Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Sunday Feb 01, 2026

Sunday Feb 01, 2026

Sunday Feb 01, 2026
Sunday Feb 01, 2026
Berkeluasan 7.3 hektar dan panjang kira-kira dua kilometer, Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Bharu yang dipercayai berusia ratusan tahun sering dijolokkan sebagai tanah perkuburan terpanjang di Asia Tenggara.
Namun dalam kalangan penduduk setempat, kawasan itu lebih dikenali sebagai Tanah Perkuburan Cik Siti Wan Kembang berdasarkan kepercayaan dan cerita turun-temurun orang lama yang menyatakan terdapat makam Cik Siti Wan Kembang di situ.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766323/edisi/kelantan/buka-pintu-terus-nampak-kubur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kubur #TanahPerkuburanIslamBanggol

Saturday Jan 31, 2026
Saturday Jan 31, 2026
Pembinaan lorong motosikal eksklusif di sepanjang lebuh raya utama negara amat disyorkan sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kadar kematian melibatkan penunggang dan pembonceng.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Madya Dr Siti Zaharah Ishak berkata, sistem penguatkuasaan kelajuan seperti Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) secara point-to-point juga perlu diperluas bagi membendung isu tersebut.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765643/berita/laporan-khas/empat-cadangan-tangani-kes-maut-motosikal-di-lebuh-raya

Saturday Jan 31, 2026
Saturday Jan 31, 2026
Keputusan sama ada siasatan kes serangan terhadap anak Datuk Seri Rafizi Ramli diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) bergantung sepenuhnya kepada perkembangan siasatan dan petunjuk baharu yang ditemui polis, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tugas hakiki Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menjalankan siasatan secara profesional.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766297/berita/nasional/kes-anak-rafizi-keputusan-nfa-bergantung-siasatan-polis-saifuddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #SaifuddinNasution #RafiziRamli #NFA

Saturday Jan 31, 2026
Saturday Jan 31, 2026
Kementerian Pertahanan akan memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tadbir urus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai langkah pencegahan jangka panjang bagi mengelakkan isu rasuah dan salah guna kuasa berulang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu bukan hanya tertumpu kepada tindakan terhadap individu, sebaliknya melibatkan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem dan proses dalam ATM serta kementerian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766295/berita/nasional/atm-guna-ai-kesan-ketirisan-penyelewengan-perolehan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #ATM #AI #KementerianPertahanan #Rasuah

Saturday Jan 31, 2026
Saturday Jan 31, 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemuliharaan enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad, Seri Negara dan Carcosa di Bukit Carcosa perlu memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini.
Menurut beliau, usaha memelihara tapak warisan sejarah tidak seharusnya terhad kepada pemuliharaan struktur semata-mata.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766258/berita/nasional/warisan-bukan-beban-aset-pacu-ekonomi-dan-pelancongan-negara---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #AnwarIbrahim #WarisanNegara #Rakyat

Friday Jan 30, 2026
Friday Jan 30, 2026
Seorang sarjan yang bertugas di Penjara Pulau Pinang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pegawai atasannya pada tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ahmad Suhaizad Mohd Mansoor, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi di Mahkamah Majistret 2 George Town, pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766147/berita/semasa/sarjan-penjara-didakwa-tampar-pegawai-atasan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Sarjan #Penjara #Mahkamah

Friday Jan 30, 2026
Friday Jan 30, 2026
Penolong Pegawai Tadbir Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas enam pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak perkhidmatan bagi syarikat menantunya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Hamiza Hasnin, 53 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N Kanageswari selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766143/berita/semasa/kakitangan-mppd-didakwa-guna-kedudukan-dapatkan-kontrak-untuk-syarikat-menantu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #MPPD #MajlisPerbandaran #PortDickson

Thursday Jan 29, 2026
Thursday Jan 29, 2026
"Saya tak tahu gula ini barang kawalan, memang saya jual pada harga RM3 sekilogram, pelanggan pun tak pernah persoalkan.”
Demikian alasan diberikan seorang pekerja warga Bangladesh ketika pemeriksaan Operasi Sinergi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di beberapa premis perniagaan sekitar Sri Muda di Shah Alam pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766046/berita/semasa/saya-tak-tahu-gula-barang-kawalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #hargakawalan


