Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Mar 18, 2025

Dua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan daerah ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas dua pertuduhan menggunakan invois dan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan fotografi serta promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Zon Selatan 2022, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Pegawai Belia dan Sukan, Rosdi Pilus, 50, dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Saiful Abdul Talib, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/718329/berita/semasa/dua-pegawai-jabatan-belia-dan-sukan-didakwa-guna-dokumen-palsu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #SPRM #KBS #PalsuDokumen

Tuesday Mar 18, 2025

Sindiket dadah antarabangsa yang beroperasi di kawasan berpagar dan kilang perindustrian tumpas selepas polis menyerbu tiga makmal haram dan sebuah kilang dadah dalam operasi khas di daerah Iskandar Puteri dan Seri Alam, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi yang dijalankan antara 6 hingga 11 Mac itu membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan dan dua lelaki Taiwan berusia antara 25 hingga 40 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718333/berita/semasa/kilang-dan-tiga-makmal-diserbu-dadah-hampir-rm13-juta-dirampas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dadah #rampasan #PDRM

Tuesday Mar 18, 2025

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernasib baik kerana tidak perlu menyambut Aidilfitri di tirai besi selepas mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun dan denda RM80,000.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, di Mahkamah Sesyen di Melaka pada Selasa atas kesalahan memberi suapan berjumlah RM4,250 sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang membawa lebih muatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718332/berita/semasa/rasuah-anggota-jpj-nyaris-beraya-di-penjara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #JPJ #mahkamah

Tuesday Mar 18, 2025

Polis akan merujuk kertas siasatan kes seorang warga emas yang menampar lelaki bukan beragama Islam di sebuah kedai serbaneka dalam pusat beli-belah di Johor Bahru kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewat-lewatnya Jumaat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, lelaki warga tempatan berusia 65 tahun itu telah dirakam percakapannya pada Isnin bagi membantu siasatan kes terbabit.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/718326/berita/semasa/lelaki-ditampar-warga-emas-kertas-siasatan-dirujuk-ke-tpr-sebelum-jumaat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #PDRM #kestampar

Tuesday Mar 18, 2025

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja dengan penangkapan dua lelaki di Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru di Kepala Batas pada Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman
Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu berjaya merampas 146.6 kilogram (kg) ketulan mampat ganja serta 1.08kg bunga ganja bernilai hampir RM500,000.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718331/berita/semasa/polis-rampas-ganja-bernilai-hampir-rm500000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dadah #PDRM #narkotik #Seludupdadah

Monday Mar 17, 2025

Sultan Nazrin beli juadah berbuka di Bazar Ramadan Stadium Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat Bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pada jam 4.20 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718222/edisi/perak/sultan-nazrin-beli-juadah-berbuka-di-bazar-ramadan-stadium-perak
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ramadan #SultanPerak 

Monday Mar 17, 2025

Had jawatan PM maksimum 10 tahun seiring kerangka reformasi - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, adalah seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan ‘Membangun Negara Madani’ dan ia bukan perkara baharu.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata langkah tersebut, bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem lebih teratur dan mengelak berlakunya pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718207/berita/nasional/had-jawatan-pm-maksimum-10-tahun-seiring-kerangka-reformasi---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #JawatanPM

Riuh sambut Sahur Sekampung

Monday Mar 17, 2025

Monday Mar 17, 2025

Kira-kira 100 penduduk Kampung Kongsi 6, Sungai Lalang Sungai Petani meriah bergotong-royong sejak 12 tengah malam bagi menjayakan program Sahur Sekampung pada Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Zackariah Ismail, berkata kemeriahan dirasai pada malam itu seolah-olah malam raya dengan pelbagai pengisian menarik disediakan.
Artiekel : https://www.sinarharian.com.my/article/718145/berita/semasa/riuh-sambut-sahur-sekampung
#SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiPetani #ProgramSahur

Monday Mar 17, 2025

Azeez Rahim ceraikan isteri kedua talak satu
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, melafazkan cerai terhadap isteri keduanya, Marina Mohamed dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Untuk rekod, Marina, 50, merupakan peguam yang mewakili Abdul Azeez dalam kes saman kerajaan bagi melucut hak hampir RM16 juta, termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, daripada keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) pada 2021 lalu.
Bagaimanapun permohonan itu ditarik balik oleh kerajaan, tiga tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718136/berita/semasa/azeez-rahim-ceraikan-isteri-kedua-talak-satu
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Cerai #AbdulAzeez #ceraisiterikedua

Monday Mar 17, 2025

Usaha kerajaan untuk melaksanakan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun seperti dicadangkan DAP diyakini tidak berdepan dengan kesukaran untuk mendapat sokongan dua pertiga majoriti ahli Parlimen.
Pengerusi, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keyakinan diletakkan tersebut berdasarkan kejayaan kerajaan meminda Perlembagaan bagi melaksanakan agenda menggubal semula Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/718124/berita/nasional/had-jawatan-pm-10-tahun-kerajaan-tidak-sukar-dapatkan-sokongan---bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #Had10Tahun

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125