional/pelanggan-berpenyakit-sedia-ada-boleh-beralih-pelan-insurans-asas-mhit
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #MHIT #Insurans #Kesihatan

Thursday Jan 29, 2026
Thursday Jan 29, 2026
Bekas ahli lembaga pengarah syarikat pelupusan sisa elektronik (e-waste) warga China didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas pertuduhan memberi rasuah RM50,000 kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Tertuduh, Jiang Fanjun, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765986/berita/semasa/bekas-ahli-lembaga-pengarah-syarikat-e-waste-didakwa-rasuah-pegawai-jas-rm50000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Ewaste

Thursday Jan 29, 2026
Thursday Jan 29, 2026
Seorang pemandu van persendirian Thailand mampu memperolehi pendapatan mencecah RM30,000 sebulan hasil daripada membawa pekerja restoran tomyam keluar masuk dari Thailand ke Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sebuah van boleh membawa lapan hingga 10 penumpang dalam satu masa yang mana bayaran yang dikenakan sekitar RM70 hingga RM150 seorang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765934/berita/semasa/caj-satu-kepala-hingga-rm150-gaji-pemandu-van-persendirian-thailand-cecah-rm30000-sebulan---jpj
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #Thailand #PemanduVan #Pekerja #RestoranTomyam

Wednesday Jan 28, 2026
Wednesday Jan 28, 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengakui beliau hilang kesabaran terhadap kelemahan berterusan dalam penguatkuasaan undang-undang khususnya melibatkan jenayah kewangan, penyeludupan dan kegiatan gelap yang masih berlaku secara terang-terangan di dalam negara.
Beliau memberi amaran keras kepada pimpinan tertinggi agensi penguat kuasa untuk laksanakan pembaharuan atau bersedia diturunkan pangkat ke jawatan lebih rendah susulan masih wujud kelemahan serius dalam aspek penguatkuasaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765890/berita/nasional/anwar-hilang-sabar-beri-tempoh-seminggu-kepada-pegawai-tertinggi-badan-penguat-kuasa
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #Rasuah #Agensi #PenguatKuasa

Wednesday Jan 28, 2026
Wednesday Jan 28, 2026
Kebakaran tanah gambut yang melanda kawasan Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang sejak Jumaat lalu kini mencecah hampir 100 hektar, dengan kira-kira 52 peratus daripada kawasan terbabit berjaya dipadamkan setakat Rabu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, operasi pada hari keenam tertumpu kepada penggunaan helikopter bagi pengeboman air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765856/berita/semasa/kebakaran-tanah-gambut-52-peratus-daripada-100-hektar-sudah-dipadamkan
#SinarHarian #Beritasemasa #Kebakarantanahgambut

Wednesday Jan 28, 2026
Wednesday Jan 28, 2026
Suasana Dewan Rakyat hari ini bertukar tegang susulan pertikaman lidah antara RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berhubung kemelut politik terkini di Perlis.
Rayer ketika bangkit mencelah ketika sesi perbahasan Titah yang di-Pertuan Agong oleh Muhyiddin, membandingkan kestabilan politik negara dengan krisis yang berlaku di negeri utara itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765891/berita/politik/muhyiddin-rayer-bertikam-lidah-isu-kemelut-politik-perlis
#SinarHarian #Beritasemasa #DewanRakyat

Wednesday Jan 28, 2026
Wednesday Jan 28, 2026
Peruntukan sebanyak RM15 bilion yang disediakan kerajaan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya RM8 bilion pada 2022.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765861/berita/nasional/rm15-bilion-diperuntuk-untuk-sara-dan-str-meningkat-rm8-bilion-pada-2022
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #sara #str #LeiwChinTong

Wednesday Jan 28, 2026
Wednesday Jan 28, 2026
Seramai 10 orang kena tuduh (OKT) cedera selepas lori 'Black Maria' yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Penjara Seremban menuju ke Mahkamah Rembau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765843/berita/semasa/black-maria-bawa-okt-terbalik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #OKT #BlackMaria #LoriTerbalik #Polis #Penjara


