Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Mar 14, 2025

Dua rakan terlepas hukuman gantung setelah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas pertuduhan mengedar dadah lebih 32.15 kilogram (kg) jenis methamphetamine lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Aufa Bonadi, 28, dan Abbas Ahmad, 35, didakwa bersama-sama mengedar 32,152.28 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine di dalam sebuah bot berhampiran sebuah inap desa di Jalan Selar, Teluk Sengat, Kota Tinggir, kira-kira jam 12.10 tengah hari pada 20 Mei 2020, lalu. 
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717688/berita/semasa/dua-rakan-terlepas-hukuman-mati-bebas-tuduhan-edar-dadah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #mahkamah

Friday Mar 14, 2025

Penyanyi lagu 'Kelepuk Raya' kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Sepang pada Jumaat, atas empat kes memuat naik video sumbang sempena Aidilfitri hampir tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Ahmad Fuad Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717626/berita/semasa/muat-naik-video-lagu-raya-tidak-sopan-aliff-syukri-diperintah-bela-diri
#SinarHarian #BeritaSemasa #AliffSyukri #kontroversi #mahkamah

Friday Mar 14, 2025

Sebanyak 99 kertas siasatan dibuka membabitkan 308 premis pengilang dan pembungkus beras yang telah diperiksa dalam Ops Campur, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, 17 sampel kampit beras yang disita telah dihantar kepada Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk dianalisis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717654/berita/nasional/ops-campur-99-kertas-siasatan-dibuka
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mardi #berascampur #Opscampur

Friday Mar 14, 2025

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan perintah untuk mewajibkan premis perkhidmatan dan jualan produk kesihatan memaparkan harga bukan untuk mengawal harga, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Sebaliknya Menteri KPDN,  Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, ia hanya bertujuan untuk memberi pilihan kepada pengguna sebelum membuat keputusan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717647/berita/nasional/perintah-papar-harga-ubat-bukan-untuk-kawal-harga---armizan
#SinarHarian #BeritaSemasa #hargaubat #KPDN #kawalanharga

Friday Mar 14, 2025

Gara-gara bergurau di tempat yang tidak sesuai, seorang warga emas dikenakan denda RM100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggugat ketenteraman awam dalam kejadian pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, Ng Kok Yeow, 64, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret, Balik Pulau pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717618/berita/semasa/bergurau-tidak-kena-tempat-peniaga-didenda-rm100
#SinarHarian #BeritaSemasa  #Mahkamah #BalikPulau #gurau #denda

Friday Mar 14, 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menolak sekeras-kerasnya dakwaan berhubung dirinya meluluskan kewarganegaraan pendatang dari China yang tersebar di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut merupakan satu fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mampu menggugat keselamatan dan keamanan rakyat dalam negara.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717606/berita/nasional/ini-fitnah-saya-tidak-pernah-luluskan-kewarganegaraan-pendatang-china
#SinarHarian #BeritaSemasa  #Saifuddin #Kewarganegaraan #fitnah #pendatangChina

Friday Mar 14, 2025

Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing selepas menyerang sepasukan polis dalam kejadian di kawasan hutan Desa Vista, Sepang, pada Jumaat, Ahmad Ismadi Ismail.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717595/berita/semasa/tiga-penyamun-warga-asing-ditembak-mati-selepas-serang-polis
#SinarHarian #BeritaSemasa #penjenayahwargaasing #pecahrumah #PDRM

Thursday Mar 13, 2025

Sejak RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) diumumkan akan dibentang kerajaan Julai nanti di Parlimen, tidak putus-putus polemik melingkari idea ini.
Dakwaan, persepsi, dan kekeliruan sekitar isu ini perlu dirungkai. Kebimbangan akibat persoalan yang timbul perlu dijawab.
Dengarkan penjelasan isu ini dalam Interviu pada Khamis secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1580715392738605Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=ft3ogE5Ct14X: https://x.com/SinarOnline/status/1900020272344031690Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/717420/video/interviu/interviu-kerajaan-perlu-buktikan-ruu-psb-tidak-jejaskan-rakyat
#Interviu #SinarHarian #AktaPSSB #RUUPembaharuanSemulaBandar #KPKT #Rumah #Komuniti

Thursday Mar 13, 2025

Seorang pesakit kanser otak kehilangan rumah serta wang simpanan lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan bomoh yang kononnya mampu menyembuhkannya, lapor wartawan Sinar Harian Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Che Intan Md Zain, 62, berkata, kejadian itu berlaku 10 tahun lalu, namun masih segar dalam ingatannya selepas diperkenalkan kepada bomoh berkenaan oleh seorang kenalan. 
Ketakutannya terhadap prosedur rawatan hospital yang dianggap menyakitkan menyebabkan dia mencari alternatif lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717443/edisi/utara/bomoh-minta-hati-burung-mati-bercinta-untuk-rawat-kanser
Muzik: Elevation dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pesakitkanser #Tipu #bomoh

Thursday Mar 13, 2025

Bekalan kelapa stabil, harga santan masih tinggi di Johor
Bekalan kelapa dan santan di negeri ini dilaporkan kembali stabil selepas mengalami kekurangan pada awal tahun ini, namun harga santan masih tinggi berbanding sebelumnya, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.
Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, usaha berterusan dilakukan oleh agensi kerajaan bagi memastikan bekalan mencukupi menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717456/edisi/johor/bekalan-kelapa-stabil-harga-santan-masih-tinggi-di-johor
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #santan #kelapa #hargasantan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125