Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Mar 20, 2025
Thursday Mar 20, 2025
Seorang duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis atas empat pertuduhan mencabul tiga wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di Temerloh pada Mac, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi
Tertuduh, Nazarin Romeli, 51, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chew King.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718668/berita/semasa/duda-mengaku-tak-bersalah-cabul-tiga-wanita-di-bazar-ramadan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #cabulbazarramadan

Thursday Mar 20, 2025
Thursday Mar 20, 2025
Seorang pegawai Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 22 pertuduhan rasuah melibatkan jumlah keseluruhan RM47,600, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tertuduh, Kamarul Amilin Zainal Ariffin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718663/berita/semasa/pegawai-imigresen-didakwa-22-pertuduhan-rasuah-terima-suapan-rm47600
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #mahkamah #penjawatawam

Thursday Mar 20, 2025
Thursday Mar 20, 2025
Demikian reaksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengulas lanjut berkaitan hari kedua prosiding rayuan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718643/berita/semasa/doakan-keadilan-terus-terpelihara---syed-saddiq
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Mahkamah

Wednesday Mar 19, 2025
Wednesday Mar 19, 2025
'Trauma lihat tangan cucu hancur, berlumuran darah terkena mercun' - Datuk
"Dia kata pedih-pedih sebelum saya ambil bajunya dan balut tangannya yang berdarah."
Demikian kata Mohd Nor Abdullah, 60, datuk kepada Muhammad Zharif Daniel, 7, yang cedera parah di tangan kiri dan pipi sebelah kanannya terkoyak akibat terkena mercun dipercayai jenis bola di laman rumahnya di Kampung Baru, Kuala Nerang. lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718521/berita/semasa/trauma-lihat-tangan-cucu-hancur-berlumuran-darah-terkena-mercun---datuk
#SinarHarian #BeritaSemasa #mangsamercunbola #mangsamercun #KualaNerang

Wednesday Mar 19, 2025
Wednesday Mar 19, 2025
Sukar bergerak akibat ketumbuhan membesar di perut
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Itulah perumpamaan boleh digambarkan mengenai derita ditanggung seorang bekas pekerja kilang, Nurul Faraziela Mohd Zaki, 23, setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian perut, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Menurut Nurul Faraziela, dia mula menyedari masalah tersebut sejak Mei tahun lalu apabila sering berasa sakit di bahagian belakang dan perut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718215/edisi/utara/sukar-bergerak-akibat-ketumbuhan-membesar-di-perut
#SinarHarian #BeritaSemasa #ketumbuhan #sakitdalamperut #Gurun

Wednesday Mar 19, 2025
Wednesday Mar 19, 2025
'Kalau adik masuk syurga, tariklah kami sekali'
Kemalangan ngeri yang berlaku pada 1 Mei 2012 menjadi detik hitam buat seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang kini terlantar selama 13 tahun di rumah kakaknya di Taman Kamunting Mutiara, Taiping, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Lebih menyayat hati, ibu bapanya turut meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, meninggalkan Noor Hidayah Mohamad Nor, 35, dalam jagaan kakaknya, Noor Farleny Mohamad Nor, 43, yang kini bergantung sepenuhnya kepada penjagaan rapi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718480/edisi/perak/kalau-adik-masuk-syurga-tariklah-kami-sekali
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganngeri

Wednesday Mar 19, 2025
Wednesday Mar 19, 2025
Empat R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri - Wan Rosdy
Empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara yang dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta dijangka siap beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan negeri menerima banyak aduan daripada pengguna yang mengalami kesukaran untuk mencari tempat berehat, menukar lampin bayi dan menggunakan tandas sepanjang perjalanan ke Kelantan serta sempadan negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718487/edisi/pahang/empat-rr-sementara-di-ltu-siap-sebelum-aidilfitri---wan-rosdy
#SinarHarian #BeritaSemasa #4RnRsementara #wanrosdy

Wednesday Mar 19, 2025
Wednesday Mar 19, 2025
Warga emas tampar pemuda bukan Muslim dilepas tanpa dibebaskan
Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang warga emas yang menampar seorang lelaki bukan Muslim di sebuah kedai serbaneka di pusat membeli-belah Johor Bahru pada Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718484/berita/semasa/warga-emas-tampar-pemuda-bukan-muslim-dilepas-tanpa-dibebaskan
#SinarHarian #BeritaSemasa #wargaemas #mahkamah #tamparpemudabukanmuslim

Wednesday Mar 19, 2025
Wednesday Mar 19, 2025
Saya berserah kepada Allah - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin institusi kehakiman akan menjadi benteng terakhir buat dirinya untuk membuktikan bersih daripada pertuduhan dikenakan.
Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, dia telah disiasat sejak lima tahun lalu dan kini tiba masanya kebenaran akan dibuktikan di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718460/berita/semasa/syed-saddiq-tetap-yakin-dengan-institusi-kehakiman
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Mahkamah #Armada

Tuesday Mar 18, 2025
Tuesday Mar 18, 2025
Malaysia mengutuk keras tindakan tidak perikemanusiaan dalam serangan besar-besaran Israel di Gaza hingga mengorbankan lebih 300 nyawa pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun sebelum ini ada percubaan gencatan senjata namun ia tidak menghentikan serangan ganas Israel termasuk pembunuhan berterusan.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/718405/berita/nasional/sistem-pertahan-dunia-sudah-rosak---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #Gasa #RejimZionis


