Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Saturday Mar 08, 2025

Sanggup datang dari jauh semata-mata dapatkan bubur lambuk 'gear box'
Tradisi memasak bubur lambuk 'gear box' di Pasar Tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu terus mendapat sambutan hangat setiap kali Ramadan, malah ada yang sanggup datang dari Dungun, Marang dan Kuala Berang semata-mata untuk mendapatkan bubur lambuk istimewa itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Penyelaras program, Rohaimi Rashid, 56, berkata, agihan percuma bubur lambuk itu dibuat pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan bermula jam 5 hingga 6.30 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716590/edisi/terengganu/sanggup-datang-dari-jauh-semata-mata-dapatkan-bubur-lambuk-gear-box
#BeritaSemasa #SinarHarian #buburlambuk #Ramadan #PadangHiliran #buburlambukterengganu #gearbox #buburlambukgearbox

Saturday Mar 08, 2025

'Ubat' Syeqal selawat 10,000 kali sehari
Pernah melalui zaman kegemilangan suatu masa dulu, penyanyi era-90 Shahrim Sallehudin, 60 tahun atau Syeqal pasrah yang hidupnya kini berubah sekelip mata sejak diuji dengan masalah kesihatan lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Dia yang pernah popular dengan lagu Cinta Nusantara kini tidak lagi mampu bekerja sejak diserang angin ahmar dan sekarang menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716449/berita/hiburan/ubat-syeqal-selawat-10000-kali-sehari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Syeqal #Cinta Nusantara #bantuan

Friday Mar 07, 2025

Nurseri Ramadan bagi ibu bapa solat lebih tenang
Bagi membolehkan ibu bapa menunaikan solat tarawih dengan keadaan lebih tenang, Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak Sungai Ujong, Nilai mengambil inisiatif menyediakan 'nurseri Ramadan', lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Kemudahan itu disediakan secara percuma di dewan besar masjid berkenaan bermula jam 8 malam sehingga 10.30 malam.
Ketua Eksekutif masjid, Mohd Yusof Abdul Rahman, 57, berkata, idea menyediakan kemudahan tersebut bermula dua tahun lalu dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716357/khas/ramadan/nurseri-ramadan-bagi-ibu-bapa-solat-lebih-tenang
#SinarHarian #BeritaSemasa #NurseriRamadan #Nilai

Friday Mar 07, 2025

Anak Sabari harap keajaiban Ramadan, doa makbul
Anak kepada mangsa bunuh, Sabari Baharom, berharap doanya pada Ramadan ini termakbul dan memohon keajaiban agar jasad bapanya ditemui.
Suraiya Izzaty, 30, berkata, kedatangan Ramadan kali ini amat dinanti-nantikan kerana ingin berdoa bersungguh-sungguh agar ALLAH SWT memakbulkan permintaannya.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #60Saat #mangsabunuh 

Friday Mar 07, 2025

Penghantar p-hailing didakwa bunuh anak asuhan isteri berusia lima tahun
Seorang bapa kepada tiga anak didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan membunuh anak asuhan isterinya, berusia lima tahun lapan bulan di sebuah hotel Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Penghantar p-hailing, Muhammad Syafiq Daniel Osman, 26, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala isterinya, Nur Nilam Kamaruddin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716416/berita/semasa/penghantar-p-hailing-didakwa-bunuh-anak-asuhan-isteri-berusia-lima-tahun
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbunuh #mahkamah

Friday Mar 07, 2025

Mahkamah Tinggi tolak keterangan saksi tambahan Paul Yong
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat menolak keterangan tambahan dikemukakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong bersabit kes merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, enam tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas pihaknya berpandangan keterangan-keterangan yang dikemukakan pihak pembelaan pada 5 Februari lalu adalah bersifat dengar cakap dan tidak wajar diterima.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716381/berita/semasa/mahkamah-tinggi-tolak-keterangan-saksi-tambahan-paul-yong
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogolpembanturumah #saksitambahan #mahkamah

Friday Mar 07, 2025

Wan Maimunah jual ayam golek 'Ferris Wheel'
Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, mencuri tumpuan apabila menjual juadah berbuka puasa di gerai ayam golek 'Ferris Wheel' milik anaknya di Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu, sepanjang Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Menurut Wan Maimunah, ini kali pertama dirinya terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut bagi memberi sokongan kepada anaknya, Muhammad Shah Muhammad, 45, selain mengambil peluang bertemu peminat di sekitar Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716405/berita/hiburan/wan-maimunah-jual-ayam-golek-di-wakaf-beruas
#SinarHarian #BeritaSemasa #ayamgolek #wanmaimunah #kualaterengganu

Friday Mar 07, 2025

Penganggur dituduh bunuh penyanyi sambilan
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka, pada Jumaat atas tuduhan membunuh rakan sebiliknya yang juga penyanyi sambilan di sebuah rumah pada Februari lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Hong Yew Peng, 54, yang berasal dari Kedah berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mendatangkan kematian terhadap seorang wanita, Ling Lu Cheng, 52.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716393/berita/semasa/penganggur-didakwa-bunuh-penyanyi-sambilan
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah

Friday Mar 07, 2025

Bukan tugas mudah mengendalikan portfolio kerajaan negeri yang terkandung di dalamnya tiga tugas besar, namun ia tetap dilaksanakan Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Berkhidmat di negeri terbesar Semenanjung Malaysia dengan kira-kira 1.7 juta penduduk dalam sebelas daerah menjadikan tanggungjawab ADUN Kerdau ini makin mencabar. Bagaimanakah beliau menggalas amanah ini?.

Friday Mar 07, 2025

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April depan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizul Haika Mat Khazi.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April depan.
Jelasnya, sehubungan itu, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716380/berita/nasional/prk-dun-ayer-kuning-ditetapkan-pada-26-april
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #DUNAyerKuning #AyerKuning #SPR 

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125