Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Mar 13, 2025

Umum projek bukan pancing undi - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa pelaksanaan projek pembangunan yang diumumkannya sebelum ini bukan sebagai 'pancing undi' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi di negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717431/berita/politik/umum-projek-bukan-pancing-undi---hajiji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #PRNSabah 

Thursday Mar 13, 2025

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen sijil kelahiran dalam Ops Tumpang yang dijalankan serentak di empat negeri pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, modus operandi sindiket melibatkan individu yang bertindak sebagai pemaklum kelahiran dengan mengemukakan dokumen kelahiran palsu di kaunter JPN semasa pendaftaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717442/berita/semasa/sindiket-pemalsuan-dokumen-sijil-kelahiran-tumpas
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPN #pemalsuandokumensijilkelahiran #Putrajaya

Thursday Mar 13, 2025

Kerajaan Persekutuan memberi suntikan modal baharu berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) bagi membayar hutang syarikat itu kepada vendor, terutamanya 2,000 vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) minyak serta gas tempatan yang majoritinya syarikat bumiputera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suntikan modal tersebut adalah sebahagian daripada usaha penstrukturan semula SEB dan bertujuan menyelamatkan pekerja tempatan yang telah lama tidak menerima bayaran bagi perkhidmatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717408/berita/nasional/suntikan-rm11-bilion-bagi-tujuan-bayar-hutang-sapura-energy-kepada-vendor---pm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SapuraEnergy #PM #AnwarIbrahim

Thursday Mar 13, 2025

Sapura Energy: Anwar jelaskan suntikan dana RM1.1 bilion merupakan pinjaman
Perdana Menteri mengakui beliau tidak senang dengan keputusan kerajaan untuk menyelamatkan syarikat besar tatkala puluhan ribu syarikat kecil sedang 'terlantar.'
Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Sdn Bhd (Sapura Energy) merupakan suatu pinjaman yang perlu dibayar balik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717402/berita/nasional/sapura-energy-anwar-jelaskan-suntikan-dana-rm11-bilion-merupakan-pinjaman
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SapuraEnergy #PM #AnwarIbrahim

Wednesday Mar 12, 2025

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) merupakan satu bentuk ‘bailout’ bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa dana tersebut adalah pelaburan strategik oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam bentuk saham boleh ditukar, bukan bantuan kewangan tanpa pulangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717309/berita/nasional/sapura-energy-bukan-bailout-tapi-pelaburan-strategik
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Madani #Bailout #SapuraEnergy

Wednesday Mar 12, 2025

'Kalau ibu tiada, nak duduk dengan siapa'
“Kalau ibu tiada nanti, hampa nak duduk dengan siapa?".
Itu pertanyaan yang diajukan oleh arwah Noriza Saad, 45, kepada anak-anaknya tanpa menyangka bahawa gurauan itu akhirnya menjadi kenyataan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Noriza maut di tempat kejadian dalam kemalangan bersama suaminya, Marzlan Abu Hassan, 52, dan seorang remaja, Muhammad Aidil Awang Saidin,14, melibatkan tiga kenderaan di Jalan Alor Pudak-Titi Haji Idris Alor Setar pada penghujung Disember tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717266/edisi/utara/kalau-ibu-tiada-nak-duduk-dengan-siapa
Muzik: Dissoleved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragedikemalanganmaut #bantuan

Wednesday Mar 12, 2025

Perbezaan kompaun: Fahami perubahan akta, undang-undang
Semua pihak perlu memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung perbezaan hukuman serta kompaun yang dikenakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diminta untuk memperjelaskan perkara tersebut.
Beliau berkata demikian menerusi taklimat harian yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717249/berita/nasional/perbezaan-kompaun-fahami-perubahan-akta-undang-undang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMO #PMX

Wednesday Mar 12, 2025

Kak Chik Yah seronok buat 'live', kongsi resipi masakan
Perwatakan yang bersahaja ketika membuat siaran langsung memasak di aplikasi TikTok menjadikan Nariah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Kak Chik Yah semakin diminati oleh warganet, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Mempunyai 188,300 pengikut di akaun @kakcikyah4, warga emas berusia 74 tahun itu sering berkongsi resepi masakan daripada awal sehingga akhir dengan cara percakapan seperti seorang nenek bercakap dengan cucunya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717241/edisi/utara/kak-chik-yah-seronok-buat-video-live-kongsi-resipi-masakan
Muzik: Color Beams dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #resepimasakan #viral #KakChikYah #Tiktok

Wednesday Mar 12, 2025

Wanita didakwa bunuh kanak-kanak perempuan
Seorang wanita menangis teresak-esak ketika diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan  selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 17 Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmumin Nik Min.
Tertuduh, Nur Nabilah Seikh Ruslan, 32, sebelum itu mengaku memahami pertuduhan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717220/berita/mahkamah/wanita-didakwa-bunuh-kanak-kanak-perempuan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #bunuh

Wednesday Mar 12, 2025

World #QuranHour di bulan Ramadan penuh keberkatan
Program World #QuranHour 2025 yang bakal berlangsung pada 25 Mac ini bertepatan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, sekali gus memberi peluang keemasan kepada umat Islam meraih pahala berlipat kali ganda melalui bacaan al-Quran, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid   .
Pengetua Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Darul Anuar, Nik Hamdi Abdul Ghani berkata, membaca dan menghayati al-Quran bukan sahaja memberi ketenangan jiwa tetapi juga membawa keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715510/khas/quranhour/world-quranhour-di-bulan-ramadan-penuh-keberkatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #World #QuranHour#SavingTheUmmah #SurahAlSaff

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125