Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday Mar 07, 2025
Friday Mar 07, 2025
ACLE: 80 periuk bubur lambuk untuk penyokong JDT
Sebanyak 80 periuk bubur lambuk akan dimasak sempena perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Selasa depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, ia merupakan inisiatif berbuka puasa bersama para penyokong JDT sebagaimana dititahkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716350/edisi/johor/acle-80-periuk-bubur-lambuk-untuk-penyokong-jdt
#SinarHarian #BeritaSemasa #JDT #buburlambuk #ACLElite
Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Kerajaan dicadangkan menggubal undang-undang bagi membendung perbuatan buli yang bukan sahaja melibatkan fizikal malah mental.
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros berkata, undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga, dan penderaan kanak-kanak sudah ada, namun belum ada akta secara khusus berkaitan buli.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #RUU
Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Allahyarham Zulfarhan Osman pandai mengisi beras dalam sarung ketupat, satu kelebihan yang diakui tidak dimiliki bapanya, Zulkarnain Idros.
Mengenang Allahyarham anaknya yang meninggal dunia pada tahun 2015, Zulkarnain berkata Ramadan tahun ini adalah bulan puasa kelapan Allahyarham meninggalkan mereka.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #RUU
Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros menyifatkan dalam tempoh yang singkat sepanjang perjalanan kes anaknya, beliau berasa kalah, menang, dan kalah semula.
Jelasnya, walaupun berharap Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, namun beliau akur dengan keputusan mengembalikan hukuman penjara 18 tahun kepada enam bekas pelajar UPNM.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #RUU

Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Seorang lelaki warga asing merupakan pemilik kilang memproses sampah elektronik (e-waste) termasuk peluru dan kelongsong di Telok Panglima Garang, di Kuala Langat diletakkan dalam senarai buruan, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan mendapati peluru itu dibawa masuk dari luar negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716250/berita/semasa/pemilik-kilang-e-waste-warga-asing-diburu---saifuddin-nasution
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #ewaste #PDRM

Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Bukan tolak reformasi, hanya tuntut pindaan RUU lebih jelas - Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar menuduh ahli Parlimen pembangkang menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap usaha reformasi institusi Parlimen.
Sebaliknya, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa kerajaan seharusnya memastikan setiap undang-undang yang dibentangkan di Parlimen bersifat jelas dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716217/berita/semasa/bukan-tolak-reformasi-hanya-tuntut-pindaan-ruu-lebih-jelas---hamzah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #RUU

Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi menangani isu caj berlebihan di hospital swasta.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata ia bagi membolehkan pengenalan pelaksanaan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) yang bertujuan meningkatkan ketelusan caj rawatan kepada pesakit di hospital swasta.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KKM #isucajberlebihan

Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat lagi rakan terlepas daripada penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding sebutan semula kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.
Hakim menerusi hujah penghakimannya berkata, tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan 6,059 biji pil kuda itu dengan keenam-enam tertuduh.
https://www.sinarharian.com.my/article/716156/berita/semasa/eda-ezrin-suami-dan-empat-rakan-bebas-tuduhan-miliki-pil-kuda
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #EdaEzrin #dadah #thailand

Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Penyeludupan pelbagai komoditi bernilai lebih RM7 juta tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan melibatkan pelbagai komoditi berjumlah lebih RM7 juta termasuk merampas tembakau 'hookah' bernilai RM4.38 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, kesemua rampasan penyeludupan itu melibatkan tiga kes pada Januari lalu iaitu masing-masing di Pelabuhan Klang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716180/berita/semasa/penyeludupan-pelbagai-komoditi-bernilai-lebih-rm7-juta-tumpas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seludup #kastam

Thursday Mar 06, 2025
Thursday Mar 06, 2025
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MoT) bakal memperkenalkan dasar baharu bagi perkhidmatan logistik, bertujuan menggantikan penggunaan kenderaan berat.
Menurutnya, dasar berkenaan akan menggalakkan pemain industri beralih kepada penggunaan rel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dijangka dibentangkan selepas projek berkenaan siap kelak.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin mengenai perundangan baharu bagi memastikan nahas mengorbankan tujuh orang dan 33 lagi cedera di Kilometer (KM) 204 Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini, tidak berulang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #kenderaanberat #Mot #perkhidmatanlogistik


