Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Mar 05, 2025

Trafik Shah Alam terkawal, polis bantu pengguna berbuka di rumah
"Kita akan sedaya upaya memastikan pengguna jalan raya di Shah Alam dapat berbuka puasa di rumah."
Itu sasaran Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim susulan penugasan anggota trafik di persimpangan lampu isyarat '199' di Jalan Subang dan beberapa lokasi tumpuan bagi melancarkan aliran trafik sepanjang Ramadan ini, lapor wartawan Sinar Harian Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki.
Artkel: https://www.sinarharian.com.my/article/715917/edisi/selangor-kl/trafik-shah-alam-terkawal-polis-bantu-pengguna-berbuka-di-rumah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Trafik #ramadan #ShahAlam

Tuesday Mar 04, 2025

Taktik licik sorok dadah dalam mesin pembuat wafel terbongkar
Taktik licik sindiket penyeludupan dadah menyembunyikan syabu dalam mesin pembuat wafel terbongkar dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dadah #rampasan #PDRM 

Tuesday Mar 04, 2025

Polis bongkar sindiket proses dadah, cecair vape di 'homestay', kondominium
Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan rumah inap desa dan kondominium mewah sebagai stor untuk menyimpan dan memproses dadah, termasuk cecair rokok elektronik berjaya dibongkar dalam operasi serbuan di sekitar Lembah Klang, pada 26 Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 26 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan di Jalan Gombak, Taman Kuchai Jaya, Taman Sungai Besi dan Taman Salak Jaya bermula jam 2 petang hingga 10.20 malam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715858/berita/semasa/polis-bongkar-sindiket-proses-dadah-cecair-vape-di-homestay-kondominum
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Vape #rampasan 

Tuesday Mar 04, 2025

'Tengok lauk ikan keli pada Ramadan, teringat Muslim'
Kehadiran Ramadan tahun ini memberikan rasa sayu buat Siti Ramlah Samsuri, 43, ibu tiri kepada Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Tongkang Yard, Alor Setar pada 21 Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut Siti Ramlah, sejak pemergian anak ketujuh daripada lapan beradik itu, dia tidak lagi bersemangat untuk memasak seperti dahulu kerana setiap hidangan yang disediakan pasti mengingatkannya kepada arwah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715780/edisi/utara/tengok-lauk-ikan-keli-pada-ramadan-teringat-muslim
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ramadan #kebakaran

Tuesday Mar 04, 2025

Isu scammer: Bank perlu tanggung sepenuhnya kerugian pelanggan
Pihak bank bertanggungjawab menanggung sepenuhnya kerugian akibat penipuan sekiranya ia berpunca daripada kelemahan di pihak mereka.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa institusi kewangan perlu menjalankan siasatan secara terperinci dan telus terhadap setiap kes penipuan kewangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715804/berita/semasa/isu-scammer-bank-perlu-tanggung-sepenuhnya-kerugian-pelanggan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #Scammer #BankNegaraMalaysia

Tuesday Mar 04, 2025

'Pertama kali saya dengar teori ekonomi boleh seimbangkan dengan harga barang'
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau mendengar teori ekonomi boleh menyeimbangkan harga barang.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mengaitkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi dengan kenaikan harga barang yang tidak seimbang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #AnwarIbrahim #ShahidanKassim

Tuesday Mar 04, 2025

Zaim, Ismanira gagal batal kes abai Zayn Rayyan
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi batalkan pertuduhan abai kanak-kanak autisme itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Roszianayati Ahmad memutuskan demikian selepas menolak notis usul difailkan Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715779/berita/semasa/pertuduhan-pengabaian-zayn-rayyan-tidak-cacat---hakim
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaynRayyan #mahkamah #Ismanira #Zaim

Tuesday Mar 04, 2025

Kerajaan tak cadang wajib pencarum KWSP Islam tukar kepada Simpanan Shariah
Kerajaan tidak bercadang mewajibkan semua pencarum beragama Islam memindahkan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka kepada simpanan patuh syariah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan sebaliknya akan menggalakkan semua pencarum beragama Islam untuk berbuat demikian memandangkan kadar dividen dinikmati kedua-dua jenis simpanan menunjukkan prestasi baik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715793/berita/nasional/tiada-dasar-wajib-caruman-simpanan-shariah-kwsp---pm
\Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KWSP #Shariah #pencarum

Tuesday Mar 04, 2025

Pengeluaran KWSP: Kes kritikal, mendesak boleh diberi pertimbangan khas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memberi pertimbangan khas bagi pengeluaran dana simpanan melibatkan kes-kes tertentu yang kritikal meskipun di luar syarat dan kaedah sedia ada.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak ada kelonggaran berlebihan akan diberikan selari dengan prinsip KWSP adalah simpanan untuk hari tua pencarum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715783/berita/nasional/pengeluaran-kwsp-kes-kritikal-mendesak-boleh-diberi-pertimbangan-khas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KWSP #PMX

Tuesday Mar 04, 2025

Pahang meterai MoU bersama KPKT, sasar percepat bina rumah PRR
Kerajaan Pahang menyasarkan untuk mempercepatkan proses pembinaan rumah di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) di negeri itu dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizul Haika Mat Khazi.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MoU tersebut akan membolehkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan terus kepada kerajaan negeri untuk pembinaan projek PRR di Pahang, pada masa depan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715728/edisi/pahang-meterai-mou-bersama-kpkt-sasar-percepat-bina-rumah-prr
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MOU #pahang #rumahmampumilik #KPKT

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125