Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Feb 03, 2026

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Selasa menetapkan sehingga 24 Februari ini untuk penyanyi, Nubhan Ahmad Ahamad, memasukkan pembelaan terhadap tuntutan saman harta sepencarian yang difailkan oleh bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Ia susulan kegagalan pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-12 berkenaan hadir dalam proses sulh pada 8 Januari lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766583/berita/semasa/nubhan-diberi-tempoh-hingga-24-februari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Nubhan #DrFie #Cerai #Mahkamah

Tuesday Feb 03, 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution

Tuesday Feb 03, 2026

Lima beranak maut dibunuh: Suami jejak isteri, empat anak lama terpisah bawa penemuan rangka
Seorang suami yang berusaha menjejaki isteri serta lima anaknya yang sudah lama terpisah akhirnya membawa kepada penemuan enam rangka manusia dipercayai dibunuh, dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit, Kangkar Pulai, Skudai, awal bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pada 9 Januari lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 48 tahun yang sedang mencari isteri serta anak-anaknya yang dikatakan tinggal di sebuah rumah dalam kebun kelapa sawit di kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766616/berita/semasa/penemuan-enam-rangka-manusia-polis-tahan-empat-individu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mayat #LimaBeranakHilang #Polis 

Tuesday Feb 03, 2026

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang disyaki anak kepada seorang wanita berusia 52 tahun yang maut ditikam dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditahan sekitar jam 8.34 malam hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766561/berita/semasa/suspek-bunuh-ibu-ditahan-dalam-bas-ketika-menuju-ke-selangor
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Suspek #Jenayah #Polis

Tuesday Feb 03, 2026

Berdosa subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Peniaga Muslim diingatkan supaya tidak bersubahat dengan individu yang sengaja tidak berpuasa dengan menjual makanan secara terbuka kepada golongan berkenaan sepanjang bulan Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, fenomena individu membeli makanan menggunakan plastik hitam ketika siang hari setiap Ramadan bukan perkara baharu dan berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766568/edisi/perak/berdosa-subahat-dengan-geng-plastik-hitam---timbalan-mufti-perak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #GengPlastikHitam #Puasa #Ramadan

Tuesday Feb 03, 2026

Kadar wajib zakat fitrah di Perak bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi kekal RM10 bagi setiap individu sebagaimana ditetapkan pada tahun sebelumnya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, penetapan itu dibuat atas perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah serta selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak secara ijmak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766564/edisi/perak/kadar-wajib-zakat-fitrah-di-perak-kekal-rm10
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatFitrah #Perak #Zakat 

Tuesday Feb 03, 2026

Menakjubkan, berbaloi datang dari jauh
Fenomena air laut surut luar biasa yang mencetuskan pemandangan seolah-olah 'laut terbelah' di Teluk Nipah, Pulau Pangkor terus menjadi tarikan utama pelancong sekali gus menghidupkan suasana pulau peranginan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tinjauan pada Isnin mendapati lebih 3,000 pengunjung dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri laluan pasir yang timbul di tengah laut, malah menganggap pengalaman itu sebagai sesuatu yang jarang ditemui di destinasi pantai lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766485/edisi/perak/menakjubkan-berbaloi-datang-dari-jauh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Fenomena #LautTerbelah #Lumut

Monday Feb 02, 2026

Persoalan perwarisan sering kali hanya difikirkan selepas kehilangan berlaku. Pada ketika itu, waris bukan sahaja berdepan dengan kesedihan emosi, malah terpaksa menggalas pelbagai urusan yang rumit dan memenatkan. Salah satu isu yang kerap dibangkitkan ialah tuntutan hutang, khususnya hutang cukai oleh LHDN.
Persoalan besar yang bermain di fikiran balu ialah: “Suami saya sudah meninggal dunia. Adakah LHDN masih boleh menuntut hutang cukai tersebut daripada saya atau anak-anak sebagai waris?”
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766440/bisnes/hutang-cukai-lhdn-arwah-suami-adakah-waris-perlu-tanggung-beban
#SinarHarian #SinarTerkini #LHDN #HutangCukai #Waris

Monday Feb 02, 2026

Seramai 21 penyokong Selangor FC yang ditahan susulan perarakan tidak terkawal di sekitar bandar raya Kuala Terengganu didapati positif dadah jenis THC termasuk tujuh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar sekolah menengah, lapor wartawan Norhaspida Yatim.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua mereka antara 33 lelaki berusia antara 17 hingga 43 tahun yang ditahan kerana memiliki dadah, positif dadah serta mengganggu tugas penjawat awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766490/berita/semasa/21-penyokong-selangor-fc-direman-positif-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perarakantanpakawalan #direman #drawbridge

Monday Feb 02, 2026

33 penyokong Selangor FC direman disyaki ganggu ketenteraman awam
Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman membantu siasatan berhubung insiden di Jambatan Angkat pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida yatim. 
Kesemua suspek ditahan selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam ketika waktu puncak di sepanjang laluan Jambatan Angkat Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766454/berita/semasa/33-penyokong-selangor-fc-direman-disyaki-ganggu-ketenteraman-awam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Direman #Penyokong #SelangorFC  

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125