Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Mar 06, 2025

Tiga rakan dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan edar, miliki dadah
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Khamis melepas dan membebaskan tiga rakan yang didakwa mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine di Mersing, enam tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, iaitu S Purusothaman, 42, K Puvan Isveran, 58, dan R Viknesh, 39, di akhir kes pendakwaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716172/edisi/johor/tiga-rakan-dilepas-dan-dibebaskan-daripada-tuduhan-edar-miliki-dadah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #dadah

Thursday Mar 06, 2025

Kurang bekalan, kenaikan harga kelapa import antara punca santan naik harga
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kekurangan bekalan dan kenaikan harga kelapa diimport dari Indonesia antara faktor kenaikan harga santan segar di pasaran.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #santan #pertanian

Thursday Mar 06, 2025

Penguat kuasa diperas ugut sindiket e-waste
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakaman aktiviti anak ketika berada di sekolah adalah antara bentuk ugutan diterima pegawai penguat kuasa yang menjalankan tindakan penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste) di negara ini.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #ewaste

Thursday Mar 06, 2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat mulai April ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pas itu akan memudahkan urusan kemasukan serta membolehkan golongan itu tinggal lebih lama di negara ini bagi menguruskan perniagan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pertaling Jaya, Lee Chean Chung pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KDN #paskhas #pelaburasing

Perang promosi raya Jalan TAR

Thursday Mar 06, 2025

Thursday Mar 06, 2025

Perang promosi raya Jalan TAR
Minggu pertama Ramadan, suasana di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara sudah pun meriah dengan ribuan pembeli yang membanjiri pusat beli-belah dan bazar Aidilfitri, lapor wartawan Sinar Harian,  Mohd Azlim Zainury.
Persaingan sengit antara jenama fesyen dan peruncit mencetuskan perang promosi luar biasa, di mana bukan sahaja diskaun besar-besaran ditawarkan, tetapi juga hadiah lumayan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati salah satu promosi yang paling mencuri tumpuan adalah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta mewah pada setiap minggu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716107/berita/laporan-khas/perang-promosi-raya-jalan-tar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Kandungan dijana AI
#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #ramadan #JalanTar #KualaLumpur

Wednesday Mar 05, 2025

Jakim semak semula prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyemak semula prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara (FHCB) bagi memastikan ianya kekal relevan dan selaras perkembangan keperluan halal global.
Jelasnya, setakat ini, sebanyak 85 badan pensijilan halal luar negara membabitkan 47 negara aktif memberi pensijilan halal produk import yang diiktiraf Jakim, selaras keperluan Perintah 5, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi  mengenai langkah kerajaan memastikan logo halal dari luar negara memenuhi piawaian seumpama Jakim dan rancangan memperketatkan prosedur pengiktirafan halal antarabangsa.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Jakim #sijilhalal #FHCB

Wednesday Mar 05, 2025

Polis ambil tindakan terhadap pemilik premis kondominium terlibat kegiatan penipuan
Polis akan mengenakan tindakan terhadap pemilik premis, badan pengurusan bersama (JMB) dan syarikat kawalan keselamatan dalam usaha mengekang kegiatan jenayah penipuan yang kerap menggunakan premis kondominium sebagai markas mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil daripada beberapa serbuan yang dijalankan, pihaknya mendapati premis kediaman jenis kondominium digunakan sebagai pusat panggilan penipuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716010/berita/semasa/polis-ambil-tindakan-terhadap-pemilik-premis-kondominium-terlibat-kegiatan-penipuan
#SinarHarian #BeritaSemasa #JSJK #kegiatanpenipuan #PDRM
Jakim semak semula prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara

Wednesday Mar 05, 2025

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap hanya akan dikosongkan secara automatik selepas 14 hari sekiranya penyandangnya, Datuk Peter Anthony, tidak menggunakan sebarang jalan perundangan yang tersedia, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa rayuan kes jenayah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/715994/berita/politik/peter-anthony-hilang-kelayakan-sebagai-adun-melalap-secara-automatik-selepas-tempoh-14-hari---speaker
#SinarHarian #BeritaSemasa #PeterAnthony #HilangKelayakanAdun #adunSabah

Wednesday Mar 05, 2025

Pelan Induk Ekologi Central Forest Spine selesaikan konflik manusia-hidupan liar
Beberapa tindakan sudah dirangka dan dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik antara manusia dan hidupan liar, termasuk Pelan Induk Ekologi Central Forest Spine.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia termasuk, meningkatkan hubungan antara kompleks hutan yang menjadi kawasan rayau hidupan liar terutama di utara dan tengah Semenanjung, termasuk di kawasan Central Forest Spine.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai rangkaian ekologi bersambung antara negeri sebagai usaha mengatasi konflik manusia-hidupan liar.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #centralforestspine #pelanindukekologicentralforestSpine

Wednesday Mar 05, 2025

Empat rakan yang meraih pendapatan dengan kegiatan mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua bulan lalu dicekup polis pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob. 
Kesemua suspek berusia 30 hingga 34 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah di sebuah inap desa di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah kira-kira jam 2 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715899/berita/semasa/empat-termasuk-seorang-wanita-curi-kabel-dicekup
#SinarHarian #BeritaSemasa #curikabelTM #PDRM #AlorGajah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125