Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Mar 16, 2025

Peniaga 'geng plastik hitam' COD nasi bungkus ke rumah pelanggan
Nasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
ArtiKel: https://www.sinarharian.com.my/article/718008/edisi/utara/peniaga-geng-plastik-hitam-cod-nasi-bungkus-ke-rumah-pelanggan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan #gengplastikhitam

Sunday Mar 16, 2025

Ramadan tanpa ayah: 'Saya masak gulai ikan temenung, tapi rasanya takkan sama'
“Ramadan ini, saya memasak sendiri gulai ikan temenung kegemaran ayah. Tapi rasanya takkan sama seperti yang dia selalu buat.”
Itulah luahan pilu Dr Suraiya Izzati, 30, anak sulung kepada bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, yang maut dalam kejadian tragis di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jitra, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717998/edisi/utara/ramadan-tanpa-ayah-saya-masak-gulai-ikan-temenung-tapi-rasanya-takkan-sama
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan

Sunday Mar 16, 2025

Cadangan had 10 tahun PM dibawa ke Parlimen jika dapat sokongan - Anwar
Kerajaan akan membawa usul hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun ke Parlimen sekiranya mendapat sokongan dua pertiga. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu perlu melibatkan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia merupakan komitmen Pakatan Harapan (PH) sebagaimana manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717986/berita/politik/cadangan-had-10-tahun-pm-dibawa-ke-parlimen-jika-dapat-sokongan---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP #PM

Sunday Mar 16, 2025

PRK DUN Ayer Kuning: BN umum calon, lancar jentera serentak 5 April
Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pada hari yang sama, mereka turut akan melancarkan jentera pilihan raya bagi PRK tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717959/berita/politik/prk-dun-ayer-kuning-bn-umum-calon-lancar-jentera-serentak-5-april
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning #BN

Sunday Mar 16, 2025

Kerajaan tak campur tangan keputusan badan kehakiman
Kerajaan tidak akan campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan individu yang dilantik adalah yang betul-betul layak.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP #PM #BadanKehakiman

Sunday Mar 16, 2025

DAP longgar syarat pemimpin terima darjah kebesaran
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook  berkata, DAP akan melonggarkan syarat bagi membenarkan pemimpin atau wakil rakyatnya menerima anugerah dan darjah kebesaran daripada Sultan mahupun Yang Dipertua Negeri.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP

Sunday Mar 16, 2025

'Jangan ingat di darat, laut pun kami gempur' - KPDN
Operasi penguatkuasaan diperluaskan ke semua lokasi termasuk perairan bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang terutamanya penyeludupan barang kawalan, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, pihaknya akan memastikan tiada ruang untuk mana-mana individu atau sindiket menjalankan aktiviti haram sama ada di darat atau di laut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717958/berita/semasa/jangan-ingat-di-darat-laut-pun-kami-gempur---kpdn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #operasi

Sunday Mar 16, 2025

DAP bukan parti ‘yes man’ - Guan Eng
DAP mengakui bahawa parti itu adalah rakan setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun menegaskan bahawa mereka bukanlah ‘yes man’.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, dalam apa jua keadaan, mereka akan tetap mengutamakan pengundi dan rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717949/berita/politik/dap-bukan-parti-yes-man---guan-eng
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #kongresDAP

Sunday Mar 16, 2025

DAP mohon pinda Perlembagaan Persekutuan, had tempoh jawatan PM 10 tahun
DAP memohon kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dalam konteks menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan perlu melaksanakannya dalam tempoh 24 bulan ini memandangkan ia salah satu manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya umum (PRU) lepas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717948/berita/politik/dap-mohon-pinda-perlembagaan-persekutuan-tetapkan-had-jawatan-pm-10-tahun
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #JawatanPM

Saturday Mar 15, 2025

Pertanyaan Allahyarham Md Aris Samar, 84, mengenai kunci rumah kira-kira tiga hari sebelum tragedi kebakaran rumah didiami di Taman Permas Jaya, Masai masih terngiang-ngiang di telinga anaknya Hamiza Md Aris, 57.
Anak kedua mangsa itu berkata, pertanyaan bapanya itu menyebabkan dia meninggikan suara tambahan pula arwah bapanya itu memang mengalami masalah pendengaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717861/edisi/johor/masih-terngiang-ngiang-pertanyaan-bapa-tentang-kunci-rumah
#SinarHarian #BeritaSemasa #rumahterbakar #mangsakebakaran

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125