Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Mar 23, 2025

Harga tanah di kawasan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru yang terlibat dengan pembangunan semula sepatutnya dinilai sebanyak RM3,000 bagi setiap kaki persegi, atau sekurang-kurangnya RM32,000 untuk setiap meter persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai tersebut menjadi jaminan untuk penduduk dapat kembali setelah kawasan dibangunkan dan tidak perlu berhijrah ke luar bandar. 
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/719204/berita/nasional/tanah-kampung-sungai-baru-sepatutnya-rm3000-setiap-kaki-persegi---tun-m
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TunM #Tanah #KampungSungaiBaru

Sunday Mar 23, 2025

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekeras-kerasnya telah menarik diri dari Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan beliau bersama 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain menarik sokongan seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Menurutnya, sokongan penuh terus diberikan terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719166/berita/nasional/ismail-sabri-nafi-tarik-sokongan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BN #IsmailSabri #AhliParlimenBera
 

Saturday Mar 22, 2025

Penduduk rayu penyelesaian segera banjir berulang di Kampung Pasir
Penduduk sekitar Kampung Pasir dilanda keresahan apabila hujan berterusan selama dua hari menyebabkan banjir kilat yang merosakkan perabot, perkakas elektrik serta kenderaan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu mendapati penduduk mengambil kesempatan cuaca cerah untuk membersihkan rumah masing-masing selepas beberapa hari ditenggelami air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719112/edisi/johor/penduduk-rayu-penyelesaian-segera-banjir-berulang-di-kampung-pasir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #banjirjohor #Banjir

Saturday Mar 22, 2025

Banjir Johor: Ibu dalam pantang bersama bayi sudah tiga hari di PPS
Berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bersama bayi kecil bukan sesuatu yang dijangka, namun itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu selepas rumahnya di Kampung Parit Abdul Rahman, di sini, dinaiki air pada petang Rabu, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.
Siti Amyra Asila Md Nazip, 30, bersama bayi sulungnya yang baru berusia sebulan terpaksa dipindahkan ke PPS dengan bantuan pasukan bomba yang menggunakan pacuan empat roda sekitar jam 4 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719105/edisi/johor/banjir-johor-ibu-dalam-pantang-bersama-bayi-sudah-tiga-hari-di-pps
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #banjirjohor #PPS

Saturday Mar 22, 2025

'Kami bukan pengemis, hanya kutip kotak cari rezeki'
"Hentikan rekod video kami anak beranak. Kami bukan pengemis tapi cari rezeki."
Demikian luah Nik Surina Deris, 49, ibu kepada tiga anak yang tular di media sosial kerana menaiki motosikal roda tiga yang uzur, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719069/edisi/kelantan/kami-bukan-pengemis-hanya-kutip-kotak-cari-rezeki
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #videoviral #bantuan #kelantan

Saturday Mar 22, 2025

Saya niaga untuk kumpul duit pembedahan mata isteri- 'Pak Cik Petai'
Peniaga petai yang videonya tular sejak Jumaat memaklumkan dia berniaga kerana mahu mengumpul dana untuk pembedahan mata isteri, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. 
Mohd Noor Saad, 67, berkata, dia bukannya berniaga setiap hari kerana bergantung kepada bekalan petai diperolehnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719088/berita/semasa/saya-niaga-demi-kumpul-duit-pembedahan-mata-isteri---pak-cik-petai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #videoviral #peniagapetai #portdickson

Saturday Mar 22, 2025

PRK Ayer Kuning: BN tiada masalah PSM tanding
Barisan Nasional (BN) tidak ada masalah untuk berdepan dengan mana-mana calon termasuk dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kehadiran PSM di DUN Ayer Kuning bukan perkara baharu kerana parti itu pernah meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719064/berita/politik/prk-ayer-kuning-bn-tiada-masalah-psm-tanding
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PRK #DUNAyerKuning

Friday Mar 21, 2025

Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai RM1.062 bilion yang disembunyikan dalam 166 tong drum terbongkar selepas pihak berkuasa merampas dua kontena di sebuah gudang di Pelabuhan Barat pada 25 Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, kejayaan itu hasil operasi bersama JSJN Bukit Aman dan Polis Persekutuan Australia (AFP) di bawah Joint Taskforce (TIGER).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718937/berita/semasa/syabu-rm1062-bilion-dalam-166-tong-drum
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Syabu

Friday Mar 21, 2025

Biarpun khemah perniagaan mereka dinaiki air pada Khamis susulan limpahan air sungai Johor akibat hujan lebat sejak Rabu, peniaga di tapak Bazar Ramadan Kota di Kota Tinggi, tetap bersemangat meneruskan perniagaan masing-masing, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati golongan peniaga sibuk mengemas barangan jualan masing-masing bagi memulakan semula perniagaan pada minggu terakhir Ramadan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #banjirJohor #bazarramadan

Friday Mar 21, 2025

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan memandu secara berbahaya dalam kes tular langgar lari di sebuah kelab hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
M Lavindran, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Zaki Mohd Salleh.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #rushankelab #mahkamah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125