Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Demi untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah, seorang penganggur sanggup menjadi penjual 'jus dadah' yang menyasarkan pengunjung hiburan sekitar negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Bagaimanapun kegiatannya sejak sebulan lalu tidak berpanjangan selepas dicekup dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715706/berita/semasa/penganggur-edar-jus-dadah-bernilai-lebih-rm50000-dicekup
#SinarHarian #BeritaSemasa #jusdadah #kesdadah #PDRM

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
'Tiada pihak arah SPRM siasat Ismail Sabri'
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak mengarahkan siasatan dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, siasatan terhadap Perdana Menteri kesembilan itu dilaksanakan susulan aduan dan maklumat yang diterima SPRM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715665/berita/semasa/tiada-pihak-arah-sprm-siasat-ismail-sabri---azam-baki
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki #IsmailSabriYaakob

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, hospital swasta di negara ini dilihat beroperasi dengan lebih kepada berorientasikan keuntungan, sekali gus menjadi punca mereka mengenakan caj tinggi untuk perkhidmatan kepada pesakit.
Beliau berkata demikian membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #telur #sarungtangan #MPBayan

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Enam negeri termiskin perlu berusaha memastikan jurang kemiskinan antara negeri lain dikecilkan dan tidak hanya mengharapkan peruntukan tinggi terus disalur kerajaan pusat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hakikatnya enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah menerima peruntukan jauh lebih tinggi berbanding negeri lain sejak tahun 2021.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715651/berita/nasional/enam-negeri-termiskin-perlu-usaha-kecilkan-jurang-kemiskinan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #jurangkemiskinan #negeritermiskin

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan kesukaran mewujudkan keseimbangan antara jumlah kekosongan perjawatan dan lokasi penempatan yang tidak memenuhi citarasa pemohon terutamanya jururawat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ia berikutan ramai dalam kalangan bakal jururawat mengisi kekosongan jawatan dengan harapan untuk ditempatkan di lokasi berhampiran dengan kampung atau negeri kelahiran mereka.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak mengenai pengisian perjawatan di KKM, terutama jururawat di beberapa negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715642/berita/nasional/kkm-sukar-seimbangkan-kekosongan-jawatan-lokasi
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KKM #jururawat

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Analisis data Banci Pertanian 2024 kini di peringkat memuktamadkan dapatan awal bancian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup memaklumkan, beberapa kementerian termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan agensi negeri sedang giat melaksanakan analisis bagi tujuan pengesahan dan pengabsahan data.
Sementara itu menjawab soalan tambahan Hassan Saad (PN-Baling) mengenai inisiatif khusus untuk meningkatkan produktiviti petani kecil di Kedah, Arthur berkata, KPKM telah mewujudkan 15 pasukan khas dalam pelbagai bidang dan sektor untuk mendapatkan data terkini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715620/berita/nasional/data-banci-pertanian-2024-akan-bangunkan-mysagr
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Banci #DOSM #MySAgR

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengesahkan 75,566 orang kurang upaya (OKU) mendapat pekerjaan sepanjang tempoh lima tahun sejak 2020 hasil pelbagai inisiatif dilaksanakan.
Menurutnya, semua inisiatif itu bagi memastikan OKU mendapat latihan kemahiran dan akses kepada pekerjaan, termasuk memberikan pensijilan di bawah Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #OKU #Kesuma

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kakitangan kementerian dan syarikat kerajaan supaya bersikap lebih bersederhana dalam berbelanja terutama membabitkan peruntukan kerajaan, sepanjang Ramadan.
Beliau menggalakkan kementerian dan syarikat membuat kebajikan dengan memberikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, namun kadangkala perkakasan digunakan itu dilihat berlebih-lebihan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #perkakasansumbangan #peruntukankerajaan

Monday Mar 03, 2025
Monday Mar 03, 2025
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok membuktikan kematangan proses demokrasi di Malaysia, yang dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata RUU yang memerlukan dukungan dua pertiga ahli Parlimen itu memperkasa Parlimen sebagai mercu tanda kebebasan bersuara ahli parlimen, yang tidak boleh terlalu terikat dengan proses perkhidmatan awam secara menyeluruh, maka 'dibebaskan'.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #RUUPerkhidmatanParlimen2025

Sunday Mar 02, 2025
Sunday Mar 02, 2025
Beras putih tempatan (BPT) bersubsidi (10 kilogram) mula diedarkan di Terengganu pada Ahad dan proses tersebut dijalankan secara berperingkat, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarah Negeri Kawalselia Padi dan Beras Terengganu, Ahmad Suffian Zulkipeli berkata, setakat ini hanya Q Mart menjadi peruncit pertama yang menerima bekalan tersebut.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/715524/edisi/terengganu/bekalan-beras-subsidi-mula-tiba-di-terengganu-secara-berperingkat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KualaTerengganu #BerasPutih #BPT


