Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Mar 21, 2025

Seramai 60 mangsa banjir daripada enam keluarga di Kampung Maju Jaya, di sini, terpaksa diselamatkan menggunakan bot selepas jalan utama ke kawasan itu terputus akibat banjir dan arus deras pada Khamis malam, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan
Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan berkata, operasi pemindahan yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa dilakukan secara berperingkat menggunakan bot.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718890/edisi/johor/jalan-terputus-arus-deras-sukarkan-operasi-pemindahan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BanjirJohor

Friday Mar 21, 2025

Empat lelaki berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya lebih 28 kilogram minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, N Maghendran, 48; B Vasanthan, 45; P Sivaganesh, 43, dan N Devandaran, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718859/berita/semasa/empat-lelaki-berdepan-hukuman-mati-edar-dadah-lebih-28-kilogram
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #edardadah #dadah

Friday Mar 21, 2025

Kerajaan Terengganu melarang semua aktiviti 'busking’ atau persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, larangan itu berkuat kuasa mulai semalam hingga 30 Mac ini.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/718865/edisi/terengganu/terengganu-larang-aktiviti-busking-10-malam-terakhir-ramadan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Terengganu #LaranganBusking #10MalamTerakhir

Friday Mar 21, 2025

Sebanyak tujuh buah sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang ditutup pada Jumaat, selepas kawasan sekolah dinaiki air, lapor wartawan Sinar Harian,Nor Azura Md Amin
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 47 sekolah pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718882/berita/nasional/banjir-johor-7-sekolah-ditutup-47-sekolah-dijadikan-pps
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirJohor

Thursday Mar 20, 2025

 
Pemilihan Surah Al-Saff dalam program World #QuranHour dilihat bertepatan dengan semangat perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air serta menegakkan agama ALLAH dengan penuh disiplin dan keteguhan iman, lapor wartawan Sinar Harian, Saidullah Ahmad.
Timbalan Mudir Pondok Hidayatullah, Abu Bakar Omar berkata, pemilihan surah tersebut bukan sekadar mengajak umat Islam memahami ayat-ayat suci al-Quran, malah mengingatkan mereka tentang kepentingan kesatuan dan disiplin dalam memperjuangkan kebenaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718632/khas/quranhour/surah-al-saff-cerminan-perjuangan-rakyat-palestin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #QuranHour #SurahAlsaff

Thursday Mar 20, 2025

Roti john antara juadah paling digemari sepanjang bulan Ramadan.
Tidak hairanlah gerai Papa John Solambak milik Shazzuan Norazman, 32, di Bazar Ramadan Tapak A, Garden Homes, Seremban 2 mendapat sambutan hangat daripada pelanggan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Keistimewaan utama gerai ini adalah roti john udang, selain variasi inti ayam, daging, dan tuna.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718655/edisi/melaka-ns/roti-john-udang-selambak-tak-sempat-petang-dah-habisMuzik: Takingcare oleh Indiebox dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #rotijohn #Ramadan

Thursday Mar 20, 2025

Selepas dua hari hujahan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman, empat kesalahan berkaitan dana Armada berlangsung, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis, menangguhkan prosiding kepada 17 April depan, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azlida Alimin.
Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan kerana mengalami sakit tekak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718704/berita/semasa/rayuan-syed-saddiq-tangguh-kerana-pendakwa-raya-tidak-sihat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Syedsaddiq

Thursday Mar 20, 2025

Banjir yang melanda Kampung Skudai Kecil, Iskandar Puteri sejak petang Rabu memberi kesan mendalam kepada penduduk kerana masih trauma dengan kejadian banjir besar yang pernah melanda kawasan itu sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Penduduk, Alfian Marjuni, 55 tahun, berkata, dia sedang menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarganya sebelum rumahnya dilanda banjir pada kira-kira jam 4.40 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718681/edisi/johor/banjir-johor-penduduk-trauma-buntu-fikirkan-persiapan-raya
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #BanjirJohor

Thursday Mar 20, 2025

Memasuki usia satu dekad tahun ini, program World #QuranHour tekal meneruskan perjuangan mencetuskan gelombang budaya membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam masyarakat.
Bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Gombak pada 25 Mac depan, acara yang dinanti-nanti saban tahun ini kali ini membawa misi besar berpandukan Surah Al-Saff dengan tema #SavingTheUmmah.
Saksikan perkongsian program ini dalam Interviu di semua platform digital Sinar Harian.
FB: https://www.facebook.com/watch?v=1150545853051946Youtube: https://www.youtube.com/live/4ES195gQLIsX: https://x.com/SinarOnline/status/1902555713316253793Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/718683/video/interviu/interviu-10-tahun-world-quranhour
#Interviu #SinarHarian #WorldQuranHour #SavingTheUmmah #SurahAlSaff

Thursday Mar 20, 2025

Hujan lebat berterusan selama dua hari menyebabkan penduduk Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, pada Khamis.
Suri rumah, Zaleha Bachok, 52, berkata, paras air mula naik pada pagi tadi selepas hujan sepanjang malam, malah rumahnya yang terletak di kawasan tinggi turut dimasuki air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718675/edisi/johor/banjir-terburuk-di-kampung-pasir-tebrau-dalam-tempoh-29-tahun
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #kampungpasirtebrau #johorbahru

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125