Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Feb 25, 2025

Pelantikan Thaksin sebagai penasihat beri kesan positif
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi ASEAN memberi kesan positif.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Asean

Tuesday Feb 25, 2025

URA: Tak timbul isu pemilik asal hartanah diusir secara paksa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada pemilik asal, tanpa mengira bangsa, akan dipindahkan di bawah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dicadangkan.
Beliau memberi jaminan tidak akan ada peruntukan di bawah Akta yang dicadangkan itu yang akan membenarkan pengusiran pemilik.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #ura #AnwarIbrahim

Tuesday Feb 25, 2025

Hasrat tiga beranak di Felda Sungai Retang, Jerantut untuk menyambut Ramadan dengan penuh ketenangan bertukar menjadi detik pilu apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran pada 17 Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, rumah yang didiami Amir Ali, 51, bersama isterinya, Rohaya Roselan, 46, dan anak mereka, Nor Amelia Qalesyah, 12, serta sebuah kereta Proton Wira Aeroback musnah dan menyebabkan keluarga itu tinggal sehelai sepinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714453/edisi/pahang/rumah-musnah-terbakar-menjelang-ramadan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pahang #FeldaSungaiRetang #Kebakaran

Monday Feb 24, 2025

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain sebagai saksi dalam kes itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714476/berita/semasa/4-pegawai-bekas-pm-ditahan-sprm-panggil-beberapa-individu-kenamaan-bantu-siasatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Rasuah #kespegawaiIsmailSabri

Monday Feb 24, 2025

Operasi sukar, bomba ambil masa 5 jam keluarkan mangsa rentung
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengambil masa hampir lima jam untuk mengeluarkan dua mangsa rentung yang terperangkap dalam kebakaran di bilik transformer di sebuah kilang di Tangga Batu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu dipercayai berlaku apabila bilik transformer di kilang berkenaan terbakar menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dan seorang pekerja warga Bangladesh maut manakala dua lagi pekerja asing mengalami melecur.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714493/berita/semasa/operasi-sukar-bomba-ambil-masa-5-jam-keluarkan-mangsa-rentung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran #pekerjarentung #pekerjamelecur

Monday Feb 24, 2025

Steven Sim nafi menidakkan laporan Ketua Audit Negara, PAC
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menafikan sekeras-kerasnya pandangan bahawa pihaknya menidakkan syor dan teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), susulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood, dibenarkan kembali bertugas di agensi itu.
Katanya, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap HRD Corp, beliau tidak sekali-kali mengambil pendekatan 'menuding jari'.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mempersoalkan keputusan membenarkan CEO HRD Corp kembali bekerja sedangkan LKAN jelas menunjukkan berlaku ketirisan dalam tatakelola membabitkan agensi itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #LKAN #StevenSim

Monday Feb 24, 2025

Kerjasama parti: Pemimpin UMNO Sabah harus berlapang dada
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin utama UMNO di negeri ini berlapang dada dalam menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Timbalan Perdana Menteri itu turut menasihatkan pemimpin UMNO Sabah supaya tidak hanya memikirkan mengenai kepentingan sesuatu parti sahaja, tetapi dalam masa sama harus mengutamakan rakyat di negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714443/berita/politik/kerjasama-parti-pemimpin-umno-sabah-harus-berlapang-dada
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #sabah #Umno #PRNSabah

Monday Feb 24, 2025

Akaun TikTok agensi media disekat: Kerajaan tunggu penjelasan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya telah meminta penjelasan dari TikTok susulan 23 akaun TikTok milik agensi media tempatan disekat sepenuhnya baru-baru ini.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #tiktok #MCMC

Monday Feb 24, 2025

Ustaz Husam terima permohonan maaf dua individu disamannya
Pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhamad Baderudin menerima permohonan maaf dua daripada empat individu yang disaman fitnah sebanyak RM5 juta secara terbuka di Mahkamah Tinggi di Alor Setar pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 26, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazil, 31, memohon maaf tanpa syarat kepada plaintif atas kenyataan fitnah yang dibuat sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714417/berita/semasa/ustaz-husam-terima-permohonan-maaf-dua-individu-disamannya
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #ustazhusam #saman

Monday Feb 24, 2025

42 MY sasar lahir ramai tenaga mahir sektor digital
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata Sekolah pengkodan tanpa yuran pertama di negara ini, 42 Malaysia (42 MY) dijangka mampu melahirkan lebih ramai tenaga mahir sektor digital dalam negara, mengambil kira 650 peserta dijangka mengikuti inisiatif itu tahun ini.
Jelasnya, bagi 2021 hingga 2024, sejumlah 250 graduan dilahirkan menerusi institusi terbabit.
Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim mengenai sejauh mana penekanan terhadap aspek pembangunan landskap bakat digital dengan kolaborasi syarikat teknologi dan 'start-up' (syarikat pemula), misalnya projek sekolah pengkodan pertama di Malaysia yangdilancarkan dengan kerjasama MyDigital Corporation.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #42MY #GobindSighDeo

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125