Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Mar 12, 2025
Wednesday Mar 12, 2025
Kak Chik Yah seronok buat 'live', kongsi resipi masakan
Perwatakan yang bersahaja ketika membuat siaran langsung memasak di aplikasi TikTok menjadikan Nariah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Kak Chik Yah semakin diminati oleh warganet, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Mempunyai 188,300 pengikut di akaun @kakcikyah4, warga emas berusia 74 tahun itu sering berkongsi resepi masakan daripada awal sehingga akhir dengan cara percakapan seperti seorang nenek bercakap dengan cucunya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717241/edisi/utara/kak-chik-yah-seronok-buat-video-live-kongsi-resipi-masakan
Muzik: Color Beams dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #resepimasakan #viral #KakChikYah #Tiktok

Wednesday Mar 12, 2025
Wednesday Mar 12, 2025
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak perempuan
Seorang wanita menangis teresak-esak ketika diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 17 Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmumin Nik Min.
Tertuduh, Nur Nabilah Seikh Ruslan, 32, sebelum itu mengaku memahami pertuduhan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717220/berita/mahkamah/wanita-didakwa-bunuh-kanak-kanak-perempuan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #bunuh

Wednesday Mar 12, 2025
Wednesday Mar 12, 2025
World #QuranHour di bulan Ramadan penuh keberkatan
Program World #QuranHour 2025 yang bakal berlangsung pada 25 Mac ini bertepatan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, sekali gus memberi peluang keemasan kepada umat Islam meraih pahala berlipat kali ganda melalui bacaan al-Quran, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid .
Pengetua Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Darul Anuar, Nik Hamdi Abdul Ghani berkata, membaca dan menghayati al-Quran bukan sahaja memberi ketenangan jiwa tetapi juga membawa keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715510/khas/quranhour/world-quranhour-di-bulan-ramadan-penuh-keberkatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #World #QuranHour#SavingTheUmmah #SurahAlSaff

Wednesday Mar 12, 2025
Wednesday Mar 12, 2025
Tak munasabah dakwaan SPRM letak RM170 juta dalam 'safe house'
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan jam 10 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717132/berita/semasa/tiada-siasatan-terpilih-untuk-mana-mana-kes-termasuk-ismail-sabri---sprm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IsmailSabri #AzamBaki #rasuah

Wednesday Mar 12, 2025
Wednesday Mar 12, 2025
SPRM tidak pernah tutup kes ADUN Sabah, bukti baharu dikemuka akan diteliti
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa SPRM tidak pernah menutup kes melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Sebaliknya, beliau meminta semua pihak supaya bersabar sementara SPRM mendapatkan keterangan serta mengkaji video yang dikatakan sebagai versi penuh oleh pihak berkaitan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717131/berita/semasa/sprm-tidak-pernah-tutup-kes-adun-sabah-bukti-baharu-dikemuka-akan-diteliti
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #RasuahSabah #AzamBaki #rasuah

Wednesday Mar 12, 2025
Wednesday Mar 12, 2025
SPRM siasat ketulenan video libatkan Speaker DUN Sabah - Azam Baki
Video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya pada Isnin akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menentukan ketulenan bahan tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan akan dijalankan susulan video terbaharu itu, namun seperti yang telah ditegaskan sebelum ini, video tersebut mestilah tulen dan tidak disunting.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717120/berita/semasa/sprm-siasat-ketulenan-video-libatkan-speaker-dun-sabah---azam-baki
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #RasuahSabah #AzamBaki #rasuah

Tuesday Mar 11, 2025
Tuesday Mar 11, 2025
Pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok stesen radio berkenaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), setelah pihaknya mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717070/berita/semasa/pengendali-stesen-radio-era-fm-dikompaun-rm250000
#SinaraHarian #BeritaSemasa #EraFm #Kompaun #SensitivitiAgama

Tuesday Mar 11, 2025
Tuesday Mar 11, 2025
Ibu kepada dua beradik yang salah seorangnya maut dalam kemalangan membabitkan Honda Jazz di Persiaran Senawang 1, Seremban bukan saja tidak akan menerima maaf si pelaku, malah akan menuntut keadilan untuk anaknya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Malah Haslinda Jupri, 44 yang merupakan ibu kepada Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15 dan Muhammad Asraf Adha Abdullah, 14 mahu kesedihan yang membelenggu dirinya sekarang turut dirasai keluarga si pelaku.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717091/berita/semasa/aidil-sudah-tiada-saya-tidak-akan-maafkan-pemandu-honda-jazz---ibu
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganSenawang #kemalangan

Tuesday Mar 11, 2025
Tuesday Mar 11, 2025
Kerajaan puas hati, pembinaan LCS hanya lewat 1.68 peratus
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan pembinaan lima kapal tempur persisir (LCS) meskipun berlaku sedikit kelewatan daripada perancangan ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini, kelewatan terhadap projek bernilai RM11 bilion itu hanya merekodkan 1.68 peratus, disebabkan masalah peralatan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak pengeluar peralatan asal (OEM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717047/berita/nasional/kerajaan-puas-hati-pembinaan-lcs-hanya-lewat-168-peratus
#SinarHarian #BeritaSemasa #KapalLCS #LCS

Tuesday Mar 11, 2025
Tuesday Mar 11, 2025
Kerajaan Kelantan seru orang ramai jayakan World #QuranHour 2025
Kerajaan negeri Kelantan menyeru orang ramai untuk sama-sama menjayakan program World #QuranHour 2025 pada 25 Mac ini bertempat di Madinah Ramadan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sokongan kepada program ini perlu diberikan kerana ia membuka peluang kepada umat Islam untuk lebih mendalami dan menghayati kitab suci itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716860/khas/quranhour/kerajaan-kelantan-seru-orang-ramai-jayakan-world-quranhour-2025
#SinarHarian #BeritaSemasa #World #QuranHour#SavingTheUmmah #SurahAlSaff


