Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Mar 17, 2025
Monday Mar 17, 2025
Usaha kerajaan untuk melaksanakan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun seperti dicadangkan DAP diyakini tidak berdepan dengan kesukaran untuk mendapat sokongan dua pertiga majoriti ahli Parlimen.
Pengerusi, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keyakinan diletakkan tersebut berdasarkan kejayaan kerajaan meminda Perlembagaan bagi melaksanakan agenda menggubal semula Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/718124/berita/nasional/had-jawatan-pm-10-tahun-kerajaan-tidak-sukar-dapatkan-sokongan---bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #Had10Tahun

Monday Mar 17, 2025
Monday Mar 17, 2025
UMNO Sabah tidak tanding solo - Bung Moktar
UMNO Sabah tidak akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), sebaliknya memberi jaminan untuk memastikan parti itu sentiasa berada di landasan yang betul bagi menghadapi pilihan raya tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu telah meneliti kerusi yang akan ditandingi dan memberikan kerusi kepada pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718098/berita/politik/umno-sabah-tidak-tanding-solo---bung-moktar
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNOSabah #PRNSabah

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
Rumah daif disewa RM250 sebulan dijadikan makmal dadah
Kegiatan tiga lelaki yang menjadikan sebuah rumah kampung usang sebagai makmal memproses dadah terbongkar dalam serbuan di Ulu Bernam, Bagan Datuk, Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sekitar jam 10.20 malam itu berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta pelbagai peralatan memproses bernilai lebih RM1.6 juta.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718027/edisi/perak/rumah-daif-disewa-rm250-sebulan-dijadikan-makmal-dadah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #makmaldadah #PDRM

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
Lelaki dikehendaki polis, miliki 7 rekod jenayah maut ditembak
Seorang lelaki yang dikehendaki polis dalam kes samun bersenjata api maut ditembak selepas melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis dalam kejadian berdekatan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut awal pagi Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 pagi ketika sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjalankan rondaan Op Laras terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam keadaan mencurigakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718009/berita/semasa/lelaki-dikehendaki-polis-miliki-7-rekod-jenayah-maut-ditembak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #penjenayah #PDRM #Terengganu

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
Peniaga 'geng plastik hitam' COD nasi bungkus ke rumah pelanggan
Nasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
ArtiKel: https://www.sinarharian.com.my/article/718008/edisi/utara/peniaga-geng-plastik-hitam-cod-nasi-bungkus-ke-rumah-pelanggan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan #gengplastikhitam

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
Ramadan tanpa ayah: 'Saya masak gulai ikan temenung, tapi rasanya takkan sama'
“Ramadan ini, saya memasak sendiri gulai ikan temenung kegemaran ayah. Tapi rasanya takkan sama seperti yang dia selalu buat.”
Itulah luahan pilu Dr Suraiya Izzati, 30, anak sulung kepada bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, yang maut dalam kejadian tragis di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jitra, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717998/edisi/utara/ramadan-tanpa-ayah-saya-masak-gulai-ikan-temenung-tapi-rasanya-takkan-sama
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
Cadangan had 10 tahun PM dibawa ke Parlimen jika dapat sokongan - Anwar
Kerajaan akan membawa usul hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun ke Parlimen sekiranya mendapat sokongan dua pertiga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu perlu melibatkan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia merupakan komitmen Pakatan Harapan (PH) sebagaimana manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717986/berita/politik/cadangan-had-10-tahun-pm-dibawa-ke-parlimen-jika-dapat-sokongan---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP #PM

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
PRK DUN Ayer Kuning: BN umum calon, lancar jentera serentak 5 April
Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pada hari yang sama, mereka turut akan melancarkan jentera pilihan raya bagi PRK tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717959/berita/politik/prk-dun-ayer-kuning-bn-umum-calon-lancar-jentera-serentak-5-april
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning #BN

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
Kerajaan tak campur tangan keputusan badan kehakiman
Kerajaan tidak akan campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan individu yang dilantik adalah yang betul-betul layak.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP #PM #BadanKehakiman

Sunday Mar 16, 2025
Sunday Mar 16, 2025
DAP longgar syarat pemimpin terima darjah kebesaran
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan melonggarkan syarat bagi membenarkan pemimpin atau wakil rakyatnya menerima anugerah dan darjah kebesaran daripada Sultan mahupun Yang Dipertua Negeri.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP


